Isnin, 30 Ogos 2010

Majlis berbuka dan penyampaian sumbangan fakir dan anak yatim



KOMPLEKS JAPERUN MERLIMAU-Tidak dilupakan saban tahun fakir miskin dan anak-anak yatim dari setiap cawangan dalam DUN MERLIMAU akan diaraikan agar mereka juga merasai suasana aidilfitri  yang bakal tiba tidak lama lagi.bagi tahun ini seramai 80 anak yatim dan fakir diraikan dalam satu majlis berbuka dan sumbangan telah diadakan di KOMPLEKS JAPERUN Merlimau.

      Mereka akan menerima duit raya dan sekampit beras yang disampaikan oleh YB Datuk Mohamad Hidhir dan isteri selain itu ketua-ketua cawangan serta sayap juga menerima duit raya masing-masing dari ADUN Kawasan.Dalam ucapan yang disampaikan oleh YB Datuk meninggatkan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian serius oleh ibubapa antaranya. Ibubapa harus mengawasi tingkah laku anak-anak perempuan memandangkan hari ini kes buang bayi semakin menjadi-jadi. Justeru itu ibubapa harus memantau setiap pergerakan anak-anak dengan siapa dia berkawan.

   Selain itu ibubapa juga dikehendaki memantau anak-anak memandangkan musim perayaan yang bakal tiba, menurut YB tiap-tiap tahun kita dengar ada jari yang putus dan kecederaan yang lain akibat pembakaran mercun, ini sesuatu yang perlu kita elakan agar sambutan hari lembaran tahun ini lebih bermakna.

turut hadir dalam majlis ini Datuk Penghulu Lazan bin Ali, ketua-ketua cawangan, pengerusi JKKK, ketua wanita cawangan, ketua pemuda UMNO cawangan dan ketua-ketua Puteri cawangan.

Rabu, 18 Ogos 2010

KEPERIHATINAN YB DATUK MELAWAT MANGSA RIBUT BAZAR RAMAHDAN.

JASIN- Kejadian ribut yang melanda Bazar Ramahdan mengemparkan rakyat Malaysia, Kejadian mendapat liputan meluas dari media massa dan cetak diseluruh negara.Didalam umat Islam menjalani ibadah puasa seluruh warga Jasin diselubungi rasa pilu kerna kehilangan keluarga dan sahabat yang disayangi.

    YB Datuk sempat melawat tempat kejadian dan menenagkan mereka yang terlibat dalam kejadian ribut.Sebelah malamnya YB Datuk bersama Ketua Menteri Melaka melawat mengsa yang cedera di Hospital Jasin.Menurut perniaga di bazar Ramahdan tersebut kejadian ribut yang melanda pada petang itu sama sekali tidak diduga, yang telah menerbangkan keseluruh khemah yang berada di tapak Bazar Ramahdan dan meragut 3 nayawa.

    Didalam kejadian tersebut 3 terbunuh 1 kriktikal yang masih dirawat di Hospital Putra manakala 17 yang lain dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Jasin.Keperihatinan Kerajaan Negeri Melaka menghulurkan bantuan segara kepada mangsa dan perniagaan amat-amat dialu-alukan sedikit sebanyak dapat merubat pilu dihati.






Isnin, 9 Ogos 2010

Rasmi Program Gotong-royong JKKK Chinchin



Merasmikan Program Gotong-royong perdana JKKK ayer merbau.

GOTONG-ROYONG PERDANA DUN MERLIMAU
@ JKKK AYER MERBAU.











Merasmikan Majlis penyampaian sumbangan anak yatim dan ibu tunggal JKKK Merlinmau Pasir.

Merlimau Pasir- Jawatankuasa Lembaga Masjid telah mengadakan majlis penyampaian sumbangan kepada anak yatim dan ibu tunggal yeng merupakan masjid yang terawal mengadakan majlis ini. Pada tahun ini seramai  198 orang diaraikan dimana 64 adalah anak yatim dan 134 orang lagi terdiri ibu tunggal dan fakir dari kariyah Merlimau pasir.

    Menurut Pengerusinya Tn Hj Zainuddin Abu, mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang-peyumbang yang telah menyumbang dalam menjayakan Majlis tersebut.menurut Zainuddin majlis pada hari ini 4 dalam satu pertama meraikan bakal-bakal haji,penutupan kelas fardu Ain sempena bulan Ramahdan selain meraikan anak yatim dan ibu tunggal.


   Dalam ucapan perasmian yang disampaikan oleh YB Datuk, Jawatankuasa Masjid Merlimau pasir sentiasa mendahulu dalam program-program sebegini berbanding tempat lain dalam DUN Merlimau.YB Datuk juga memanjatkan syukur kerana pada pagi yang berbahagia ini YB datuk dapat bertemu dan mengeratkan lagi silaturahim antara pemimpin dan masyarakat bawahan.Hubungan ini amat penting untuk kebaikan bersama.Menurut YB Datuk masyarakat  Merlimau pasir seharusnya bersyukur kerana mempunyai pemimpin yang perihatin seperti Tn Hj  Zainuddin beliau saban tahun sentiasa berusaha menyediakan peruntukan untuk golongan yang kita raikan pada pagi ini.walaupun sumbnagn ini tidak besar namun ianya sedikait sebanyak dapat membantu mereka yang kurang kemampuan untuk membuat persediaan menjelangnya bulan Ramahdan. 



    

Rabu, 4 Ogos 2010

Merasmikan rumah PPRT saudara Baru.


Merlimau Timur-Hajat saudara baru untuk memiliki rumah sendiri akhirnya tercapai,Yusuf Cia bin Abdullah(42) mengucapkan syukur kepada YB Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan (ADUN Merlimau) memwakili kerajaan Negeri Melaka memluluskan rumah PPRT ini dan Datuk Abu Pit yang telah mewakafkan tanah milik beliau dan keluarga untuk tapak rumah PPRT.

       Kini beliau dan keluarga boleh tinggal dengan selesa bersama keluarga, kerana sebelum ini beliau menumpang bersama keluarga yang belum memeluk Islam, keadaan ini menyukarkan beliau untuk makan dan mengerjakan ibadat.Beliau amat gembira bila mendapat khabar mengenai permohonan beliau telah diluluskan oleh kerajaan Negeri Melaka.Menurut beliau hanya Allah saja yang tahu dan membalasnya atas kebaikan dan jasa Datuk Abu Pit dan Kerajaan Negeri Melaka.


   Dalam ucapan perasmian yang disampaikan oleh YB Datuk ADUN Kawasan, Kerajaan Negeri Melaka yang dipimpin oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustam sentiasa bersama-sama dalam membantu mereka yang susah dan sebagainya. Melalui Kerajaan Negeri Melaka berbagai Usaha telah dilakukan oleh Jabatan-jabatan yang dilantik.Justeru itu JKKK harus memainkan peranan untuk menyalurkan maklumat dan mengenal pasti golongan-golongan yang disasarkan mendapat pembelaan sewajarnya.

   Usaha yang dilakukan oleh Datuk Abu Pit selaku Pengerusi PERKIM Negeri harus dicontohi. Sumbangan berupa barangan keperluan dari PERKIM Daerah juga disampaikan.


hadir sama dalam majlis ini.

En Lazan bin Lazan                                          Penghulu Dun Merlimau
Datuk Abu Pit                                                  Penegrusi Perkim Negeri Melaka
En Razali bin Md Lizat                                     Pengerusi Perkim DUN Merlimau
JK JKKK Merlimau Timur