Rabu, 30 Jun 2010

Program penyampaian bantuan kebajikan Masyarakat di JAPERUN .

MERLIMAU- Seramai 65 penerima  bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat menerima  bantuan masing-masing yang disampaikan oleh YB Datuk Mohamad Hidhir Ahli Undangan negeri(ADUN) Merlimau.

     "Dalam ucapan yang disampaikan YB Datuk menginggatkan kita sepatautnya rasa syukur dan bertuah diatas keperihatinan kerajaan membantu warga emas dan mereka yang kurang berkemampuan terutama ibu tunggal untuk meneruskan kehidupan seharian.

   Namun masih ramai lagi mereka yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan meletakkan diri mereka tergolong dalam ketegori kemiskinan.Menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat bantuan diberikan pada ketegori warga emas, bantuan pesakit kronik,oku,pesakit terlantar, bantuan kanak-kanak golongan ini diberi keutamaan.Bantuan Kebajikan yang disalurkan ini meliputan semua kaum dari itu Yb ADUN mengingatkan agar individu yang kurang kemampuan dapat tampil berjumpa ketua masing-masing agar perkara ini dapat diketengahkan dan golongan yang disasarkan tidak tercicir untuk mendapat manfaatnya.

Rabu, 23 Jun 2010

Merlimau-Venue Gimnastik sukan SUKMA ke XIII 2010


MERLIMAU-Dewan Politiknik Merlimau telah dijadikan Vennue untuk sukan Gimnastik dalam Sukan SUKMA ke XIII  2010, ini merupakan satau penghormatan kepada DUN Merlimau terlibat secara lansung dalam sukan Malaysia(SUKMA)ke XIII  kesempatan ini pastinya dimabil oleh masyarakat Merlimau melihat sukan Ginastik secara lebih dekat.
   
   Menurut YB Datuk Mohamad Hidhir bin Abu Hasan (ADUN) yang juga menjadi bapa angkat kepada acara Gisnatik SUKMA ke XIII ini.Ujar beliau lagi masyarakat Merlimau dan kawasan yang berhampiran dipelawa menyaksikan pertandingan ini secara lebih dekat lagi dan secara tidak lansung memberi sokongan terhadap termasya sukan SUKMA yang kali ini Negeri Melaka telah dipilih untuk menjadi tuan rumah.Dalam acara Ginastik ini Melaka telah mensasarkan 5 pingat emas melalui ginas Cheong  See Teng bagi acara senaman lantai,melmbol, batang titian dan ginas Tracia Ang melalui Palang Bertingkat.
    SUKMA kali ke XIII telah pun melabuhkan tirai upacara perasmian penutup yang penuh gilang gemilang yang disempurnakan oleh PM  Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Stadium Hang Jebat dipenuh rakyat Melaka yang melebihi 50 ribu kehadiran meyaksikan detik besejarah.Walaupun Negeri Melaka hanya mampu menduduki tempat ke 7 namun dari segi pencapaian atlit ianya amat membanggakan.

 acara Ginastik di Dewan Politiknik Merlimau.

 Sikap bersahaja YB Datuk Mohmad Hidhir selaku bapa angkat Ginastik melayan karenah atlit Ginastik.
















































Isnin, 7 Jun 2010

MELAKA MAJU 2010-KDNK(SEKTOR PERTANIAN)

TAHUKAH anda bahawa KDNK dalam sektor pertanian negeri Melaka telah melebihi sasaran purata organisation for Economi Co-operation and Development(OECD) bagi 10 tahun berturut-turut, iaitu dari tahun 2000 hingga 2009?

    Sumbangan purata yang disasarkan ialah 2.4% dan sector pertanian negeri Melaka  pada tahun 2009 telah menyumbang sebanyak  RM 475juta, iaitu 2.9% daripada jumlah KDNK negeri Melaka.Sebagaimana yang kita sedia maklum, sektor pertanian merupakan tunjang ekonomi negara yang penting kerana penumpuan tersebut berupaya mengelak kebegantungan negara terhadap bekalan bahan makan dari luar negara disamping menjadi peyumbang utama kepada pendapatan negara.

    Disamping itu sektor pertanian merupakan sumber pendapatan kepada kebanyakan rakyat dan juga golongan miskin yang memang bergantung kepadanya.Secara keseluruhan, sumbangan KDNK oleh sektor pertanian, penternakan  dan perikanan.Bagi negeri Melaka,Komuniti pertanian utama termasuklah getah,kelapa sawit,padi,buah-buahan,sayur-sayuran dan tanaman kontan.

   Komuditi penternakan merangkumi daging lembu/bebiri, daging ayam, itik pedaging dan kampung, daging puyuh pedaging,telor ayam, telor itik, telor puyuh dan susu segar.Bagi komuditi pertanian ia merangkumi ketogori utama iaitu ikan laut dan ikan akuakultur.

   Pengeluran ikan akuakultur pula dibahagi kepada dua sub-kategori iaitu akuakultur air payau dan akuakultur air tawar.Pada tahun 2009,nilai pengeluaran negeri Melaka dalam bidang pertanian adalah sebanyak RM1.18 bilion,manakala RM1.44 bilion, manakala 1.14 bilion dalam bibang penternakan dan RM110 juta dalam bidang perikanan.

   Dari jumlah nilai pengeluaran tersebut,nilai ditambah(pertambahan nilai saesuatu barang akibat dari memproses barang tersebut untuk dijadikan barang akhir)atau dikenali sebagai KDNK dalam sektor pertanian adalah sebanyak RM475 juta.

   Berbanding dengan pencapaian 30 buah negara OECD pada tahun 2007, negeri Melaka menduduki tempat ke 9,iaitu selepas turkey, Malayasi, Poland,Hungury,Greece,Solvak Republik, Finland dan Korea.Sektor Pertanian memang memainkan peranan yang penting bagi sebuah negara maju supaya keperluan rakyat untuk bekalan makanan sentiasa mencukupi tanpa bergantung kepada negara lain pada bila-bila masa.

   Lebih lebih lagi negara kita Malaysia mempunyai tanah-tanah yang subur,bebes daripada bencana alam atau keadaan huru-hara yang boleh memusnahkan sebarang kegiatan ekonomi,sekiranya kelebihan ini tidak dimanfaatkan ini bermakna kita telah mensia-siakan anugerah Tuhan keatas kita.

   Walaupun kita berada dalam era ekonomi yang lebih fokus  kepada sektor perindusterian, sektor berteknologi tinggi dan berpengetahuan kita boleh menafikan kepentingan sektor pertanian kepada kemajuan sesebuah negara  bermual dari rakyatnya yang sihat, cergas dan bertenaga.

   Oleh itu,negeri Melaka sentiasa berusaha untuk membangunkan sektor pertanian dibawah setiap Rancangan Lima Tahun walaupun lebih terkenal dengan sektor pelancungan.




Jumaat, 4 Jun 2010

HARI BERTEMU PELANGGAN DAN PENYERAHAN BENIH IKAN BUMI HIJAU.

ALOR GAJAH-Jabatan Perikanan Negeri Melaka mengadakan Hari Bertemu Pelanggannya di Pejabat Perikanan Daerah Alor Gajah yang dirasmikan oleh YB Datuk Mohamad Hidhir bin Abu Hasan Ahli Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa dan Pertanian.Berbagai acara telah diadakan di Majlis tersebut antaranya pertandingan masakan ikan darat,pertandingan makan keropok lekor,Promosi satey ikan pameran dan dll.

    Antara objektif dan tujuannya ialah memberi penerangan dan penjelasan kepada masyarakat dan peserta mengenai peranan dan tujuan Jabatan Perikanan ini.Disampingmemberi  input-input yang berguna kepada peserta yang menjalankan ternakan ikan agar dapat meningkatkan lagi pengeluran ikan.Menurut Pn Rosmawati Ghazali pengarah Perikan Negeri Melaka berbagai insentif yang telah diberikan oleh Kerajaan dalam usha meningkatkan hasil pengeluran ikan yang menjadi sumber protin yang utama.

   Dalam ucapan yang disampaikan oleh YB Datuk Mohamad Hidhir,mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jabatan Perikanan dalam usaha meningkatkan hasil pengeluran ikan,peningkatan begitu ketara kepada pengeluran ikan dan penambahan kepada penternak juga bertambah ini disebabkan oleh insentif yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu  penternak dan nelayan.

Antara usaha Jabatan untuk meningkatkan pengeluran ikan termasuklah mengushakan kolam terbiar, dibawah skim bumi hijau unit pengembangan jabatan perikanan telah membelanjakan sebanyak 1.9 juta.Dibawah skim bumi hijau untuk mengurangkan belanja dapur peserta akan dipilih oleh JKKK dimana setiap peserta akan dibekalkan 400 anak ikan keli dan 2 bag makanan ikan.Benih-benih ikan ini hanya diberi kepada meraka yang mempunyai kolam saja.

    Seramai 50 peserta setiap DUN akan menerima benih ikan ini peringkat demi peringkat.Ujar YB Datuk agar peserta yang menerima benih ikan ini dapat manfaatkan sebaik mungkin agar objektif skim bumi hijau ini mengurangkan belaja dapur berjaya.Hadir sama dalam Majlis tersebut En Suhaily     Tim.Ketua Pengarah Perikanan ,Pn Rosmawati Ghazali Pengarah Perikanan Negeri Melaka,