Isnin, 22 Disember 2008

Warga Emas Terharu Terima Sumbangan.

Warga emas yang baru kematian isterinya November lalu, Md Nasir aini, 71 terharu apabila menerima batuan makanan asas sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, baru-baru ini.

"Terharu apabila ada juga pihak yang sudi datang menjenguk dan menghulurkan bantuan makanan kepada saya,"Kata Md Nasir.

Md Nasir yang tinggal seorang diri di rumah yang dibina sendiri di jalan Seri Rengi turut merakamkan penghargaan kepada ADUN yang masih mengambil berat akan perihal serta penduduk tempatan terutama di kalangan golongan warga emas.

"Terima kasih diucapkan di atas keperihatinan ADUN dan pihak lain yang sudi mengambil tahu akan permasalahan yang dialami saya yang tinggal berseorangan semenjak kematian isteri.

"Setiap petang, anak bongsu yang sudah berkeluarga dan tinggal berhampiran akan datang membantu dan membawa makanan untuk saya, sekurang-kurangnya ada juga teman apabila anak datang menjenguk,"katanya.

Sumbangan makanan asas diserahkan oleh Penghulu DUN, Lazan Ali sebagai mewakili Mohamad Hidhir. Hadir sama ialah Pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah, Haleedy Hamzah, pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Merlimau, Ismail IUbrahim, Pembantu Khas Mohamad Hidhir, Suhaimi ahmad serta Setiusaha Japerun, Jashim Md akib.

Sementara itu, pihak Japerun turut sama menghulurkan bantuan kepada seorang lagi Warga emas, Long Daud, 90.

Walaupun usianya sudah menjangkau 90 tahun, Long dilihat masih mampu menguruskan diri dan tidak mempunyai sebarang penyakit kronik.

Rabu, 10 Disember 2008

Belia Melaka Disaran Ceburi Bidang Pertanian

Golongan belia di negeri ini yang berminat menceburi bidang pertanian dan perternakan digalakkan untuk menyahut saranan Kerajaan Negeri bagi menjayakan Program Bumi Hijau yang sedang giat diadakan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan berkata, penyertaan dari golongan belia amat kurang memandangkan peruntukan yang disediakan kerajaan didapati tidak mendapat sambutan yang baik.

"Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ada memberi peruntukan khas kepada Agro Bank bagi membantu golongan belia yang ingin membangunkan projek pertanian atau penternakan namun ia tidak mendapat sambutan di kalangan belia negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Anak Ayam Kampung Kepada Penternak di Pusat Latihan Ternakan Ayam, di sini, hari ini.

Seramai 180 orang penternak ayam secara komersial yang terdiri daripada penduduk kampung dari tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Sungai Rambai, Merlimau dan Serkam telah diberikan 25 ekor anak ayam setiap seorang.

Katanya, selain itu bagi golongan belia yang berminat menternak ayam, mereka boleh berbuat demikian dengan memohon kepada Jabatan Veterinar.

"Syaratnya, permohonon mestilah secara berkelompok atau di atas persatuan belia. Jika 10 orang kita akan bagi 250 ekor ayam.

"Kita juga menyokong usaha penternak yang ingin memulakan projek penternakan atau mengembangkan projek sedia ada. Malah pihak veterinar sendiri akan memberikan tunjuk ajar cara perternakan yang betul untuk ternakan mereka," katanya.

Menurut Mohamad Hidhir, pada peringkat permulaan selain peralatan lengkap makan minum, para penternak turut menerima seguni makanan ayam dan ubat Efektif Mikrob (EM) bagi mengawal bau dan pembiakan lalat.

"EM wajib digunakan bagi mengelakkan aduan dan ketidakselesaan orang sekeliling terhadap lalat dan bau yang tidak menyenangkan.

"Penggunaan EM ini juga sebagai persediaan atau untuk membiasakan penternak menggunakannya memandangkan ia akan dikuatkasakan penggunaannya mulai tahun depan di bawah Enakmen Unggas 2009," jelas beliau.

Tambah beliau, penggunaan EM juga amat penting memandangkan negeri Melaka merupakan negeri pelancongan.

"Kita tidak mahu negeri pelancongan ini terjejas dek kerana bau busuk dan lalat yang banyak.

"EM juga penting kerana kalau tak guna lesen tidak akan diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)," katanya lagi.

Hadir sama, Pengarah Veterinar Melaka, Dr. Suratan Kamarudin; Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka, Mohd Nawi Othman dan Penghulu DUN Serkam Zakaria Abu Bakar.

Sektor Kerajaan Dan Swasta Digalak Sertai Program Berunsurkan Ilmiah

Budaya penganjuran Pertandingan Tilawah Al-Quran di sektor Kerajaan mahupun swasta telah mula mendapat perhatian seterusnya menjadikan pertandingan itu sebagai program tahunan.

Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa dan Pertanian, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan berkata, melalui pertandingan ini, secara tidak langsung setiap peserta diberi pendedahan cara penyampaian bacaan dengan tersusun disusuli hukum tajwid, taranum dan sebagainya dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, semua kakitangan Kerajaan mahupun swasta digalakkan supaya menyertai program berunsurkan ilmiah ini, sekaligus memberi penambahan dan pengertian maksud bait-bait penyampaian bacaan Al-Quran.

“Ambillah peluang ini kerana tidak rugi sekiranya kita mempelajari Al-Quran dan sekiranya salah dari segi hukum tajwidnya, boleh diambil perhatian dalam usaha memperbaiki kesalahan tersebut,” katanya ketika ditemui sempena Majlis Tilawah Al-Quran 2008 Peringkat Pertubuhan Peladang Negeri Melaka di Dewan Masjid Al-Rasyidin di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Melaka, Norlizah Mohamad; Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Alor Gajah, Mahani Abd Manap dan Pengurus Besar PPK Alor Gajah, Azmi Mahmod.

Menurut Mohamad Hidhir, kesedaran masyarakat hari ini terhadap menerapkan budaya membaca Al-Quran seharusnya dipertingkatkan kerana sekurang-kurangnya memberi suntikan kepada individu untuk mencuba membaca ayat suci itu.

Katanya, sekiranya ianya bermula di peringkat dewasa, sepatutnya peringkat remaja, belia dan anak-anak kecil perlu diberikan penekanan bersama agar melahirkan pelapis baru yang minat mendalami ilmu al-Quran ini.

“Pada saya, tidak hairanlah apabila dalam solat kita menggunakan ayat-ayat suci termasuk Muqaddam, sudah tentu boleh membantu kita untuk dijadikan amalan harian, akhirnya tercetus minat pula untuk menghafal,” jelasnya.

Justeru itu, Mohamad Hidhir berharap, sekiranya majlis tilawah Al-Quran diteruskan di semua peringkat dengan penglibatan pelbagai peringkat usia, nescaya dapat membantu individu daripada terjebak dengan gejala yang boleh memesongkan akidah.

Majlis anjuran PPK Alor Gajah itu telah disertai seramai 20 peserta melibatkan lima PPK iaitu PPK Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka Tengah, Merlimau dan Jasin.

Jeti Kuala Merlimau Akan Dibangunkan

Jeti Kuala Merlimau bakal dibangunkan tidak lama lagi apabila rancangan untuk menaiktarafkan jeti tersebut kini sedang giat dijalankan.

Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa dan Pertanian, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan berkata, tujuan jeti tersebut dibangunkan adalah supaya jeti itu menjadi salah satu daya tarikan baru kepada orang ramai terutama di kalangan pelancong supaya datang ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

“Di samping itu, beberapa pelan untuk memajukan projek lain seperti Muara Merlimau telah dirancang dan sebahagian daripadanya kini sedang dibina seperti jeti dan membina bangunan kedai dua pintu di sana, sementara projek-projek yang lain pula akan dilaksanakan secara berperingkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan perjumpaan bersama Persatuan Nelayan Merlimau Pantai, di Balai Nelayan Merlimau Pantai, di sini, baru-baru ini.

Perjumpaan ini adalah bagi membincangkan mengenai pembangunanan yang akan dilaksanakan kelak di dalam kawasan DUN Merlimau.

Hadir sama, Penghulu DUN, Lazan Ali; wakil syarikat kontraktor, Khalid dan Pengerusi Jawatankuasa Persatuan Nelayan Merlimau Pantai, Raub.

Sehubungan itu, Mohamad Hidhir meminta supaya setiap ahli persatuan nelayan terbabit dapat bersabar, selain memberikan kerjasama dalam usaha pihak Kerajaan Negeri mengindahkan jeti tersebut sama seperti jeti nelayan yang lain.

“Diharapkan agar pihak persatuan nelayan dapat terus bersabar dalam usaha kita bersama-sama menjadikan jeti berkenaan sebagai salah sebuah jeti yang cantik dan moden di negeri ini dan bagi memastikan projek ini berjalan lancar.

"Justeru, saya menyeru agar pihak persatuan dapat memberikan sepenuh kerjasama kepada syarikat kontraktor semasa projek ini sedang dibangunkan," katanya.

Jelasnya, projek membina dua pintu bangunan kedai ini selain berfungsi sebagai mengindahkan jeti nelayan, ianya juga akan memberi peluang perniagaan kepada mereka dan keutamaan akan diberikan kepada mereka yang telah lama berniaga di kawasan ini.

"Kini, di dalam kawasan DUN Merlimau sahaja, kita mempunyai produk pelancongan yang sedia ada seperti Perigi Portugis, Makan Tun Teja dan Rumah Tradisional Penghulu Mat Natar dan adalah tidak mustahil juga projek di jeti tersebut akan menjadi salah satu projek pelancongan kepada kawasan DUN Merlimau ini,” ujar beliau.

Tambah beliau lagi, bagi meningkatkan lagi hasil nelayan di jeti tersebut, sebanyak 14 tukun tiruan telah dilepaskan di perairan Merlimau untuk meningkatkan hasil pembiakan ikan.

Mohamad Hidhir turut menegaskan bahawa kebajikan dan permasalahan para nelayan di jeti tersebut akan tetap diberi perhatian dan dengan ini, setiap permasalahan yang timbul perlu diselesaikan dengan cara baik.

Dalam perkembangan lain, Raub pula merakamkan penghargaan kepada pihak Japerun Merlimau kerana mahu menaiktarafkan jeti tersebut bagi memberi kemudahan kepada seluruh nelayan di tempat tersebut.

Babitkan 29 Peserta- RM283, 000 Biayai PPRT Di DUN Merlimau

Sepanjang tahun ini, kira-kira RM 283,000 telah dibelanjakan bagi membiayai pembinaan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, membabitkan 29 peserta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan berkata, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi kawasan Merlimau mencatatkan bilangan penerima tertinggi yang mana dua buah rumah PPRT dibina dan enam lagi dibaiki dalam program ini.

Sementara itu katanya, bagi kawasan JKKK Chenderah pula mencatatkan jumlah kedua tertinggi yang mana satu rumah PPRT berjaya dibina manakala lima lagi rumah PPRT yang sedia ada telah siap dibaiki.

“Dan bagi kawasan JKKK Merlimau Tengah, Timur hanya mencatatkan satu rumah PPRT dibaiki di kawasan masing-masing sementara di Merlimau Utara pula mencatatkan satu pembinaan rumah PPRT yang telah siap dibina pada tahun ini,” katanya.

Katanya, disebabkan harga bagi barangan keperluan untuk membuat rumah kian meningkat, Kerajaan Negeri Melaka baru-baru ini telah meluluskan pembinaan bagi rumah PPRT sebanyak RM 17,000.

“Jika dahulu anggaran untuk menyediakan sebuah rumah PPRT ialah RM 15,000 kini kerjaan telah meluluskan penambahan sebanyak RM 2,000 untuk membina sebuah rumah PPRT,” katanya.

Baru-baru ini, Penyelia Unit Pembangunan Desa (UPD), Redzuan Mohd Ripin dan pembantu tadbir UPDn, Razali Mohd bersama-sama Setiausaha Japerun Merlimau, Suhaimi telah meninjau kawasan rumah PPRT yang siap dibina.

Menurut Redzuan, dengan bantuan yang disediakan oleh kerajaan, hasrat untuk membantu mereka dapat dilaksanakan dan tiada lagi masyarakat yang memerlukan bantuan terpinggir lagi di masa hadapan.

Jumaat, 5 Disember 2008

Belia Melaka Disaran Ceburi Bidang Pertanian

Golongan belia di negeri ini yang berminat menceburi bidang pertanian dan perternakan digalakkan untuk menyahut saranan Kerajaan Negeri bagi menjayakan Program Bumi Hijau yang sedang giat diadakan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan berkata, penyertaan dari golongan belia amat kurang memandangkan peruntukan yang disediakan kerajaan didapati tidak mendapat sambutan yang baik.

"Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ada memberi peruntukan khas kepada Agro Bank bagi membantu golongan belia yang ingin membangunkan projek pertanian atau penternakan namun ia tidak mendapat sambutan di kalangan belia negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Anak Ayam Kampung Kepada Penternak di Pusat Latihan Ternakan Ayam, di sini, hari ini.

Seramai 180 orang penternak ayam secara komersial yang terdiri daripada penduduk kampung dari tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Sungai Rambai, Merlimau dan Serkam telah diberikan 25 ekor anak ayam setiap seorang.

Katanya, selain itu bagi golongan belia yang berminat menternak ayam, mereka boleh berbuat demikian dengan memohon kepada Jabatan Veterinar.

"Syaratnya, permohonon mestilah secara berkelompok atau di atas persatuan belia. Jika 10 orang kita akan bagi 250 ekor ayam.

"Kita juga menyokong usaha penternak yang ingin memulakan projek penternakan atau mengembangkan projek sedia ada. Malah pihak veterinar sendiri akan memberikan tunjuk ajar cara perternakan yang betul untuk ternakan mereka," katanya.

Menurut Mohamad Hidhir, pada peringkat permulaan selain peralatan lengkap makan minum, para penternak turut menerima seguni makanan ayam dan ubat Efektif Mikrob (EM) bagi mengawal bau dan pembiakan lalat.

"EM wajib digunakan bagi mengelakkan aduan dan ketidakselesaan orang sekeliling terhadap lalat dan bau yang tidak menyenangkan.

"Penggunaan EM ini juga sebagai persediaan atau untuk membiasakan penternak menggunakannya memandangkan ia akan dikuatkasakan penggunaannya mulai tahun depan di bawah Enakmen Unggas 2009," jelas beliau.

Tambah beliau, penggunaan EM juga amat penting memandangkan negeri Melaka merupakan negeri pelancongan.

"Kita tidak mahu negeri pelancongan ini terjejas dek kerana bau busuk dan lalat yang banyak.

"EM juga penting kerana kalau tak guna lesen tidak akan diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)," katanya lagi.

Hadir sama, Pengarah Veterinar Melaka, Dr. Suratan Kamarudin; Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka, Mohd Nawi Othman dan Penghulu DUN Serkam Zakaria Abu Bakar.

Selasa, 2 Disember 2008

Tebatan banjir: Melaka dapat peruntukan RM90 juta

Kerajaan Pusat meluluskan permohonan kerajaan negeri bagi mendapatkan peruntukan sebanyak RM90 juta untuk melaksanakan projek tebatan banjir di seluruh negeri termasuk daerah Merlimau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan berkata, sebanyak RM128 juta lagi juga telah diluluskan oleh kerajaan Pusat bagi melaksanakan sistem saliran yang lebih teratur di pusat bandar.

Menurutnya, projek tersebut perlu dilaksanakan segera bagi menangani masalah banjir kilat yang berlaku sejak beberapa tahun lalu serta mengelakkan masalah tersebut berlarutan pada masa depan.

''Saya difahamkan terdapat beberapa projek tebatan banjir telah dan sedang dilaksanakan di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran negeri.

''Projek tersebut diharap dapat mengurangkan risiko banjir di kawasan yang mudah dinaiki air terutama pada musim hujan lebat,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Pemantapan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) daerah Jasin Mengenai Bencana Alam di sini hari ini.

Mohamad Hidhir berkata, anggota masyarakat juga perlu memainkan peranan dengan memberi kerjasama dan sokongan kepada kerajaan negeri dan agensi berkaitan bagi mengatasi masalah banjir kilat.

Katanya, sikap masyarakat yang lebih gemar menyalahkan kerajaan apabila berlaku banjir kilat di tempat mereka hanya akan merugikan masyarakat kerana pada akhirnya masalah tersebut gagal ditangani secara berkesan.

''Kerajaan telah berusaha dan mengambil langkah yang proaktif bagi menangani masalah banjir kilat tetapi masyarakat perlu ingat, bukan semua tindakan ini dapat mengatasi masalah itu sepenuhnya.

''Kita hanya merancang dan melaksanakan tindakan bagi mengatasi masalah banjir kilat dengan sebaik mungkin,'' katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri berkata, masyarakat perlu mempunyai inisiatif untuk bersama-sama membantu kerajaan mengatasi masalah banjir kilat.

Katanya, mereka boleh melibatkan diri secara aktif dalam program menangani masalah banjir kilat sama ada anjuran kerajaan atau badan bukan kerajaan.

Sementara itu, mengenai pelaksanaan Program Pemantapan JKKK daerah Jasin hari ini, katanya, ia berjaya menarik penyertaan 60 pengerusi dan ahli jawatankuasa JKKK dari seluruh kampung di daerah tersebut.

Program tersebut, katanya, merupakan program jelajah anjuran Majlis Keselamatan Negara cawangan negeri dan Pejabat Daerah dan Tanah Jasin bertujuan memberi penerangan kepada semua pemimpin masyarakat mengenai kaedah menguruskan bencana alam.

''Kita juga merasakan program ini perlu diteruskan pada tahun-tahun berikutnya agar ia dapat menerapkan kesedaran kepada semua anggota masyarakat mengenai tindakan yang sewajarnya diambil oleh mereka dalam membantu kerajaan menangani bencana alam yang berlaku," katanya.

Menurutnya, melalui cara tersebut, kerjasama antara masyarakat dan agensi kerajaan yang terlibat dengan pengurusan bencana dapat disatukan dan segala masalah yang berkaitan dengannya mampu ditangani dengan berkesan.

Rabu, 26 November 2008

Jabatan promosi ikan air tawar

Jabatan Perikanan akan meneruskan kerjasama dengan semua hotel dan resort di setiap negeri sebagai langkah awal untuk mempromosikan ikan air tawar supaya menjadi antara menu utama makanan di premis berkaitan.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Suhaili Lee, berkata usaha sama yang akan bermula awal tahun depan itu dijangka memberi banyak manfaat, bukan saja kepada pelanggan yang dapat menikmati makanan dengan mudah, malah pemilik hotel serta penternak ikan yang kebanyakan masyarakat luar bandar.

Katanya, pihaknya juga akan membantu pemilik hotel untuk mendapatkan bekalan ikan air tawar menerusi perkenalan dengan penternak ikan air tawar yang terbabit dalam Program Dasar Jaminan Makanan Nasional anjuran Jabatan Perikanan.

"Jabatan ini berharap promosi makanan ikan air tawar ini memberi manfaat kepada penternak kerana ia sekali gus mampu membantu mereka menjual hasil ternakan kepada hotel.

"Pada masa sama, ia turut menggalakkan masyarakat supaya terus menjalankan ternakan ikan atau udang di kawasan terbiar di tempat mereka dan Jabatan Perikanan sedia membantu menerusi Program Dasar Jaminan Makanan Nasional," katanya selepas menghadiri majlis penutupan Seminar Gerai Ikan Bakar peringkat negeri di Perkampungan Ikan Bakar Terapung (PIBT) Umbai Baru, Serkam di sini, kelmarin.

Majlis itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Serkam, Ghazale Muhamad dan Pemangku Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Rosmawati Ghazali.

Suhaili berkata, beberapa hotel yang menjadikan masakan ikan air tawar sebagai menu di restoran mereka mendapat sambutan baik di kalangan masyarakat khususnya pada waktu makan tengah hari dan malam.

Katanya, langkah itu dilihat mampu diperluaskan ke hotel lain, sekali gus menyahut seruan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani supaya menjadikan ikan air tawar yang berprotein tinggi sebagai antara makanan harian penduduk di negara ini.

Terdahulu, dalam ucapannya, Suhaili berkata, semua pengusaha ikan bakar di seluruh negara perlu mementingkan kesegaran dan kualiti ikan seterusnya menghasilkan sajian yang menepati Piawaian Keselamatan Makanan.

Beliau berkata, pengusaha makanan itu juga perlu menitikberatkan pengendalian ikan yang sempurna, selain memastikan kaedah mempamer dan penyimpanan ikan serta tahap kebersihan premis serta pekerja mereka.

"Penurunan kualiti ikan dalam bentuk fizikal, kimia dan biologi adalah berpunca daripada pengendalian ikan yang tidak sempurna. Sebagai contoh, penggunaan ais yang kurang serta penggunaan peti ikan yang tidak sesuai termasuk aktiviti semasa mengendalikan penyediaan sajian.

"Sehubungan itu, perlu diingatkan bahawa aspek pengendalian ikan dijadikan agenda utama dalam usaha memperbaiki dan menjamin sajian serta menjamin nilai jualan yang lebih besar," katanya.

Selasa, 18 November 2008

Kebun Komuniti tarik minat bertani

Kewujudan Kebun Komuniti merupakan salah satu pendekatan yang digunakan kerajaan dalam menarik minat lebih ramai masyarakat setempat menyertai kempen Program Bumi Hijau.

Pegawai Pertanian Daerah Jasin, Mahathir Omar ketika membacakan teks ucapan sebagai mewakili Pegawai Daerah, Halim Ahmad berkata, Kebun Komuniti ini diadakan apabila tanah-tanah kosong milik kerajaan, majlis tempatan, swasta, sekolah-sekolah, rumah ibadat serta bahu-bahu jalan di kawasan perumahan berkenaan ditanam secara individu atau berkumpulan yang diuruskan oleh satu badan pengurusan.

Katanya, selain daripada tanaman, komponen ternakan melibatkan pemeliharaan ayam kampung, itik atau puyuh boleh juga diadakan jika bersesuaian.

“Manakala bagi aktiviti menternak ikan keli atau ikan tilapia di dalam sangkar kanvas atau takungan juga akan membantu pengeluaran bekalan ikan sendiri.

“Justeru, dengan kempen ini diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, sebuah taman perumahan, dua buah sekolah menengah dan empat buah sekolah rendah telah menyertai program ini melalui bimbingan daripada Jabatan Pertanian,” katanya di Majlis Perasmian Program Bumi Hijau Peringkat DUN Merlimau, di Taman Sejati, semalam.

Menurutnya, sokongan teknikal berupa khidmat nasihat serta latihan dalam aspek penanaman, penjagaan tanaman, penternakan dan landskap akan disampaikan oleh Jabatan Pertanian, MARDI, Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan FAMA.

“Diharapkan melalui program ini ia dapat meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan berjimat cermat, bertanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat serta kepuasan mengeluarkan bahan makanan sendiri yang berkualiti dan selamat,” jelasnya.

Tambahnya, matlamat utama program ini diadakan bertujuan menggalakkan rakyat bercucuk tanam bagi mengeluarkan sendiri bahan makanan serta mengurangkan kos perbelanjaan harian yang kian meningkat akibat daripada kenaikan harga minyak dan bahan-bahan lain.

“Di samping itu ia turut bertujuan untuk memberi kesedaran dan minat rakyat, khususnya dalam kalangan belia, pelajar sekolah, pusat jagaan dan pemulihan terhadap bidang pertanian.

“Kita mahu memberi kesedaran tentang kepentingan makanan berkhasiat, segar dan selamat kepada mereka semua selain mahu mewujudkan suasana persekitaran dan halaman rumah, sekolah yang cantik serta mengeratkan perpaduan dalam kalangan anggota komuniti yang terlibat dalam program Bumi Hijua ini,” jelasnya.

Beliau turut memberitahu, konsep kempen ini adalah sedikit berbeza dengan konsep yang diadakan sebelum ini kerana fokus utama dalam program ini disasarkan kepada penduduk di taman perumahan di bandar, penghuni rumah pangsa, kampung, pejabat dan kuarters kerajaan dan murid-murid sekolah.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Melaka, Nor Sham Alwi, Penghulu DUN, Lazan Ali, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Sejati, Mohd Romaino Ali, Pengerusi JKKK Merlimau Tengah, Othman Jonit, serta beberapa Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) DUN Merlimau.

Khamis, 13 November 2008

Kerajaan Kaji Ternakan Walit Khususnya Di Kawasan Warisan

Satu jawatankuasa untuk mengkaji ternakan burung walit khususnya di Jonker Walk atau kawasan warisan di negeri ini sudah dibentuk Kerajaan Negeri berdasarkan permintaan penternak burung walit supaya Kerajaan memberi lesen bagi membolehkan mereka menternak haiwan berkenaan.

Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan berkata, pembentukan jawatankuasa itu dibuat dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri baru-baru ini dan ia berperanan memberi laporan berhubung kesesuian ternakan burung walit yang diternak di dalam kawasan warisan.

Menurutnya, setakat ini, Kerajaan Negeri belum memberi sebarang kata putus berhubung permintaan penternak terbabit selagi belum mendapat laporan berhubung perkara itu daripada jawatankuasa yang dibentuk.

"Jawatankuasa ini yang dipengerusikan saya sendiri akan membuat laporan tentang perkara itu pada mesyuarat Exco akan datang.

"Sehubungan itu, kita sedang mengkaji perkara berkenaan dan jawatankuasa yang ditubuhkan ini akan bertindak memanggil beberapa orang tertentu yang boleh memberi pandangan berkaitan hal berkenaan serta mengemukakan syor mengenai apakah langkah terbaik yang membolehkan kita membantu persatuan penternak burung walit di negeri ini," katanya ketika ditemui.

Dalam pada itu, Mohamad Hidhir berkata, apa yang dimaklumkan setakat ini, pihak penternak burung walit mendakwa ternakan haiwan berkenaan tidak menimbulkan pencemaran, tetapi pandangan ini berbeza dengan tanggapan pihak lain.

"Apapun jawatankuasa yang ada ini akan meneliti perkara berkenaan bagaimanapun, sebagai contoh, kita dapati terdapat sarang burung di dalam bilik Hotel Puri yang terletak bersebelahan Jonker Walk, malah ia tidak pula menimbulkan rungutan pengunjung hotel itu sendiri.

"Bagaimanapun, Kerajaan Negeri bercadang mewujudkan satu tempat yang khusus, di mana penternak burung walit menternak haiwan itu di kawasan yang ditetapkan pada masa akan datang," katanya.

Melaka sasar RM54.39 juta nilai keluaran lembu 2010

Melaka menyasarkan RM54.39 juta nilai pengeluaran ternakan lembu di seluruh negeri ini pada 2010.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri, Datuk Mohammad Hidhir Abu Hasan berkata, sasaran itu lebih besar berbanding pengeluaran 2005 iaitu RM33.39 juta.

Pada masa ini terdapat kira-kira 732 penternak lembu jenis tenusu, daging dan kandang yang jumlah keseluruhannya sebanyak 24,639 ekor di Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

"Daerah Alor Gajah mencatatkan bilangan penternak terbanyak iaitu seramai 340 orang menternak lembu daging dengan jumlah ternakan sebanyak 11,123 ekor. Kerajaan negeri turut menyasarkan nilai pengeluaran untuk ternakan kambing dan biri-biri sebanyak RM8.47 juta dalam tempoh yang sama berbanding RM2.67 juta pada tahun 2005. Ketika ini, seramai 419 penternak kambing terdapat di seluruh negeri dengan bilangan ternakan sebanyak 28,912 ekor sementara penternak biri-biri seramai 84 orang dengan jumlah ternakan 6,394 ekor," katanya.

Tambahnya, kerajaan negeri sentiasa menggalakkan penduduk terutama di luar bandar untuk terlibat secara aktif meningkatkan nilai pengeluaran ternakan pada masa depan.

"Mereka yang berminat perlu berkemampuan daripada segi modal dan memastikan jarak kawasan ternakan adalah satu kilometer dari kawasan penempatan penduduk bagi mengelak masalah pencemaran bau dan alam sekitar," katanya.

Beliau menjelaskan, buat masa ini kerajaan negeri belum bercadang menghasilkan bahan makanan ternakan bagi diedarkan kepada penternak.

“Penternak digalakkan mencari alternatif sendiri termasuk mengambil bahan semula jadi bagi tujuan tersebut. Misalnya menggunakan daun kelapa sawit bagi kegunaan bahan makanan ternakan kerana penggunaannya terbukti menambah protein dan pada masa sama penternak boleh mendapatkan nasihat kepakaran dari Jabatan Veterinar negeri,” katanya.

Isnin, 10 November 2008

Kem Kelab Rukun Negara Pupuk Patriotik Pelajar

Kelab Rukun Negara Sekolah Kebangsaan (SK) Merlimau 2 telah menganjurkan Kelab Rukun Negara di dewan sekolah berkenaan meliputi penyertaan seramai 100 murid Tahun 6, baru-baru ini.

Guru Penolong Kanan(GPK) Kokurikulum SK Merlimau 2, Suhaimi Monir memberitahu, pengisian program kem tersebut menganduni ceramah yang di sampaikan oleh Pensyarah Kanan Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTEM), Mahadi Abu Hassan.

"Pensyarah Kanan tersebut telah menyampaikan ceramahnya bertajuk "Penghayatan Rukun Negara; Kepercayaan Kepada Tuhan ,"Katanya ceramah Mahadi yang juga penulis Atikal di akhbar rasmi Kerajaan Negeri Melaka itu telah mendapat reakasi positif di kalangan para guru dan pelajar.

Suhaimi berkata, selain itu, program ini juga bertujuan memberikan pengetahuan dan pendedahan tambahan kepada pelajar-pelajar sekolah mengenai kepentingan menghayati semua prinsip Rukun Negara.

"Disamping itu, ia juga membantu mewujudkan rakyat yang bukan sahaja bertangungjawab terhadap masyarakat dan negara, tetapi menjadikan mereka rakyat yang produktif, sekaligus akan menyumbang kepada perpaduan dan pembangunan negara, ulasnya.

Isnin, 29 September 2008

Pengasas kampung turut dapat sumbangan

Pengasas dan juga bekas Sidang Kampung Air Merbau, Wan Jamil, 82, merupakan antara 51 penerima sumbangan Aidilfitri daripada UMNO Cawangan Air Merbau, baru-baru ini.

“Saya begitu terharu ada pihak yang sudi menyampaikan sumbangan kepada saya sekeluarga memandangkan saya adalah pengasas kampung ini.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak UMNO yang menghulurkan sumbangan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sumbangan tersebut disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan dan isteri, Datin Nor Azian Mohd Ali.

Turut hadir Penghulu Dewan Undangan Negeri ( DUN) Merlimau, Lazan Ali dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Air Merbau, Rohani Wahad.

Di samping itu juga, Mohamad Hidhir juga sempat mengadakan lawatan ke rumah seorang warga emas di Taman Mayang yang kini terlantar selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Abu Wahad, yang lumpuh sebelah badan kini tidak dapat duduk setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya kira-kira setahun setengah lalu.

Selain sumbangan hari raya, Abu Wahad turut menerima sumbangan kuih raya dan juadah untuk berbuka puasa di samping lima kilogram beras.

Menurut Ketua UMNO cawangan, Zakariah Abd Hamid berkata, empat kumpulan dipecahkan bagi memudahkan penyampaian bantuan di setiap rumah penerima.

“Empat kumpulan yang bergerak ini memberikan sumbangan kepada kawasan meliputi Cawangan Air Merbau iaitu tiga taman perumahan dan satu perkampungan.

“Selain warga emas, kita juga ada memberi sumbangan Aidilfitri kepada golongan orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan mereka yang sedang terlantar sakit di rumah,” jelasnya.

Kata Zakariah lagi, melalui program seperti ini ahli-ahli cawangan yang turut serta semasa sumbangan dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan penduduk setempat dan ahli-ahli.

“Ia penting untuk kita membantu golongan yang memerlukan memandangkan Aidilfitri akan disambut tidak lama lagi.

“Oleh itu, kita ingin memastikan mereka yang kurang berkemampuan dapat meraikannya bersama-sama kita pada Aidilfitri nanti,” jelasnya.

Tambah beliau, pihaknya turut merancang akan mengadakan program sebegini setiap tahun jika mendapat sokongan daripada ahli.

“Program ini merupakan salah satu program yang dapat mendekatkan lagi setiap ahli dengan penduduk setempat dan kemungkinan akan dijadikan sebagai tradisi dalam usaha membantu golongan kurang berkemampuan,” katanya.

Isnin, 22 September 2008

Jabatan Perikanan Pulihkan Kolam Terbiar 25,000 Benih Ikan Talapia Dilepaskan

Jabatan Perikanan Negeri sedang berusaha memulihkan kolam-kolam terbiar di sekitar negeri ini untuk dimajukan oleh belia-belia, anak Felda atau orang perseorangan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri, Datuk Mohammad Hidhir Abu Hasan berkata, projek pemulihan kolam terbiar yang diusahakan semula adalah 'Tebat ChinChin' 30 sangkar, Felda Bukit Sedanan lima kolam, Felda Air Kangkong enam kolam, Kampung Beringin dua kolam dan Kampung Gadek 12 buah kolam.

Menurutnya, program pemulihan kolam terbiar itu merupakan salah satu rangka perlaksanaan pelan jaminan bekalan makanan nasional.

"Ianya meningkatkan unit pengeluaran akuakultur bagi menambah jumlah bekalan ikan negara serta membantu mengurangkan beban kos pemulihan yang ditanggung pengusaha akuakultur.

"Program ini juga akan menggalakkan pembangunan semula kawasan-kawasan kolam terbiar untuk meningkatkan pengeluaran ikan negara," katanya ketika ditemui semasa pelepasan benih ikan di lima buah kolam di Felda Bukit Sedanan, Jasin, di sini, hari ini.

Hadir sama dalam majlis itu, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Zawawi Ali. Mohammad Hidhir berkata, kolam ikan Bukit Sedanan diusahakan oleh Mutiara Permata Desa Enterprise yang dipelopori oleh Azree Abd Samad dan sahabatnya.

Katanya, kos pemulihan lima kolam itu berjumlah RM4,990 dan kuantiti benih ikan Talapia yang dilepaskan adalah sebanyak 25,000 ekor dengan harga RM1,609.

Katanya, berdasarkan kriteria pemilihan projek itu, peserta perlu mempunyai hak pemilikan tapak yang sah, kawasan projek bebas banjir, sumber bekalan air tidak tercemar, mencukupi dan berkualiti dan memenuhi tahap kesesuaian.

"Antara skop bantuan pemulihan adalah kerja-kerja pemulihan infrastruktur seperti kolam atau sangkar, dan pintu air, bantuan bekalan peralatan seperti sistem pam, paddle wheel, yang mana nilai peralatan terhad RM5,000 (bagi sistem kolam air payau),"Bantuan input ternakan adalah makanan bagi dua pusingan ternakan dan benih ikan atau udang bagi dua pusingan ternakan,"katanya lagi.

Jelasnya, pengeluaran hasil bagi program itu tidak layak mendapat bayaran insentif selama dua pusingan pertama.

Sementara itu, Zawawi berkata, bagi bantuan pemulihan mengikut sistem membabitkan kolam air tawar, setiap peserta hanya layak memulihkan kawasan projek seluas tidak lebih 0.2 ha (effective Area).

Katanya, kuantiti benih mengikut kadar penebaran yang ditetapkan oleh jabatan seperti spesis Talapia 5 ekor/m2 jika 2000 m2, penternak layak menerima 50,000 ekor benih.

Menurutnya, kuantiti makanan mengikut yang ditetapkan iaitu spesis Talapia pengeluaran adalah 4.8 tan /o.2 ha dan penternak layak menerima 8.64 tan makanan.

"Nilai peralatan tidak melebihi RM5,000 dan setiap peserta juga layak memulihkan kawasan projek seluas 0.2 ha,"katanya lagi.

Tambahnya, bagi kolam air payau pula kuantiti benih mengikut kadar perlepasan seperti spesis Udang Harimau 30 ekor m2 jika 2000 m2 dan penternak layak menerima 60,000 ekor benih.

Selasa, 9 September 2008

Tanah Terbiar Bakal-Jadi Kawasan Beriadah

Kebimbangan penduduk di kawasan Perindustrian Merlimau dan Kampung Pasir Gembur, Sempang Pekan dekat sini berikutan keadaan semak samun tanah terbiar di kawasan berkenaan sejak tujuh tahun lalu bakal berakhir tidak lama lagi.

Ini berikutan, kawasan yang suatu ketika dahulu pernah didiami binatang berbisa seperti ular kini bakal dibangunkan untuk tujuan projek pembangunan taman rekreasi.

Melalui Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), penduduk di kawasan berkenaan kini sudah boleh menarik nafas lega apabila MPJ akan menyiapkan kawasan riadah untuk mereka serta pekerja kilang di kawasan berkenaan.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Kampung Sempang Pekan, Rasidah Baba berkata, penduduk menyambut baik langkah MPJ membersihkan kawasan tanah terbiar di situ bagi tujuan pembangunan rekreasi.

Menurut Rasidah, selama tujuh tahun persatuan memohon kepada MPJ untuk menjadikan kawasan tanah terbiar itu menjadi kawasan riadah memandangkan di dalam kawasan kampung itu tidak mempunyai sebarang kemudahan beriadah, akhirnya penantian mereka berakhir.

“Daripada kawasan tanah ini terus terbiar begitu sahaja dengan semak samun, adalah lebih baik kawasan ini dijadikan sebagai tempat untuk anak-anak muda di kampung melakukan aktiviti yang berfaedah,” katanya.

Menurut Rasidah, beberapa kakitangan MPJ, Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah Jasin dan Merlimau turut serta dalam kerja-kerja pembersihan tanah seluas lima ekar itu dengan menggunakan empat jentolak bagi membersihkan kawasan tanah terbiar tersebut.

“Pihak kami merancang untuk mewujudkan sebuah padang bola sepak dan sebuah padang bola jaring bagi memberi ruang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk melakukan aktiviti sukan apabila padang-padang tersebut siap kelak,” katanya.

Rasidah memaklumkan, beliau diberitahu bahawa kerja-kerja pembersihan dan pembinaan padang itu dijangka akan siap sepenuhnya menjelang penghujung tahun ini.

“Adalah menjadi harapan kita supaya tempat reaksi ini bakal memberi kelebihan kepada semua pihak terutama kepada mereka yang gemarkan aktiviti sukan dan mereka boleh menggunakan padang-padang ini sebaik mungkin demi memastikan semua pihak mendapat kelebihan dan manfaatnya,” katanya.

Isnin, 8 September 2008

Bazar Ramadhan Merlimau Dapat Sambutan Luar Biasa

Para perniaga Bazar Ramadhan yang memulakan perniagaan di serbu orang ramai seawal 4.30 petang sudah keluar mencari juadah untuk berbuka puasa.

Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) mendapati di beberapa lokasi utama yang sering menjadi tumpuan, orang ramai mula bertali arus mencari keperluan berbuka puasa terutama pada waktu puncak sekitar jam 6.00 petang hingga 7.00 malam.

Jalan utama di sepanjang pekan Merlimau mula sesak dan polis terpaksa ditempatkan disini bagi mengawal lalulintas.

Sememtara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Merlimau Datuk Mohammad Hidhir Abu Hasan berkata, beliau agak terkejut dengan sambutan orang ramai ke bazar Ramadhan Merlimau.

Menurutnya, beliau juga yakin walaupun ekonomi tidak menentu, ianya tidak memaksa orang ramai keluar membeli belah dan jumlah pengunjung yang agak luar biasa tentunya dapat meningkatkan pendapatan peniaga di kawasan berkenaan.

"Saya lihat sambutan diterima amat baik dan saya juga menyeru kepada semua peniaga-peniaga supaya menjaga kualiti makanan masing- masing sepanjang bulan Ramadhan ,"Katanya ketika ditemui di Bazar Merlimau.

Mohammad Hidhir berkata, peniaga-peniaga juga diseru tidak menjual makanan basi kepada pembeli dan Jabatan Kesihatan Negeri turut akan memantau semua makanan yang di jual.

"Tahun lepas, rekod peniaga disini agak baik dan tidak ada laporan di terima mengenai makanan basi yang dijual.

Dalam perkembangan lain, Mohammad Hidhir berkata, kios-kios tetap yang didirikan di tepi jalan utama di pekan Merlimau itu juga merupakan usaha kerajaan menyusun atur semula kawasan perniagaan di kawasan ini.

Dengan adanya kios ini,saya rasa ianya tersusun dan mengikut kehendak kerajaan negeri,"katanya lagi.

Orang Miskin Perlu Baiki Taraf Hidup

Golongan fakir miskin dan mereka yang kurang bernasib baik wajar berusaha membaiki taraf hidup masing- masing daripada bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan berkata, sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan tatapi dalam masa yang sama, mereka juga tidak boleh menjadi golongan peminta selama- lamanya.

"Dalam usaha kerajaan negeri mencapai hasrat kemiskinan sifar menjelang 2010, saya amat berharap golongan miskin ini turut memainkan peranan dengan berusaha meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Ramadhan dan Aidilfitri sumbangan Jabatan Agama Islam Melaka(JAIM) di sini. semalam

Pada majlis itu, seramai 139 fakir miskin dari enam kawasan kariah DUN Merlimau menerima sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan harian.

Jumaat, 5 September 2008

Pasukan Lipat Kajang juara Kejohanan Futsal Merdeka

Pasukan daripada Lipat Kajang, baru-baru ini muncul juara dalam acara pertandingan akhir futsal dalam Kejohanan Futsal Merdeka bersempena dengan sambutan kemerdekaan negara yang ke-51.

Perlawanan yang diadakan di Arena Futsal Merlimau, pasukan Lipat Kajang berjaya menewaskan pasukan Nerveous dengan menjaringkan gol 3-2 pada tendangan penalti.

Menurut pengerusi Belia 4B cawangan Merlimau Pasir, Jezlee Pit berkata, dengan adanya acara seperti ini, ia secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan pemain dan penonton.

“Dalam pertandingan seperti ini, ia juga dapat memberi peluang kepada belia-belia untuk menonjolkan serta mengetengahkan bakat mereka.

“Bakat yang mereka tonjolkan sepanjang pertandingan ini bukan berakhir di sini malah mereka juga akan dibawa ke peringkat yang lebih tinggi bagi mengetengahkan lagi bakat mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya lagi, aktiviti sebegini harus diteruskan agar ia mampu mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan mereka yang terdiri pelbagai kaum di samping membina semangat kekitaan serta mengurangkan aktiviti yang tidak berfaedah.

“Daripada mereka melakukan aktiviti yang tidak mendatangkan faedah, adalah lebih baik mereka melakukan aktiviti sukan kerana ia juga boleh menyihatkan tubuh badan mereka,” jelasnya lagi.

Khamis, 28 Ogos 2008

Pertama Di Melaka-14 Tukun Tiruan Dasar Lembut Dilancar

Sebanyak 14 tukun tiruan dasar lembut yang menggunakan konkrit sepenuhnya pertama dilancarkan hari ini bagi memberikan rezeki kepada nelayan di kawasan Tambak Laut, Kota Laksamana, Tengkera hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa Dan Pertanian Negeri, Datuk Mohammad Hidhir Abu Hasan berkata, tukun tiruan dasar lembut itu menelan kos RM168,000 dan secara keseluruhannya ditanggung oleh Jabatan Perikanan.

Menurutnya, tukun berkenaan adalah bagi menyediakan habitat untuk perlindungan, pemakanan, pembiakkan ikan dan pembesaran invertebreta lain.

"Dengan adanya usaha ini, ianya akan menambahkan habitat perikanan di perairan sekitar tukun tiruan, sekaligus menyelesaikan isu nelayan yang kehilangan punca rezeki setelah projek tambak laut dijalankan oleh Kerajaan.

"Ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk menyelesaikan masalah nelayan iaitu 29 orang di Pantai Klebang, tujuh orang di Kota Laksamana dan selebihnya di Muara Sungai Duyong," katanya ketika sidang media selepas mengadakan lawatan ke Tukun Tiruan Dasar Lembut di Kota Laksamana Tengkera.

Hadir sama dalam majlis itu, Pengarah Perikanan Negeri, Zawawi Ali.

Muhammad Hidhir berkata, projek itu akan meningkatkan sumber ikan di persekitaran dan menjadi tapak penyelidikan tukun tiruan.

"Saya difahamkan berat satu tukun ini mencecah 18 tan, Saya harap isu masalah nelayan di sini akan selesai secara berperingkat-peringkat," katanya lagi.

Sementara itu, Zawawi berkata, tukun tiruan adalah bahan binaan buatan yang berpotensi mengumpul dan meningkatkan pengeluaran ikan yang ditangkap oleh nelayan.

Menurutnya, konsep tukun tiruan itu adalah meletakkan sesuatu bahan semulajadi atau bahan buatan manusia di dasar laut untuk menambah kepadatan sumber perikanan setempat.

"Selepas satu tempoh, tukun tiruan akan berubah menjadi satu habitat yang sesuai untuk perlindungan, pembiakkan dan tempat mencari makanan kepada sebahagian besar spesis ikan dan habitat pelbagai jenis flora dan fauna yang lain," katanya lagi.

Isnin, 18 Ogos 2008

320 Rak Kupang Disasar Hingga Tahun 2009

Projek ternakan kupang menggunakan sistem rak merupakan salah satu usaha kerajaan melalui agensi Jabatan Perikanan Negeri untuk melahirkan usahawan berjaya dalam bidang berkenaan.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Zawawi Ali berkata, projek ternakan kupang di Taman Rambai Perdana,sungai Rambai telah dimulakan sejak tahun 2006.

Menurutnya, Kos permulaan projek adalah RM600,000 untuk rak sedia ada, manakala jumlah perlaburan RM800,000 daripada pengusahannya.

"Ternakkan kupang yang disahakan oleh para belia, manakala bagi graaduan Universiti turut di adakan projek seumpama ini di sebatu Merlimau, sekaligus menjana pendapatan yang baik, selain meningkatkan ekonomi,"katanya kepada Melaka Hari Ini(MHI) ketika di temuui di pejabatnya, disini, hari ini.

Zawawi berkata, pengusaha berkenaan mempunyai 30 rak sedia ada dari high impact dan projek secara berkelompok adalah sekitar 10 tan setahun.

"Purata pendapatan kasar RM15,000 sertahun, manakala sasaran pendapatan sebenar mencecah rm3 juta setahun untuk 30 rak.

"Sebanyak 320 rak dijalankan akan dimiliki sehingga tahun 2009 berbanding 20 peratus iaitu bersamaan 30 rak tahun sebelumnya,"Katanya lagi.

Tingkatkan Keluaran Makanan Tujuh Strategi Digariskan Jamin Bekalan Mencukupi

Sebanyak tujuh strategi telah digariskan di bawah Dasar Jaminan Makanan Nasional dan empat darinya secara langsung di bawah bidang kuasa Jabatan Perikanan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri, Datuk Mohammad Hidhir Abu Hasan berkata, ia melibatkan program pemulihan kolam terbiar, program insentif dan galakan pengeluaran akuakultur, program bumi hijau dan program zon industri akuakultur.

Menurutnya, bagi projek kolam terbiar ianya bertujuan meningkatkan unit pengeluaran akuakultur bagi menambah jumlah bekalan ikan negara.

Menurutnya, ianya akan membantu mengurangkan beban kos pemulihan yang ditanggung oleh pengusaha akuakultur, selain menggalakkan pembangunan semula kawasan-kawasan kolam terbiar untuk meningkatkan pengeluaran ikan negara.

"Bagi program insentif galakan pengeluaran akuakultur, ianya bagi meringankan bebanan penternak dan pengusaha akuakultur berikutan dengan kenaikan kos pengeluaran.

"Di samping itu, ianya akan meningkatkan pengeluaran makanan dan menggalakkan budaya menyimpan rekod ladang,"katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI) di sini, hari ini.

Muhammad Hidhir berkata, bagi program bumi hijau pula ia bertujuan meningkatkan hasil pengeluaran ikan negara selaras dengan Dasar Jaminan Bekalan Makanan Nasional.

Menurutnya, ianya turut membantu penjimatan perbelanjaan dapur harian serta menjamin sumber bekalan makanan keluarga yang berkualiti.

"Ianya juga sebagai salah satu galakkan masyarakat umum memakan ikan air tawar sebagai sumber protein alternatif untuk keluarga,"katanya lagi.

Sementara itu, program zon industri akuakultur pula akan mewujudkan kawasan kekal Zon Industri Akuakultur bagi meningkatkan pengeluaran ikan selari dengan matlamat Pelan Imbangan Dagangan (BoT),

Menurutnya, program itu akan meningkatkan pendapatan bersih pengusaha akuakultur sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan.

"Pengeluaran ikan dan produk ikan yang bermutu tinggi dapat dihasilkan dan selamat kepada kesihatan pengguna.

"Ianya juga akan meningkatkan pengelibatan sektor swasta dengan kerajaan menyediakan kawasan ZIA, kemudahan infrastruktur dan Sistem Penyampaian Jabatan, selain mewujudkan rantaian pengeluaran ikan akuakultur yang cekap,"katanya lagi.

Jumaat, 15 Ogos 2008

14 sekolah terima peruntukan RM33,600

Kira-kira 14 buah sekolah di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau menerima peruntukan daripada kerajaan negeri bagi memudahkan pihak sekolah mengadakan aktiviti untuk pelajar-pelajarnya.

Pemberian peruntukkan ini untuk memudahkan pihak sekolah mengadakan kelas tambahan dan bimbingan untuk pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan besar seperti Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan berkata, kerajaan telah menetapkan peruntukan sebanyak RM2,000 bagi 12 sekolah rendah manakala RM4,800 bagi dua sekolah menengah.

“Dengan peruntukan yang diberikan ini, di harap ia dapat memberi suntikan semangat kepada pelajar-pelajar dan pihak sekolah supaya lebih berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai kecemerlangan.

“Kita juga mengharapkan agar bantuan ini dapat mewujudkan semangat berkobar-kobar semasa menghadapi peperiksaan besar yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Kerajaan negeri juga mengharapkan sesuatu yang terbaik untuk masa depan pendidikan anak-anak dan diharapkan agar pelajar-pelajar dan pihak sekolah tidak menghampakan harapan kerajaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, kerajaan sentiasa berusaha memikirkan jalan yang sesuai demi untuk meningkatkan serta menggalakkan agar anak-anak di sekolah Dun Merlimau mencatat keputusan yang cemerlang semasa keputusan diumumkan.

“Pendidikan adalah sebuah asas dalam proses melahirkan modal insan yang berjaya di samping demi kepentingan pemimpin pada masa hadapan,” katanya.

Mohamad Hidhir juga menyeru kepada guru-guru supaya dapat mencurahkan segala ilmu sebaik mungkin kepada pelajar agar ilmu yang diperoleh dapat digunakan serta dijadikan panduan kepada mereka di masa hadapan kelak.

Beliau turut berpeluang meninjau sendiri masalah serta perkembangan di setiap sekolah yang dilawati.

Di dalam kunjungan yang dilakukan, terdapat sekolah yang meluahkan permasalahan mereka seperti guru besar Sekolah Kebangsaan Arab Merlimau Pasir meluahkan masalah mengenai CF bangunan sekolah tersebut yang sehingga kini tidak dapat diselesaikan.

Beliau turut tertarik dengan perubahan yang dilakukan oleh pihak Sekolah Kebangsaan Merlimau 1 kerana mempunyai astaka perhimpunan tercanggih dan yang pertama mempunyai sebuah papan iklan elektronik yang dapat memberikan maklumat kepada pelajar.

Isnin, 11 Ogos 2008

Basmi Kemiskinan Jadi Agenda Berterusan

Usaha-Usaha berterusan bagi membasmi tetap menjadi agenda utama Kerajaan Negeri meskipun kemiskinan tegar telah berjaya dihapuskan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan berkata,Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai program bagi membasmi kemiskinan di kalangan rakyat.

"Kita telah memberikan bantuan rumah di bawah PPRT, meningkatakan pendapatan keluarga miskin, memberikan bantuan kewangan bagi membayai projek-projek sosial-ekonomi ke arah meningkatkan taraf hidup mereka sekaligus mengeluarkannya dari paras kemiskinan,"ujurnya semasa menyampaikan ucpan penagguhan.

Katanya, beberapa agensi yang terlibat secara langsung dengan usaha pembasmian kemiskinan turut meningkatkan langkah-langkah drstik dari semasa kesemasa bagi memastikan golongan miskin terus mendapat pembelaan.

Hidhir menambah, Jabatan Pertanian misalnya terus menggerakkan kempen Bumi Hijau bagi menanamkan kesedaran masyarakat, khususnya golongan miskin meningkatkan pendapatan.

"Jabatan Perikanan juga katanya turut memmberi pelbagai insentif kepada nelayan-nelayan terdisional ke arah meningkatakan pendapatan mereka,ujurnya.

Kerajaan Negeri juga katanya turut memberikan fokus serta keutamaan kepada aspek pendidikan khususnya di kawasan luar bandar ke arah melahirkan generasi muda yan berilmu pengetahuan bagi merubah sosio-ekonomi keluarganya masing- masing.

"RISDA dan FELCRA misalnya telah menganjurkan program tusyien kepada anak-anak di mluar bandar di samping memberikan pelbagai peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada masyarakat luar bandar menerusi aktiviti-aktiviti berbentuk kemahiran,"ujar Hidhir

Isnin, 4 Ogos 2008

Pembangunan modal insan bentuk belia unggul

Pembangunan modal insan yang ditekankan kerajaan bukan sekadar saranan untuk memperoleh ilmu pengetahuan tetapi mendidik dan membentuk masyarakat belia kepada personaliti yang lebih unggul.

Pengerusi Gerakan Belia 4B Cawangan Merlimau Pasir, Jezlee Pit berkata, melalui Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9), pembentukan personaliti golongan belia atau ‘towering personality’ dianggap penting kerana ia bukan sahaja untuk memperoleh ilmu pengetahuan.

“Keseluruhan ciri dan nilai peribadi unggul adalah seperti berjiwa besar, beretika, kasih sayang, bertolak ansur, bersatu padu, saintifik, dinamik dan sebagainya merupakan inti pati yang penting bagi membantu kecemerlangan negara ke arah yang terbilang,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian program anak angkat iaitu Program Rakan Muda Wawasan Desa Institut Pengajian Tinggi (IPT) parlimen Jasin, di sini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, Penghulu Dewan Undangan Negeri (DUN), Lazan Ali, Pengarah Belia dan Sukan Melaka, R Effendi Razali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin, Mohd Jazwin Abd Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Merlimau Pasir, Zainuddin Abu.

Menurut Jezlee, objektif utama program ini untuk mewujudkan dan menanam nilai kepimpinan di kalangan generasi muda terutama pelajar IPT dalam usaha membantu kerajaan mengukuhkan dan membangunkan jalinan integrasi yang erat dalam kalangan masyarakat setempat.

“Kita berusaha untuk menanamkan sifat kesedaran dan pemahaman kepada golongan belia di IPT terhadap peranan mereka serta tanggungjawab yang perlu mereka ketahui dalam usaha mencapai pembangunan modal insan.

“Selain itu, Gerakan Belia 4B cawangan Merlimau Pasir dan Sri Nawar mahu menggerakkan tenaga muda iaitu golongan sasaran seperti pelajar IPT sebagai pemangkin kepada perubahan sosial yang lebih baik,” katanya.

Katanya, menjadi misi Gerakan Belia 4B dalam membina keharmonian dan kemakmuran masyarakat desa di dalam bidang ekonomi, sosial dan politik berasaskan ilmu pengetahuan yang disalurkan melalui belia IPT.

“Menerusi program anak angkat ini, seramai 200 pelajar dari Politeknik Merlimau dibahagikan kepada keluarga angkat dari Kampung Merlimau Pasir dan Kampung Air Tawar.

“Oleh itu, pelajar ini akan menyampai serba sedikit ilmu pengetahuan mereka kepada keluarga angkat,” katanya.

Katanya lagi, pihaknya mahu membentuk komuniti yang dinamis berasaskan semangat kesukarelawan di antara masyarakat desa dan belia IPT.

“Jika boleh, belia dan masyarakat desa ini dapat mewujudkan rangkaian kerjasama yang erat di antara satu dengan lain. Selain itu, ia dapat mengukuhkan jalinan kerjasama agensi berkaitan bagi mencapai maklumat pembangunan negara,” katanya lagi.

Jumaat, 1 Ogos 2008

Jasin Lalang juara bola sepak Sukan Melaka DUN Merlimau


Pasukan Jasin Lalang baru-baru ini berjaya mengalahkan tujuh pasukan lain di dalam Sukan Melaka peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Jasin Lalang berjaya mengalahkan pasukan Tun Teja pada peringkat akhir pertandingan yang diadakan di Politeknik Merlimau.

Manakala tempat ketiga pertandingan bola sepak Sukan Melaka tersebut dimenangi oleh pasukan Politeknik Merlimau dan keempat pula menjadi milik Kilang Berapi Merlimau.

:Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, melalui acara sukan yang dianjurkan, ia sebenarnya dapat mengeratkan hubungan di antara belia di kawasan Merlimau dan pihak penganjur.

“Dengan acara sebegini secara tidak langsung ia memberikan kesempatan untuk pemain dan penduduk di kawasan Merlimau dapat saling bertukar-tukar pandangan selain berpeluang menjalinkan sebuah hubungan yang rapat lagi.

“Selain memberi penumpuan terhadap pembangunan di kawasan Merlimau ini, aktiviti yang dilakukan oleh golongan belia juga tidak pernah dilupakan.

“Kami juga tetap memberi keutamaan dalam usaha membangunkan bidang sukan supaya golongan belia di DUN Merlimau mahupun belia di negeri ini dapat menyertainya,” katanya di dalam ucapan perasmian Sukan Melaka peringkat DUN Merlimau

Beliau turut memberitahu, jika acara yang diadakan mendapat sokongan serta galakan daripada orang ramai, beliau akan menambah jumlah hadiah yang ditawarkan pada tahun hadapan.

Jelasnya, penyertaan pada kali ini mendapat sambutan hangat daripada masyarakat sekitar DUN Merlimau. Aktiviti riadah ini turut memberi peluang kepada peserta untuk merehatkan badan sambil mengeluarkan peluh di samping dapat menjadikan otak dan minda kita kembali cergas.

“Ini adalah masa yang sesuai untuk kita meluangkan masa bersama-sama di samping menikmati faedah daripada aktiviti sukan yang dilakukan,” jelasnya lagi.

:Turut hadir sama ialah Penghulu DUN Merlimau, Lazan Ali, Pengerusi MIC cawangan Paya Gemah, Sankara Narayanan, serta beberapa Pengerusi JKKK kawasan DUN Merlimau.

Rabu, 30 Julai 2008

YAAM hulur bantuan kepada pesakit angin ahmar

Yayasan Angin Ahmar Melaka (YAAM) baru-baru ini memberi sumbangan berupa kerusi roda dan lampin pakai buang kepada seorang pesakit angin ahmar di sini.

Pesakit tersebut, Sabri Moktar, 42, menerima sumbangan tersebut daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan.

Turut sama menyaksikan sumbangan tersebut adalah Setiausaha Kerja YAAM, Mohd Ghazali Baharuddin dan Penghulu Dun, Lazan Ali.

Menurut Mohd Ghazali, sumbangan yang dihulurkan bersesuaian dengan objektif yang terdapat di YAAM iaitu berusaha menyediakan kemudahan serta peralatan kepada penghidap angin ahmar untuk membantu memulihkan pesakit.

“Memang menjadi tanggungjawab kami seperti mana yang telah disarankan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan kerajaan negeri yang mahu bantuan dihulurkan kepada mereka yang kurang bernasib baik.

“Di samping itu kami turut memberi bantuan berbentuk lampin pakai buang kepada pesakit kerana harga lampin di pasaran tinggi dan kebiasaannya keluarga pesakit terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, sehingga Julai tahun ini, YAAM telah memberi sebanyak tiga kerusi roda kepada mereka yang layak di kawasan Dun Merlimau ini.

“Manakala hampir 10 pesakit angin ahmar di kawasan Dun ini telah menerima bantuan berupa lampin pakai buang.

“Sepanjang tahun ini sahaja, 50 orang rakyat di Negeri Melaka menerima sumbangan kerusi roda dan hampir 60 orang menerima lampin pakai buang,” katanya.

Sementara itu, isteri pesakit, Siti Noriah Abu, merakamkan penghargaan kepada YAAM di atas bantuan yang dihulurkan kepada suaminya.

“Bantuan yang diterima pada hari ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga dalam kos untuk menampung perbelanjaan seharian.

Selasa, 29 Julai 2008

Politeknik Merlimau jadi juara


Pasukan bola jaring Politeknik Merlimau (PPM) semalam berjaya mengalahkan lima pasukan lain di dalam Sukan Melaka peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

PPM berjaya menewaskan pasukan Air Merbau pada peringkat akhir pertandingan diadakan.

Manakala tempat ketiga pertandingan tersebut dimenangi pasukan Merlimau Timur dan keempat milik pasukan Air Merbau 1.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, melalui acara sukan yang dianjurkan oleh pejabat Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Merlimau, bakat masyarakat Merlimau dapat dicungkil sekali gus mengetengahkan bakat-bakat baru yang menyertai pertandingan.

“Selain itu juga, dapat mengeratkan lagi hubungan sedia ada di kalangan sesama mereka.

“Aktiviti ini adalah untuk menyihatkan badan setelah sehari suntuk bekerja dan masa yang terluang ini dapat diisi dengan melakukan perkara berfaedah,” katanya dalam ucapan perasmian Sukan Melaka peringkat DUN Merlimau semalam.

Jelas beliau lagi, penyertaan pada kali ini mendapat sambutan hangat daripada masyarakat sekitar DUN Merlimau.

Aktiviti riadah ini turut memberi peluang kepada peserta merehatkan badan sambil mengeluarkan peluh di samping menjadikan otak dan minda kembali cergas.

“Pertandingan ini adalah salah sebuah program dianjurkan bagi menanam semangat kesukanan yang ada di dalam setiap diri peserta memandangkan Melaka bakal menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) pada tahun 2010 nanti.

“Ia adalah sebagai salah satu langkah bagi meningkatkan lagi stamina peserta sempena penganjuran kerajaan Negeri sebagai tuan rumah Sukma kelak,” katanya.

Di samping itu, ia dapat mengeratkan perpaduan di antara pihak jawatankuasa, Japerun Merlimau dan masyarakat setempat, katanya.

“Ini adalah masa yang sesuai untuk kita meluangkan masa bersama-sama di samping menikmati faedah daripada aktiviti sukan yang kita lakukan pada hari ini,” ujarnya lagi.

Turut hadir ialah Penghulu DUN Merlimau, Lazan Ali, Pengerusi MIC cawangan Paya Gemah, Sankara Narayanan, serta beberapa Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kawasan DUN Merlimau.

Mohamad Hidhir (lima dari kiri) serta Penghulu DUN Merlimau, Lazan Ali (enam dari kiri) dengan pasukan Politeknik Merlimau dan Air Merbau sebelum memulakan acara.

Khamis, 24 Julai 2008

PPK Diseru Teroka Projek Baru Jana Ekonomi Ahli

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan menyeru Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Alor Gajah supaya berani meneroka projek baru untuk mendapatkan pulangan yang lebih besar.

Mohammad Hidhir berkata, projek-projek baru itu membabitkan pembangunan tanah milik PPK untuk dijadikan pusat-pusat perniagaan, sekaligus menjana ekonomi peniaga dan memberikan pulangan lumayan kepada PPK Alor Gajah.

Menurutnya, PPK juga perlu menggunakan peluang-peluang yang ada serta para usahawan di Alor Gajah di samping perlu berusaha menambah bilangan usahawan-usahawan tani yang berjaya.

"Kerajaan negeri melalui kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menggalakkan peningkatan usahawan berjaya menjelang 2010 dalam pelbagai bidang dan aspek," katanya ketika berucap di majlis perasmian sempena Mesyuarat Agong Tahunan Kali Ke-30 di PPK Alor Gajah di Dewan Masjid Al- Rasyidin, Alor Gajah.

Hadir sama dalam majlis itu, Pengarah Pertubuhan Peladang Negeru, Norlizah Muhammad.

Dalam perkembangan lain, PPK Alor Gajah telah melaksanakan majlis pembayaran zakat perniagaan sejumlah RM15,000 kepada Pusat Zakat Melaka (PZM).

PERPUSTAM Mansuh Yuran Keahlian

Pengguna perpustakaan yang ingin menjadi ahli rangkaian perpustakaan Pekan,desan, Japerun dan perpustakaan Awam Melaka(PERPUSTAM) kini tidak perlu membanyar pendaftaran.

Ini berikutan langkah perpustam memansuhkan bayaran yuran pendaftaran keahlian sejak 1 Julai lalu dengan matlamat untuk memastikan masyarakat, khususnya di kawasan luar bandar mendekati perpustakaan dan menjadikan membaca sebagai satu amalan hidup.

Ahli Lembaga Pengarah Perpustam, Zaleha Bujang, berkata langka memansuhkan yuran pendaftaran itu juga adalah sebagai insentif Perpustam untuk menarik lebih ramai masyarakat menjadi ahli perpustakaan.

Menurutnya, bersesuaian dengan slogan Perpustam iaitu Masyarakat Berilmu Penggerak Wawasan, Perpustam telah mengambil ketetapan unuk tidak lagi mengenakan yuran pendaftaran kepada mereka di kawasan luar bandar.

"Bagaimanapun, yuran pendaftaran ini tetap dikenakan untuk perpustakaan negeri di Bukit Baru serta semua rangkaian Perpustakaan cawangan di negeri ini,"katanya kepada Melaka Hari Ini(MHI).

Menurut Zaleha, serentak dengan pemansuhan bayaran pendaftaran keahlian di empat rangkaian Perpustakaan itu, beliau berharap ibu bapa akan dapat menghantar anak- anak mereka menjadi ahli perpustakaan.

Dalam Perkembangan lain,zaleha berkata perpustam akan mengadakan program Seminar Insentif Teknik Berkesan Menjawab Soalan UPSR pada 26 dan 27 Julai ini di perpustakaan Cawangan Merlimau dan Cawangan Masjid Tanah.

Katanya, selain itu, Perpustam juga akan mengadakan program Semarak Jawi dan Frestival Membaca pada pertengahan Ogos ini di perpustakaan negeri ini di bukit Baru dengan pelbagai program menarik akan di sediakan untuk pengunjung.

Selasa, 15 Julai 2008

Melaka Negeri Pertama Lancar 'Bumi Hijau'


Melaka muncul negeri pertama melancarkan kempen 'Bumi Hijau' selepas pelancaran Kempen Bumi Hijau Peringkat Kebangsaan yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi 30 Jun lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, program itu adalah bagi mengurangkan kos perbelanjaan keluarga disebabkan kenaikan harga minyak, sekaligus menggalakkan rakyat bercucuk tanam dan berternak bagi mengeluarkan sendiri bahan makanan harian.

Menurutnya, program berkenaan akan mewujudkan kesedaran dan minat rakyat terhadap pertanian terutama penduduk taman perumahan di bandar-bandar dan sekitarnya.

"Program ini juga akan mewujudkan kesedaran terhadap makanan segar, berkhasiat, selamat dimakan serta persekitaran rumah yang menarik dengan tanaman sayur-sayuran selain mencorak halaman rumah supaya lebih cantik dan menarik melalui kombinasi tanaman bunga dan sayuran serta ulaman," katanya ketika berucap di majlis perasmian Kempen Bumi Hijau di Kampung Telok Bukit Katil, di sini, pagi tadi.

Hadir sama dalam majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri, Datuk Muhammad Hidhir Abu Hasan; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhammad; Ahli Parlimen Bukit Katil, Datuk Md Sirat Abu; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Ayer Molek, Datuk Md Yunos Husin; ADUN Paya Rumput, Datuk Tahir Hasan serta pegawai-pegawai kerajaan.

Mohd Ali berkata, konsep yang mensasarkan penduduk taman perumahan, bandar-bandar, penghuni rumah pangsa dan murid sekolah adalah menerusi kaedah Kitchen Garden atau 'Edible Landscape' iaitu tanaman sayuran dalam pasu, polibeg dan bekas-bekas daripada bahan terbuang.

"Salah satu lagi pendekatan yang menarik pada program Bumi Hijau ini adalah pengwujudan 'Kebun Komuniti', di mana tanah-tanah kosong milik kerajaan , majlis tempatan, swasta dan rumah ibadat ditanam secara berkumpulan dan diuruskan oleh satu badan pengurusan seperti Jawatankuasa Rukun Tetangga.

"Pendekatan seperti ini akan dapat mengeratkan hubungan dan perpaduan di kalangan penghuni-penghuni taman melalui kerja-kerja gotong-royong serta penukaran dan perkongsian hasil tanaman yang segar," katanya lagi.

Jelasnya, komponen ternakan juga tidak ketinggalan iaitu menternak ayam kampung, itik, dan puyuh, manakala aktiviti menternak ikan keli dan ikan talapia dalam tangki Poly Ethelene juga turut diperkenalkan.

"Kempen ini diperluaskan di kem-kem tentera, kuaters kakitangan Kerajaan, sekolah-sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang terdapat di negeri ini," katanya lagi.

Justeru, Mohd Ali menyeru masyarakat di negeri ini supaya menanam sayuran di sekeliling rumah dan menjadikannya satu budaya yang berkekalan supaya keluarga dapat memperolehi bekalan yang segar, selain mengurangkan kos perbelanjaan dapur.

Jumaat, 11 Julai 2008

ADUN Merlimau Perihatin Masalah Pesakit Kronik

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan mengadakan lawatan kerjanya untuk meninjau dan memberikan bantuan kepada pesakit- pesakit kronik di kawasan DUN tersebut, hari ini. Sempena lawatan kerja ke Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) DUN Merlimau itu, beliau melawat beberapa warga emas dan penduduk sekitar Kampung Ayer Merbau yang menghidap penyakit kronik.

Mohamad Hidhir ketika ditemui berkata, rangka lawatan kerja itu adalah bertujuan untuk mendekatkan rakyat di samping melihat sendiri masalah dan penderitaan yang dihadapi oleh mereka."Secara tidak langsung, apabila pihak Japerun Merlimau datang sendiri ke rumah mereka,kami berkesempatan untuk mendengar maslah dan rintihan hati mereka secara lebih dekat lagi.

"Ini juga dapat mengeratkan hubungan antara pihak Japerun Merlimau dan masyarakat desa yang tidak berkesempatan datang ke pejabat mengadu masalah kepada kami,katanya kepada Melaka Hari Ini(MHI) ketika di temui hari ini. Jelasnya beberapa pesakit kronik yang dikenal pasti akan di berikan bantuan yang sewajarnya oleh Kerajaan Negeri dan ianya merupakan janji-janji dalam pilihanraya umum lalu.

Antara pesakit kronik yang di lawati ialah ibu kepada Pengerusi Pegerakkan Wanita UMNO cawangan ayer Merbau, Noraini Ibrahim yang menghidap kencing manis dan penyakit buah pinggang.Sementara itu, beliau turut menziarahi seorang warga emas yang kini tidak boleh lagi berjalan di samping melihat sendiri keadaan rumahnya yang telah uzur.

"Saya akan mengarahkan supaya warga emas ini dibawa ke hospital untuk dibuat pemeriksaan lanjut manakala rumahnya akan di baiki bagi memberikan keselesaan kepadanya,"jelasnya. Dalam perkembangan lain, Hidhir juga turut mengadakan sesi dialog bersama wakil-wakil Jabatan Daerah Jasin di Balairaya Kampung Ayer Merbau dalam usaha mencari jalan penyelesaian yang dihadapi membabitkan beberapa isu.

Jumaat, 4 Julai 2008

Nelayan DiNasihat Usah Terperangkap Dakyah Pembangkang.

Nelayan di sekitar Limbong dan Klebang dinasihatkan agar agar tidak terperangkap dengan dakyah pihak- pihak tertentu untuk memboikot usaha- usaha pembangunan Kerajaan Negeri di Pantai Klebang.

Pengerusi JawatanKuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri, Datuk Muhamad Hadhir Abu Hasan menegaskan pihak- pihak tertentu hanya ingin mengambil kesempatan mengeksploitasikan apa juga isu rakyat bagi kepentingan politik mereka.

Menurutnya, Kerajan Negeri melalui kepimpinan ketua menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rostam, sentiasa membuat tindakan yang bijak bagi mengatasi masalah nelayan.

"Kami semua tahu masalah yang di hadapi oleh nelayan ekoran kesan penambakkan laut di Limbongan, Klebang dan persisiran pantai berkenaan.

"Kerajaan Negeri akan menyelesaikan masalah satu persatu dan dakwaan nelayan yang hilang mata pencarian akibat aktiviti penammbakkan laut, adalah tidak berasas," katanya kepada Melaka Hari Ini(MHI) ketika di temui hari ini.

Tambahnya, nelayan-nelayan masih mempunyai rezeki untuk menagkap ikan di laut, dan Kerajaan Negeri akan menydiakan satu kawasan bagi menepatkan bot keluar mesuk untuk memudahkan aktiviti mereka(nelayan)

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Zawawi Ali pula memberitahu, nelayan-nelayan akan menagkap ikan di tengah laut bukannya di kawasan pesisiran pantai.

Menurutnya, tidak logik alasan yang diberikan iaitu nelayan hilang punca pendapatan ekoran penambakkan laut di kawasan berkenaan.

" Kerajaan Negeri akan menyediakn kawasan yang sesuai di kawasan berhampiran untuk menempatkan bot-bot nelayan, selain memudahkan bot keluar masuk untuk menjalankan aktiviti harian,"katanya lagi.

Rabu, 2 Julai 2008

Piala Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan

Pasukan-pasukan Sepak Takraw di negeri ini di pelawa menyertai kejohanan sepak Takraw di negeri ini di pelawa mnyertai kejohanan sepak Takraw Tertutup Melaka bagi merebut piala ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan. Pertandingan anjuran JawatanKuasa Penyelaras Pembangunan Dewan Negeri (JEPERUN) Dun Merlimauitu akan di adakan pada 6 Julai ini di Dewan Lipat Kajang bermula pada jam 8 pagi.
Ahli jawatankuasa penyelaras kejohanan,Jazlee Pit, beerkata pertandingan itu terbuka kepada semua penduduk di Melaka khussnya dalam DUN Merlimau yang bkerja dan belajar di Melaka. Menurut Jezlee, syarat utama penyertaan ialah setiap permain yang pernah mewakili negeri tidak dibenarkan uantuk beraksi pada kejohanan ini manakala pada kejohanan ini manakala wakil Sukan Malaysia (SUKMA), MAKSAK dan MSSM hanya dibenarkan seorng sahaja yang menyertai untuk setip regu. "Perlawanan akan dijalankan secara kalah mati dan yuran pendaftaran bagi setiap regu ialah RM60 untuk satu regu dan tarikh tutup penyertaan serta undian ialah pada 4 Julai ini di Kompleks JEPRUN Merlimau pada jam 8.30 malam,"katanaya
Menurut Jazlee, Johan pertandingan edisi sulung itu akan menerima hadiah wang tunai RM700 dan medal, naib johan RM 500 dan medal; ketiga RM300 serta medal dan empat hadiah saguhati iaitu RM200 serta medal untuk setiap satu.

Usah Biarkan Haiwan Ternakan Bebas Berkeliaran

Semua penternak- penternak lembu ataupun kambing di negeri ini di seru supaya menjaga haiwan ternakan daripada berkeliaran di jalan- jalanraya seluruh negeri ini, demi keselamatan pengguna jalanraya. Pengerusi JawatanKuasa Pembangunan Desan dan Pertanian Negeri, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan berkata, haiwan ternakkan berkenaan mengundang risiko kemalangna kepada penggunan jalanraya jika berkeliaran.
"saya harap, penternak- penternak di negeri ini dapat menjaga haiwan mereka ataupun menepatkan di kawasan yang sesuai," katanya. Antara jalan-jalan yang kerap berlaku membabitkan haiwan ternakkan berkeliaran adalah Jalan Bukit Tembakau, Jalan Lebuh AMJ, Alor Gajah, Serkam dan sebagainya. "Jika penternak-penternak tetap berdegil dan membiarkan haiwan-haiwan ternakkan berkeliaran, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempunyai kuasa untuk merampas semua haiwan ternakkan tersebut,"ujarnya
Jesteru itu, kerjasama semua pihak perlu di ambil bagi menangani masalah itu daripada terus berulang. Mohamad Hidhir berkata, penternak-penternak juga terdedah dengan resiko kehilangan haiwan- haiwan ternakan berkenaan karana terdapat kes kecurian lembu dan kambing belaku di negeri ini. Ini kerana nilai seekor lembu dan kambing amat tinggi di pasaran masa kini. Tinndakan tegas pihak berkuasa perlu dilaksanakan bagi membendung kejadian yang tidak di ingini daripada berlaku.

Selasa, 1 Julai 2008

Operasi Memburu Berjalan Lancar

Kerajaan negeri akan memastikan golongan petani di kampung Kelubi di sini yang menghadapi ancaman haiwan perosak tanaman sejak beberapa tahun dahulu, mendapat bantuan dan sokongan yang sewajarnya. Pengerusi JawatanKuasa Pembangunan Desa Dan Pertanian negeri, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan berkata,pada peringkat awal, pihaknya menggerakkan penglibatan beberapa agensi memburu haiwan perosak agar berjalan lancar serta mencapai objektif perlaksanaannya
Menurtnya, operasi memburu haiwan perosak tanaman ituterutama babi hutan akan digerakkan secara berperingkat meliputi seluruh hutan dan berlukar yang terdapat di kampung tersebut."Lebih 20 pemburu yang terdiri daripada pihak Rela, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri dan beberapa petani di kampung terlibat secara berperingkat setiap minggu.
"Setiap daripada mereka akan di bekalkan dengan peralatan menenbak yang mencukupi malah sebagai permulaan,mereka akan di beri sebanyak 20 butir peluru bagi memastikan kelancaran operasi ini kelak," katanya ketika di temui di sini baru - baru ini. Menurut beliau, bagi memastiakn keseliuruhan kawasan hutan di kampung tersebut di periksa sepenuhnya melalui operasi itu,pemburu akan dikelaskan mengikut kumpulan dan terbahagi pula mengikut kawasan serta jadual pemburuan.
Kita dapati kawasan hutan di kampung ini agak besar kira - kira dalam lingkungan lebih 50 hektar, oleh itu sukar untuk memastikan setiap kawasan hutan ini dapat di periksa.Namun, saya percaya kumpulan pemburu yang terpilih menjayakan operasi ini terdiri daripada kumpulan pakar yang mempunyai kemahiran memburu yang terbaik,katanya.
Katanya, dianggarkan lebih 20 ekor babi liar dikesan terdapat di hutan berkenaan. Ujarnya, operasi seperti itu adalah yang pertama kali di adakan dan akan di perluaskan ke kampung- kampung berhampiran terutama kawasan yang mengalami masalah yang sama denagn penduduk kampung Kelubi. setakat ini, katanya, antara kampung ya ng di kenal pasti ialah Kampung Air Baruk, Kampung Chenderah, Chinchin dan Kesang.
Pada masa yang sama, Mohamad Hidhir meminta pemilik tanah terbiar yang terdapat di daerah Jasin agar Proaktif membantu kerajaan negeri mengusahakan tanah mereka berteraskan projek pertanian yang menguntungkan.Menerusi usaha ini katanya, ia akan dapat meningkatkan ekonomi masyarakat setempat malah mengurangkan masalah tanah terbiar."Bukan tuan tanah sahaja yang rugi, tetapi boleh menjadi habitat makhluk perosak,"Katanya.
"Sekiranya keadaan ini terbiar berterusan belaku, kita khuatir masalah serangan makhluk perosak tanaman ini akan terus menghantui penduduk dan mengecam hasil tanaman yang diusahakan mereka,"katanya.

Khamis, 26 Jun 2008

Penanam Kelapa Sawit Perlu Tingkatkan Hasil Pengeluaran.


Koperasi peserta-peserta FELCRA Gugusan Sri Mendapat perlu meningkatkan lagi hasil pengeluarannya, manakala FELCRA Berhad pula di gesa berkerjasama serta berperanan lebih aktif dalam meningkatkan prestasi dan kualiti hasil tanaman kelapa sawit. Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pertanian dan Pembangunan Desa, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan berkata, pihak kerajaan akan sentiasa membantu ahli- ahli Koperasi FELCRA bagi meningkatkan pendapatan serta hasil para peserta.

Dalam pada itu juga katanya, FELCRA Berhad harus terus membantu memajukan bidang pertanian tersebut supaya hasilnya dapat dinikmati oleh koperasi serta ahli-ahlinya. "Harga pasaran kelapa sawit sekarang adalah tinggi, seharusnya peluang ini diambil oleh FELCRA dan ahli- ahli koperasi untuk meningkatkan pendapatan dan pulangan yang lumayan serta secara tidak langsung dapat membantu kerajaan meningkatkan ekonomi ," ujarnya berucap merasmilkan Mesyuarat Agung Kali ke -15 Koperasi Peserta - peserta FELCRA Gugusan Sri Mendapat di Dewan Datuk Haji Ahmad Ithin, Merlimau, hari ini.

Berliau seterusnya menasihatkan ahli- ahli Koperasi supaya memberi perhatian sewajarnya kepada tamanam kelapa sawit yang di luluskan bagi meningkatkan hasil pengeluaran. Beliau berkata, kenaikan harga minyak pada masa sekarang ini turut membebankan peserta koperasi, contohnya kos untuk membeli baja adalah tinggi, bagi mengatasi masalah tersebut, penggunaan baja organik adalah langkah yang terbaik adalah langkah yang terbaik serta lebih berkesan dan murah untuk mendapatkannya di samping mesra alam.

"Keuntungan dan pulangan yang peserta dapat daripada tanaman kelapa sawit adalah bergantung kepada pengurusan ladang yang baik serta teratur dan sebaliknya kerugian akan dialami jika pekara tersebut diabaikan,"katanya.Mohamad Hidhir berkata, koperasi juga seharusnya memberikan perhatian serius dalam menangani masalah kekurangan tenaga pekerja untuk mengusahakan ladang kelapa sawit supaya hasil pengeluaran tidak terjejas dan pekara tersebut akan menyebabkan kerugian kepada FELCRA serta ahli - ahli koperasi.

Beliau turut mencadangkan supaya FELCRA memberi tawaran kepada mana - mana ahli yang berminat untuk mengusahakan ladang kelapa sawit tampa mengharapkan tenaga kerja asing untuk mengusahakan serta memotong buah kelapa sawit dan mencari idea dan mencari idea - idea baru serta inisiatif bagi mengembangkan lagi bidang pertanian ini.

Sementara itu, Pengurus Besar Wilayah Tengah FELCRA Nor Hisyam Harun berkata, mesyuarat agung tahunan penting untuk diadakan bagi membentangkan penyata akuan tahunan FELCRA kepada ahli- ahlinya tentang perbelanjaan yang telah di buat.

Selain itu, membincagkan masalah - masalah pengurusan ladang dan mencari pandangan serta idea yang bernas untuk meningkatkan hasil pengeluaran yang berkualiti serta mengatasi masalah - masalah kekurangan tenaga pekerja dan secara tidak langsung mesyuarat ini dapat mengeratkan siratulrahim antara ahli -ahli FELCRA Berhad

Operasi Bersepadu Buru Haiwan Perosak




Seramai 18 orang pemburu dari Anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dan selebihnya penduduk kampung kelubi akan bersatu dalam 'Operasi Memburu Makhluk Perosak Tanaman' bermula semalam.


Pengerusi JawatanKuasa Negeri Pembangunan Desa Dan Pertanian, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan berkata, operasi ini akan tertumpu di kampung kelubi kerana Kampung terbabit di percayai sering diancaman haiwan perosak seperti babi hutan, monyet dan tupai sehingga mendatangkan kerugian kepada para petani.


"Operasi sebegini akan berterusan secara berperingkat malah akan di perluaskan ke kawasan lain yang dikenalpasti ada masalah yang sama termasuk Kampung Chin Chin, Kesang, Air Baruk dan Chenderah,"Katanya kepada Melaka Hari Ini(MHI) selepas Perasmian 'Operasi Memburu Makhluk Perosak Tanaman ' di Balai Raya Kampung Kelubi.


Hidhir berkata, masalah haiwan perosak ini telah lama timbul semenjak tiga tahun lalu dan menjadi tanggungjawab kerajaan bagi mengatasi masalah ini.


Semperna perasmian itu,Hidhir juga telah menyerahkan sebayak 25 peluru setiap seorng. salah seorang Pemburu,Kasim Salimin 67, berkata, tanaman Mangga Delight yang diusahakan sejak tahun 1993 sering dimusnahkan oleh babi hutan.


Saya sememangnya menyokong usaha kerajaan bagi memusnahkan makhluk- makhluk perosak ini bagi menjamin tanaman yang di usahakan oleh penduduk kampung tidak musnah begitu sahaja,katanya. Beliau berkata cadangan ini bermula hasil dari inisiatif JawatanKuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sendiri dan disokong oleh Kerajaan Negeri.


"Bila musim durian sahaja,hasil tanaman tidak di perolehi malah tidak dapat di jual kerana adanya makhluk perosak yang merosakkan tanaman saya,''katanya. Selain itu juga Jalil berharap,usaha ini akan berterusan sekaligus boleh membantu pemilik dusun buah-buah dan pekebun lain meningkatkan hasil tanaman


Rabu, 25 Jun 2008

Tugas bersama Benteras Ancaman Haiwan Perosak


Jabatan dan Agensi Kerajaan Bersama Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung(JKKK) berusaha bagi mengurangkan dan mencegah ancaman perosak tamanam serta ternakan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa Dan Pertanian Negeri, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan berkata, usaha ini memerlukan sokongan serta komitmen dari semua pihak yang terlibat dalam projek pertanian ini.

"Pelbagai kaedah dan pendekatan sedang digerakkan dan aktiviti ini amat wajar sekaligus ianya boleh memberi impak yang berkesan kepada golongan petani.

" Katanya dalam ucpan Perasmian 'Operasi Memburu Makhluk Perosak Tanaman ' di Balai Raya Kampung Kelubi.

Katanya, Kerajaan melalui pelbagai jabatan dan Agensinya sedang upaya membantu pengusaha pertanian untuk permintaan pasaran.

" Dalam kita mengejar hasil yang tinggi, Pembangunan seimbang dengan mengelakan mutu alam sekitar, tetapi kita tidak dapat mengelakkan penggunaan bahan kimia atau racun yang di benarkan secara terkawal"katanya

Beliau turut meminta pemilik- pemilik tanah terbiar di sekitar Kelubi membangunkan tanah masing- masing dengan projek - projek pertanian yang lebih menguntungkan.

Menerusi usaha ini katanya,ia akan dapat meningkatkan ekonomi masyarakat setempat malah mengurangkan masalah tanah terbiar.

"Bukann tuan tanah sahaja yang rugi, tetapi boleh menjadikan kawasan tanah terbiar tersebut akan menjadi makhluk perosak, " katanya.

Katanya, kerajaan akan berusaha bagi memantapkan lagi sektor pertanian,merangkumi sektor tanaman perikanan, akuakultur, industri asas tani dan argo pelancongan.

Turut hadir, Pegawai Daerah Jasin, Mohd Zain Mansur, Wakil Pengarah Jabatan Pertanian Negeri, Mokhtar Abdullah, Pengarah Penrhilitan, Abdul Rahm Othman, Anggota RELA Daerah Jasi dan Pengerusi JKKK Kampung Kelubi, Mohammad Wahab.

Selasa, 24 Jun 2008

Bidang Pertanian bukan Pilihan Utama Generasi Muda


Generasi muda, khususnya mereka yang belum mempunyai pekerjaan di negeri ini dilihat tidak beminat untuk menceburi bidang pertanian kerana beranggapan itu tidak mempunyai masa depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa Pertanian negeri, Datuk Muhamad Hidhir Abu Hassan berkata, tanggapan seorang golongan tersebut terhadap bidang itu menyebabkan kurangnya penyertaan mereka dalam industri pertanian, sekaligus monopoli oleh mereka yang lebih tua.

Menurutnya, Perkembangan itu sedikit sebayak di pengeruhi oleh tanggapan sesetengah ibu bapa yang berkerja sebagai petani dan tidak mahu anak mereka mengikuti jejak langkah menceburi bidang pertanian.

"Kita tidak senang hati melihat kawasan pertanian yang terbiar di negeri ini kerana tidak ada anak muda yang menyambung usaha ibu bapa yang sudah tua.

" Mungkin ini di sebabakan kejayaan pembangunan kita sehingga petani menganggap anak mereka tidak wajar menjadi petani seperti mereka, tanggapan ini sama sekali tidak benar.katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, keadaan itu turut dibuktikan apabila hanya 10 peratus daripada 16,683 anggota peladang di negeri terdiri daripada golongan muda.

Mohamad Hidhir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Kawasan Merlimau berkata, golongan muda perlu mengubah sikap dengan tidak menganggap petanian sebagai satu bidang yang kurang berjaya atau tidak menguntungkan.

Pada masa yang sama beliau turut meminta ibu bapa agar memberi sokongan yang padu kepada anak-anak mereka sekiranya mereka menunjukkan minat yang dalam bidang pertanian.

"Perlu diingatkan, industri pertanian negara kita telah berubah, bukan lagi pertanian kampung,tetapi telah dipermodenkan dan sekiranya kena cara perlaksanaannya,perusaha mampu meraih pendapatan bulanan."katanya.

Kata beliau, bagi pihak kerajaan negeri pula, pelbagai program dan projek petanian akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memberikan impak serta manfaat kepada petani untuk membantu meningkatkan pendapatan melalui penigkatan nilai dan kualiti pengeluaran.

"Peluang sebegini yang perlu diambil oleh golongan petani khususnya golongan muda untuk menceburi bidang pertanian kerana banyak manfaat yang disediakan untuk mereka yang komited untuk bejaya dalam bidang ini.kita mahu petani negeri dan negara ini setanding dengan petani di negara maju yang lain."katanya.

Kata beliau, usaha pembaharuan yang di jalankan untuk sektor pertanian akan lebih berjaya jika petani menukar corak pemikiran dan menunjukkan minat mempelajari sistem pertanian moden

Graduan Kena Bersikap Positif


Generasi muda, khususnya lepasan universiti yang masih belum mendapat sebarang peluang pekerjaan perlu bersikap lebih positif terhadap sektor pertanian yang selama ini di anggap tidak mempunyai masa depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri,Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan berkata,pandangan serong mereka selama ini terhadap potensi yang dimiliki oleh sektor pertanian adalah punca yang menyebabkan mereka kurang berminat untuk menceburi bidang itu.

Menurutnya, perkembangan itu sedikit sebanyak turut di pengaruhi oleh sikap sesetengah ibu bapa yang berkerja sebagai petani, tetapi tidak mahu anak mereka mengikuti jejeka langkah menceburi bidang pertanian.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas usaha yang di buat oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi melahirkan pertanian moden atau pengusaha industri asas tani yang berjaya dikalngan graduan pertani moden yang bakal di laksanakan tidak lama lagi.

"Peluang sebegini yang di rebut oleh golongan petani khususnya golongan muda iaitu graduan tempatan untuk menceburi bidang pertanian kerana banyak manfaat yang di sediakan untuk mereka yang komited untuk berjaya dalam bidang ini. kita mahu petani negeri dan negara ini setanding dengan petani di negara maju yang lain,"katanya.

Mohamad Hidhir yang juga Ahli Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Merlimau berkata, golongan muda perlu mengubah sikap dengan tidak menganggap pertanian sebagai satu bidang yang kurang berjaya atau tidak menguntungkan.

Kata beliau, pihak Kerajaan Negeri pula akan mempergiatkan pelbagai program dan projek pertanian dari semasa ke semasa bagi meningkatkan pendapatan melalui peningkatan nilai dan kualiti pengeluaran.

" Peluang sebegini yang perlu diambil oleh golongan petani khususnya golongan muda untuk menceburi bidang pertanian kerana banyak menfaat disediakan untuk mereka yang berjaya komited untuk berjaya dalam bidang ini. kita mahu petani negeri dan negara ini setanding dengan petani di negara maju yang lain," katanya.

Katanya lagi, usaha yang berterusan Kerajaan menerusi pembaharuan yang di jalankan untuk sektor pertanian akan lebih berjaya sekiranya para pertani menukar corak pemikiran dan menunjukkan minat lebih mendalam terhadap sektor tersebut.

Isnin, 23 Jun 2008

Jangan Anggap Pertanian Tidak Untung


Pengrusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa dan Pertanian, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan mahukan orang ramai, terutama golongan belia di negeri ini tidak menganggap sektor pertanaian tidak menguntungkan.
"Ini satu tanggapan yang salah, bidang pertanian sebenarnya membawa keuntungan sekiranya diusahakan dengan betul."tegasnya.
Beliau menegaskan demikian selepas merasmikan Hari Bertemu Pelanggan LPP, Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di Graha Maju, di sini.
Mohamad Hidhir berkata,sudah ramai petani mencipta kejayaan dalam bidang pertanian yang perlu sekarang ialah usaha yang bersungguh-sungguh daripada mereka bagi memastikan bidang itu benar-benar membawa keuntungan.
Sementara itu ketika menjelaskan mengenai program berkenan,beliau berkata,antara objektifnya termasuklah untuk menigkatkan kualiti dalam penyampaian perkhidmatan selain memberi peluang kepada orang ramai membuat aduan,cadangan atau mendapatkan pandanagan mengenai isu-isu pertanian.
Mohamad Hidhir menyeru agensi pertanian supaya mengembeling tenaga bagi menyalur maklumat berguna kepada golongan belia untuk memastikan bidang pertanian sebagai satu perniagaan.
Menurutnya, jabatan serta agensi seperti Lembaga Pertubuhan Peladang(LPP), Jabatan Pertanian, Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan lain-lain perlu di dedahkan dengan maklumat yang tepat mengenai sektor pertanian,terutamanya tentang bagaimana ianya boleh membawa keuntungan sekiranya di usahakan dengan besungguh-sungguh.
Beliau berkata, jabatan serta agensi kerajaan yang berkaitan dengan sektor pertanian perlu mendekatkan diri dengan golongan muda dan menggalakkan mereka untuk mencaburi bidang tersebut sebagai langkah menagani krisis makanan yang melanda kini.
Mohamad Hidhir turut menyeru jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan supaya mempertimbangkan usaha mereka untuk mengenalpasti kawasan-kawasan yang boleh di jadikan sebagai kawasan penanaman padi di melaka.
Katanya, setakat ini kerajaan negeri telah berjaya membaikpulih bekas-bekas bendang di kawasan air Jernih dan Masjid Tanah bagi digunakan untuk penanaman padi
"Sawah padi yang terbiar akan dibaikpulih dan ditanam semula dalam usaha kerajaan negeri menigkatkan output padi negeri ini bagi menagani krisis makanan terutamanya beras.
"Saya berharap usaha ini dan insentif-insentif yang di berikan kerajaan akan dapat menggalakkan lebih ramai petani mengusahakan sawah padi di negeri ini."tambah beliau

majlis perasmian taklimat dan pelancaran lits 3kg chin chin

Rabu, 11 Jun 2008

Belia Digesa Pilih Kerjaya Petani Moden


Golongan belia di negeri ini digesa bersama-sama membantu meningkatkan hasil pertanian negara dengan menceburi dalam sektor tersebut sebagai kerjaya petani moden. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri, YB Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan berkata, dalam keadaan dunia mengalami krisis makanan, sektor pertanian menuntut penglibatan golongan belia untuk meningkatkan hasil pertanian. Bagaimanapun menurutnya lagi, golongan belia di Melaka ternyata masih kurang menyertai sektor pertanian dengan hanya kurang 1,500 orang berbanding 16.683 keluarga tani yang mendaftar dengan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). YB Datuk Mohamad Hidhir berkata demikian selepas merasmikan Hari Bertemu Pelanggan Pertubuhan Peladang peringkat negeri Melaka. Mengenai program Hari Bertemu Pelanggan LPP itu, YB Datuk Mohamad Hidhir berkata ianya bertujuan untuk mendekati ahli-ahli pertubuhan peladang dan masyarakat. "Ia juga bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran di kalangan umum tentang fungsi LPP dan galakan kepada mereka yang ingin menceburi sektor pertanian, penternakan dan perikanan," katanya.

Selasa, 10 Jun 2008

Ahli Badan Beruniform Perlu Semai Sifat Positif

Setiap warga badan beruniform perlu mempunyai sifat-sifat positif seperti bertanggungjawab dan prihatin untuk diterapkan dalam kehidupan mereka. Semua badan beruniform patut menggunakan peluang keemasan semasa menghadiri sesuatu kem kepimpinan untuk mempelajari serta mengembangkan nilai-nilai murni dan positif bagi membolehkan mereka menempuh cabaran hidup. Datuk Ali berucap demikian ketika Majlis Penutupan Kem Komander St John Ambulance (SJA) di Pusat Kokurikulum Melaka, di Kem Lanchang Merlimau.
Tahun ini merupakan ulangtahun ke 100 SJA Malaysia dan ulangtahun ke 50 SJA Melaka. Beliau berharap ahli-ahli serta para pemimpin pertubuhan ini akan terus berkhidmat dengan motto "Pro Utilitate Hominum (Berkhidmat Untuk Kemanusiaan)" dengan lebih produktif dan berkesan.