Khamis, 8 Mei 2008

Lensa Sekitar Majlis Jamuan Dun Merlimau

Majlis Jamuan Meraikan Kemenangan Barisan Nasional

Pada 7 Mei, telah diadakan majlis jamuan makan malam bagi meraikan kemenangan Barisan Nasional di Dewan Datuk Hj Ahmad Bin Ithnin di Merlimau. Majlis yang bermula dari jam 8.30 malam itu telah dihadiri oleh YB-YB dari kawasan Jasin, kakitangan agensi kerajaan di kawasan Jasin, anggota-anggota parti komponen BN Merlimau dan lebih 300 tetamu yang terdiri daripada penduduk dari kawasan dun Merlimau. Tetamu kehormat pula iaitu Datuk Seri Mohd Ali bin Rustam pula merangkap Ketua Menteri Melaka telah hadir pada jam 9.00 malam.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan ucapan dari YB kawasan Merlimau, Datuk Mohd Hidhir bin Abu Hasan. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang masih memberikan kepercayaan kepada beliau untuk terus membangunkan kawasan Merlimau. Beliau juga berjanji akan cuba melaksanakan semua janjinya di dalam pilihanraya yang lalu. Pembasmian kemiskinan tegar juga akan cuba dilaksanakan di Merlimau. Mengikut statistik sehingga penghujung 2007, sebanyak lebih kurang 82 keluarga sahaja di dalam kawasan Merlimau yang terlibat dalam kemiskinan tegar. Mereka yang lain telah dibantu dengan mendapatkan pekerjaan yang sewajarnya. YB Datuk Mohd Hidhir juga berharap agar semua penduduk di dalam kawasan Merlimau akan terus bersama-samanya bekerja bagi membangunkan kawasan Merlimau dan hidup dengan bersatu padu dan harmoni agar kemajuan dapat dinikmati semua.

Majlis kemudiannya diikuti dengan ucapan dari Datuk Seri Mohd Ali. Kehadiran tetamu yang ramai membanjiri kawasan dewan ini membuktikan bahawa sokongan kuat dari rakyat jelata kepada kerajaan BN terutamanya di Merlimau. Datuk Mohd Ali turut berpesan, dalam tsunami pilihanraya komitmen dari semua komponen sangat penting bagi memastikan imej BN dapat ditingkatkan agar mampu menghadapi cabaran yang mendatang. Dalam keadan ekonomi dunia yang tidak menentu, semua rakyat perlulah berjimat cermat agar pembaziran dapat dielakkan. Beliau turut berharap agar semua rakyat terus bersatu padu agar keharmonian dan kemajuan hidup dapat sama-sama dinikmati.

Lensa Kamera...

Sekitar Majlis Kesyukuran, Bacaan Yassin & Tahlil
Sempena Kemenangan Barisan Nasional Dun Merlimau








Majlis ini telah diadakan di Kompleks Japerun Dun Merlimau, tujuannya adalah bagi melahirkan rasa kesyukuran atas kemenangan Barisan Nasional di dun Merlimau.

Rabu, 7 Mei 2008

Pulau Upeh Lokasi Pendaratan Penyu Karah

Pulau Upeh merupakan lokasi yang paling banyak menerima pendaratan penyu Karah iaitu hampir 25 peratus dari jumlah pendaratan diikuti Tanjung Dahan di Kuala Linggi dan Padang Kemunting, Masjid Tanah. Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa dan Pertanian, Datuk Mohamad Hidhir berkata, purata pendaratan penyu karah setiap tahun melebihi 350 sarang setahun. Menurutnya ancaman penyu berkenaan adalah ancaman pemakanan telurnya secara berlebihan, kehilangan habitat bertelur akibat pembangunan di pinggir pantai yang tidak terkawal dan kematian akibat terperangkap dalam alat penangkapan ikan. "Kebanyakan anak penyu tidak sempat mencecah usia dewasa disebabkan pelbagai jenis ancaman sepanjang kitaran hidup mereka," katanya ketika berucap di majlis perasmian penutup bengkel menyelamat, memulih dan melepaskan penyu di Dewan Persatuan Nelayan Melaka Barat, Kuala Sungai Baru anjuran Jabatan Perikanan Negeri Melaka. Datuk Mohamad Hidhir berkata, tujuan kursus bengkel ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan para nelayan mengenai cara-cara menyelamat dan melepaskan penyu yang tertelan mata kail dengan menggunakan pencabut mata kail (De-Hooker). Bengkel ini merupakan satu titik permulaan bagi seisi latihan yang bakal dianjurkan untuk para nelayan di perairan Melaka yang lain.

Jadual Mingguan YB Mohd Hidhir 05/05 hingga 11/05/2008

5/5/2008
(ISNIN)
10.30 pagi
Lawatan ke rumah PPRT di Pernu dan Serkam Bersama Pegawai dari Unit UPD.
4.00 petang
Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Pembangunan Pertanian SAdn. Bhd.
* Bilik MMKN


6/5/2008
(SELASA)
9.00 pagi
Mesyuarat J/K Induk Sambutan Hari Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Negeri Melaka.
* Bilik Gerakan LPP Melaka, Tingkat 5, Graha Peladang, Jln. Hang Tuah
2.30 petang
Mesyuarat Program Menembak Khinzir di Projek Mangga Kg. Kelubi Jasin.
* Balairaya Kg. Kelubi


7/5/2008
(RABU)
3.00 petang
Mesyuarat Post EXCO .
* Bilik Mesyuarat Melaka Delight, Jabatan Pertanian Melaka
9.00 malam
Program Kesyukuran Sempena Kemenangan BN DUN Merlimau.
* Dewan Datuk Ahmad Ithnin, Merlimau

8/5/2008
(KHAMIS)
8.45 pagi
Menyampaikan Ucapan Sempena Seminar Memperkasakan Kepimpinan Melayu di Kalangan Penghulu dan Sidang Negeri Melaka.
* Dewan Seri Negeri
10.40 pagi
Jemputan ke Majlis Pelancaran Publisiti Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Hang Tuah Jaya.
* Mini Stadium Bistari, Ayer Keroh
3.00 petang
Merasmikan Majlis Perasmian dan Penyerahan Kunci Dewan RPK Kg. Jus Permai.
* Dewan RPK Kg. Jus Permai, Selandar


9/5/2008
(JUMAAT)
9.30 pagi
Mesyuarat Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan Peringkat EXCO.
* Bilik Mesyuarat, Pejabat Pembela Kemiskinan Melaka, Aras Bawah, Wisma Negeri

10/5/2008
(SABTU)
10.00 pagi
Majlis Perasmian Hari Falak / Astronomi Negeri Melaka.
* Auditorium Kompleks Falak Al Khawarizmi, Kg. Balik Batu Tanjung Bidara, Melaka
2.30 petang
Majlis Penerangan Kelas Taska Kg. Merlimau Barat.
* Perkarangan Kelas Taska Kg. Merlimau Baru
8.30 malam
Jemputan ke Majlis Penutup Program Kepimpinan Tun Razak Ke-5.
- Bersama Datin
- Pakaian Batik
* Hotel Holiday Inn, Melaka