Rabu, 28 April 2010

Rebut peluang hadir kelas percuma.

Chinchin-Ibubapa mahupun penjaga digalakan menghantar anak mereka ke kelas tambahan percuma oleh RISDA Melaka khususnya bagi pelajar diliar bandar.
    Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan dan Pertanian, Datuk Mohamad Hidhir bin Abu Hasan berkata,ibubapa perlu bijak merebut peluang memandangkantidak semua tempat menyediakan kelas tambahan secara percuma.
    Menurutnya, Kelas tambahandisediakan RISDA melaka melalui peruntukan sebanyak RM12,000.00 membolehkan pelajar bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia menambah ilmu melalui tenaga penganjar yang berpengalaman.
    "Ibubapa perlu memberi perhatian terhadap pembelajaran anak boleh membolehkan  mereka mencapai kecermelangan,seterusnya membela nasib keluraga dimasa hadapan.
    "Peranan ibu bapa amat besar kerana mereka perlu mengutamakan pendidikan anak-anak, jika kekurangan wang bagi menampung kos kelas tambahan,ibu bapa boleh menghantar anak merekake kelas tambahan disediakan pihak sekolah"katanya semasa majlis pelancaran tuisyen Desa anjuran risda di Balairaya Kg Chinchin.
    Menurut Hidhir yang juga Ahli Undangan  Negeri Merlimau,Ibu bapa tidak seharusnya melibatkan politik dalam pendidikan anak-anak mereka tetapi harus memberi galakan dan  sokongan serta galakan  untuk mereka turut serta dalam kelas tambahan yang disediakan.  bukan saja dibuka kepada
    "Kelas Tambahan ini bukan saja dibuka kepada satu kaum saja, bahkan kaum lain juga  yang berminat turut boleh menyertai kelas tambahan iniyang sudah bermula awal tahun ini"
   

Isnin, 26 April 2010

Larian Baton SUKMA di Merlimau.

MERLIMAU-Larian Baton SUKMA ke -13, tiba di Dewan Undangan Negeri
9DUN)Merlimau, Dekat sini semalam.
   Larian ini dirasmikan Ahli undangan Dewan Kawasan Merlimau Datuk Mohamad Hidhir bin Abu Hasan,
  Larian sejauh 18 Km peringkat ke -14 itu bermula di Padang Merlimau Point dan berakhir di Makam TunTeja.Kira-kira 2000 orang terlibat dari berbagai-bagai bangsa termasuk murid-murid sekolah rendah yang menanti di hadapan sekolah melambai dengan memegang bendera kecil.Larian diserikan lagi dengan kehadiran 2 Maskot SUKMA bersama -sama dalam larian tersebut.
  Jam 11.45 pg larian berakhir di Makam TunTeja,di Check Point terakhir peserta larian menyambut Baton SUKMA. sambutan yang agak berbeza dimana peserta menyambutnya dengan berkain pelekat, gelagat mereka mendapat tepukan gemuruh dari masyarakat yang menanti di chek Point terakhir dengan YB Datuk Mohamad Hidhir berlari sambil memegang Baton hingga ke distinasi terakhir.Dalam ucapan yang disampaikan oleh YB Datuk Mohamad Hidhir, mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang terlibat dalam menjayakan Larian Baton peringkat ke -14 DUN Merlimau.

  Di akhir ,cabutan no bertuah diadakan antara hadiah yang diberikan TV Palsma 29 inci, 2 basikal dan 10 hamper.Hadir di majlis tersebut YB Hasan bin Rahman ADUN Sungai Rambai, YB Datuk Ghazali bin Mohamad ADUN Serkam, Tn Murad bin Husein YDP MPJ dan Tn Roslan bin Eusoff tuan pegawai Daerah dan Pengarah Majlis Sukan Melaka. 





Rabu, 21 April 2010

Tanda Sokongan

Ayer Merbau, 17 April kehadiran YB Datuk dalam majlis ramah mesra bersama warga Media Prima TV3 sebagai tanda sokongan dan terima kasih kepada pihak TV3, yang menjadikan Kg Ayer Merbau sebagai lokasi pilihan untuk slot Bang-bang BOOM musim baru.

     Dalam ucapan, YB Datuk amat berbesar hati dan amat menghargai apa yang telah dirancang dan akan dilaksanakan oleh pihak TV3 bersama masyarakat Kg Ayer Merbau yang berbilang bangsa.Tidak dinafikan program Bang-Bang Boom sememangnya mendapat sambutan dari peminat yang ramai yang hampir mencecah 2.5 juta penunton setiap kali di tayangkan.Menurut Tengku Ismail selaku produser program
(BBB) untuk musim baru beberapa kalainan akan dibuat kerana setiap permainan yang dipertandingankan melibatkan keseluruhan masyarakat dan sesiapa pun boleh menyertai di kampung Ayer Merbau 4 permainan telah di rangka iaitu menanduk bola besar, pecah belon, tarik janggut sotong dan rempuh pintu.
  YB Datuk mengucapkan Syabas kepada Jawatankuasa JKKK  Kg Ayer Merbau dan pihak TV3 kerana berjaya merancang dan melaksanakan program hebat bersama masyarakat.Hadir sama dalam program ramah mesra ini Tengku Ismail, Penghulu Lazan, Zakaria bin Abd Hamid,Pn Noraini bt Ibrahim dan Suhaimi bin Ahmad.




      

Jabatan Perikanan Dekati Nelayan Kampung Hailan.

Kampung Hailan, 12 April Majlis gotong-royong dan majlis penerangan di Balai Nelayan Kampung Hailam, Tanjung Keling di mampu merapatkan hubungan serta kongsi masalah nelayan dengan kakim tangan  Jabatan perikanan.
   Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa dan Pertanian ,Datuk Hidhir bin Abu Hasan berkata, Program itu mampu mengeratkan silaturahim antara Jabatan-jabatan yang bertanggungjawab dan para nelayan.
   Menurutnya, Nelayan akan dapat memahami fungsi-fungsi Jabatan Perikanan, selain mendapat maklumat terkini dengan cepat  dari pihak Jabatan.
   "Hari ini, Program gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran kampung nelayan merupakan  langkahn yang perlu dipuji dan sentiasa dilaksanakan.
   " Hari ini sesi penerangan Akta Perikanan oleh bahagian perundangan  ibu pejabat Putra Jaya turut diadakan,selain taklimat insentif nelayan.
   "Taklimat syarat-syarat dan peraturan permohonan bot nelayan membawa pemancing dan cara membaca   peta laut oleh Jabatan Laut turut diadakan bagi mendedahkan kepada masyarakat.Selain itu juga cara demo penggunaan GPS oleh Alisabel Sdn Bhd.
 

Isnin, 12 April 2010

TYT bersama Masyarakat menunaikan solat Jumaat di Kg Air Merbau.

AIR MERBAU- Masyarakat kg Air Merbau mengalu-alukan kehadiran TYT,bersama masyarakat menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Merbawi.Tun memang terkenal dengan sifat ramah bila bersama dengan masyarakat kampung justeru itu Tun  amat disenangi oleh rakyat.Tun sempat bertanya khbar dengan masyarakat cara bersahaja dan senyuman.Tun sempat menandatangan buku pelawat yng telah disediakan dihadapan Masjid.

Selesai solat Jumat Tun bersama tetamu vip dan masyarakat menjamu selera masakan kmpung.Tun meluangkan masa selam satu jam bersama masyarakat.Selepas menjamu selera sesi bergambar bersama pegawai dan jawatankuasa Lembaga masjid diadakan di hadapan Masjid Al-Merbawi

Hadir sama dalam solat Jumaat ialah:





'
-  Tn Hj Murad bin Husin                   Yang Dipertua Majlis Pembandaran Jasin.
-  Tn Roslan bin Usof                          Pegawai Daerah Jasin
-  Datuk Nadri bin Adzim                    SUK MUBARAK.
-  Tn Hj Zainuddin bin                         Pengerusi Lembaga Masjid Al-Merbawi.
-  En Zakaria bin Abd Hamid              Pengerusi JKKK Air Merbau,

Majlis Pelancaran Tuisyen RISDA Kg Chinchin.

CHINCHIN-Anak pekebun kecil getah  Kg Chinchin dan kawasan yang berhampiran menikmati skim tuisyen percuma dari pihak RISDA. Pihak RISDA mengambil ansetif untuk membantu anak pekebun kecil getah meningkatkan pelajaran dengan mengadakan kelas tuisyen ini, Pihak RISDA juga melantik 4 tenaga pengajar dalam berbagai subjek.Pekebun kecil getah menyambut baik usha yang telah dilakukan oleh pihak RISDA dalm mengubah taraf hidup pekebun kecil ini.
   Dalam ucapan perasmian yang disampaikan oleh YB Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan,mengucapkan terima kasih kepada pihak RISDA, kerana perihatin dalam soal pendidikan anak pekebun kecil getah. Yb Datuk juga menasihatkan kepada ibubapa supa menekankan soal pendidikan pada anak-anak kerana ini amat penting menurut beliau lagi untuk mewujudkan sebuah negara maju ianya harus seiring dengan ilmu pengetahuan.
   Dalam meningkatkan soal pendidikan Pihak RISDA telah pun memperuntukan  sebanyak RM10 ribu ringgit setahun,melalui Kerajaan negeri juga peruntuk untuk tuisyen saja bagi setiap sekolah kerajaan negeri telah memperuntukan sebanyak RM 1,500.00 hingga RM3,000.00.Kesungguhan berbagai pihak dalam meningkatkan atau menambak pelajar mendapat keputusan cemerlang begitu jelas.Ujar YB Datuk dalam soal Pendidik Kerajaan tidak pernah membezakan bangsa atau fahaman politik, kesama rataan tetap diberi agar semua pihak dapat menikmatinya

Jumaat, 9 April 2010

Program Tqaruub mendekatkan pemimpin bersama masyarakat.

AIR MERBAU- Program Taqaruub yang dilaksanakan oleh JASA mampu merapatkan pemimpin dengan masyarakat, ini terbukti setiap kali program ini dilasankan ianya akan memberi kesempatan kepada masyarakat akar umbi untuk bertemu dengan pemimpin cara bersantai.
  Pendekatan ini adalah cara terbaik masyarakat diakar umbi dapat mendengar mengenai apa saja isu yang ada mahu pun Politik dan isu semasa yang dimainkan oleh pihak pembangkang  yang sentiasa menyebarkan maklumat yang salah kepada masyarakat lebih-lebih lagi menjelangnya PRU 13 ini.

  "Ujar YB ADUN, amatlah penting kita mengekalkan kestabilan Politik yang ada di bawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional(BN). Dari segi pambangunan kerajaan tidak pernah memingir masyarakat diluar bandar ini terbukti bila bebarapa projek besar akan dilaksanakan di Kg Air Merbau, Projek akan akan dilaksanakn  tidak lama lagi, semua projek ini akan meransang ekonomi masyarakat setempat dan juga kerajaan negeri, ujar YB Adun masyarakat  harus pandai mengambil peluang agar kemajuan yang dinikmati dapat dirasi oleh semua masyarakat. Hadir sama dalam Program tersebut En Zakaria bin Abd Hamid Peg. JKKK Air Merbau dan Jawatankuasa, Sdr Suhaimi bin Ahmad Ketua pergerkan Pemuda UMNO Air Merbau,Pn Noraini bin Ibrahim Ketua Wanita UMNO, En Razali bin Md Lizat Pegawai JASA DUN Merlimau dan Utz Hairol bin Madon selaku penceramah dalam program tersebut.

Khamis, 8 April 2010

SKIM MOTOR BERGERAK-Membantu Pengusaha,Peraih Pasar Tani.

MASJID TANAH-6 April Kerajaan negeri memperkenalkan "motor bergerak"iaitu satu sistem pengangkutan baru yang memudahkan pengusha dan peraih pasar tani mengambil hasil pertanian dikampung untuk dipasarkan ke seluruh pasar tani.
  Sistem pengangkutan itu adalah antara kemudahan terkini yang disediakan kepada golongan terbabit selepas kerajaan negeri menawarkan perkhidmatan dua karavan untuk tujuan tersebut, tahun lalu.
  Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa dan Pertanian, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan berkata,langkah itu bagi memastikan perubahan demi perubahan terus berlaku terhadap pembangunan di negeri ini.
  "Kita mahu pastikan pertanian itu adalah perniagaan terus tercapai dan langkah kerajaan memperkenalkan motor bergerak dan karnival adalah untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka yang berminat"katanya  di karnival Sambutan Ulangtahun ke 25 Pasar Tani Peringkat Negeri Melaka, di tapak pasar tani Masjid Tanah,disini, hari ini.
  Skim Pengangkutan motor bergerak olehlembaga Pemasaran Pertanian Perseketuan(FAMA) Melaka mula diperkenalkan Januari lalu dan empat pengusaha terbabit telah menerima bantuan itu hari ini.

Sabtu, 3 April 2010

Merasmikan Program Krusus Haji Dan Hajjah DUN Merlimau.

MERLIMAU- 3 Mac seramai 250 orang bakal haji dan hajjah menamatkan krusus Haji yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Mohamad Hidhir bin Abu Hasan Ahli Undangan Negeri Kawasan (ADUN) di Masjid Asy-Syujaah Merlimau Utara hari ini.

    Krusus haji ini telah dibimbing oleh Utaz Abu Bakar bin Md Nor dar Jabatan MAIM Negeri Melaka. Dalam ucapan yang disampaikan oleh YB Datuk mengharapkan peserta dapat memfaatkan ilmu yang telah diajar dan dapat menunaikan ibadah haji dengan baik dan sempurna.

  Ujar YB, alhamdulillah kita semua adalah antara yang terpilih untuk menjadi tetamu Allah bila tiba musim haji nanti, justeru itu YB Datuk menasihatkan agar peserta dapat menjaga kesihatan agar tidak menghadapi kesukaran bila masa untuk menunaikan haji. Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kerana Kerajaan Negeri Melaka dapat mengatur lebih awal krusus haji ini. Menurut YB Datuk saban tahun jumlah Jemaah Haji dan Hajjah semakin bertambah ini menunjukan pendapatan individu begitu baik dan mempunyai kemampuan untuk mengerjakan haji.


  Kerajaan Malaysia sentiasa berurusan bersama kerajaan Arab agar kouta bakal haji dan hajjah dapat ditambah, melalui Tabung Haji yang sentiasa membaiki atau menambah pasarana untuk jemaah haji Malaysia. ini membuktikan Kerajaan Malaysia sentiasa perihatin agar jemaah haji Malaysia berada dalam keadaan selesa semasa mengerjakan haji.YB Datuk menasihatkan agar jemaah haji Malaysia dapat menjaga Imej negara semasa berada disana ini amat penting kerana pada hari ini Kerajaan Arab Saudi telah mengiktiraf jemaah Malaysia merupakan antara yang terbaik dari segi displinnya.Oleh itu Jemaah Haji dikehendaki sentiasa menggingkut arahan pertugas semasa berada disana.