Selasa, 29 April 2008

Jadual Mingguan YB Mohd Hidhir 28/4 hingga 04/05/2008

28 / 04 / 08
ISNIN
9.00 pagi
Mesyuarat Focus Group Pembasmi Kemiskinan Daerah Jasin
4.00 petang
Mesyuarat Bagi Mendapatkan Persetujuan Sime Darby utk Menggunakan Kawasan Ladang Sebagai Ragutan Ternakan
8.00 malam
Majlis Makan Malam Sempena Penutup Minggu Saham Amanah Malaysia

29 / 04 / 08
SELASA
9.30 pagi
Mesyuarat JK Pembangunan DUN Merlimau di Kompleks Japerun Merlimau
3.00 petang
Merasmikan Perasmian Bengkel Menyelamat Penyu di Dewan Persatuan Nelayan Kwsn Melaka Barat, Kuala Sg Baru.
8.00 malam
Majlis Makan Malam Sekalung Budi bg Meraikan Ketua – Ketua Jabatan Yang Bertukar & Pegawai Awam Yang Bersara di Hotel Equatorial Melaka

30 / 04 / 08 RABU
9.00 malam
Jemputan ke Majlis Sambutan Hari Perbandaran Alor Gajah di Dataran Keris Alor Gajah.

01 / 05 / 08
KHAMIS
CUTI HARI PEKERJA
Majlis Perkahwinan Anak En. Md Affendi bin Yusuf & Pn Rokiyah binti Hj. Jedi di JA 1424, Taman Muhibbah Merlimau.

02 / 05 / 08 JUMAAT
3.00 petang
Mesyuarat YAB Ketua Menteri Melaka dengan Ahli MMKN, ADUN, Ahli Dewan Negara di Bilik Tun Muthahir

03 / 05 / 08
SABTU
9.30 pagi
Merasmikan Mesyuarat Agong PIBG Ke 33 Sek. Keb Chinchin
3.30 petang
Mesyurat J/K Pemantauan Tindakan Mengeluarkan Babi di Pejabat UMNO Bahagian Masjid Tanah

04 / 05 / 08
AHAD
3.00 petang
Majlis Jamuan Petiundi Merlimau Pasir di Merlimau Inn

Majlis Kesyukuran Kemenangan BN Di Dun Merlimau

Lebih 200 pemimpin masyarakat dan penduduk dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau menghadiri majlis kesyukuran, bacaan yassin dan tahlil di atas kemenangan Barisan Nasional (BN) peringkat Dun Merlimau. Majlis yang diadakan di Kompleks Japerun Dun Merlimau itu adalah bagi melahirkan rasa kesyukuran atas kemenangan wakil rakyat kawasan berkenaan, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan dalam pilihanraya ke-12. Menurut Datuk Mohamad Hidhir, majlis ini adalah sebagai tanda terima kasih dan rasa syukur beliau dan kerajaan khususnya kepada penduduk di Dun Merlimau kerana terus menyokong kerajaan. "Saya berharap masyarakat di kawasan Dun Merlimau akan terus bersatu padu. Dengan bersatu padu ini juga kita dapat menikmati kehidupan dengan lebih tenang sepanjang masa," katanya. Majlis kesyukuran ini dimulakan dengan solat maghrib berjemaah dan disusuli dengan bacaan surah Yassin , tahlil dan solat Isyak sebelum semua tetamu menikmati jamuan makan malam.

Ladang biak baka kambing boer berpotensi maju


Ladang ternakan biak baka kambing Pertubuhan Peladang Negeri Melaka Selandar yang mula beroperasi pada September 2007 kini telah menghasilkan baka kambing berkualiti. Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa dan Pertanian, Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan berkata sebanyak 320 ekor kambing jenis Boer yang terdapat dikawasan berkenaan. Menurutnya, kerajaan negeri sedang berusaha menjadikan Pertubuhan Peladang Negeri sebagai pembekal utama baka kambing boer kepada usahawan ternak kambing di seluruh negeri. Harga seekor kambing boer bernilai antara RM600 hingga RM800 seekor berbanding di luar negara bernilai RM 1500. Kerajaan negeri berharap dengan terlaksananya projek ini akan dapat mengeluarkan baka kambing yang berkualiti untuk usahawan peladang selain menjana pendapatan yang baik sekaligus melahirkan usahawan yang berkualiti dalam bidang ternakan pada masa akan datang.

Selasa, 22 April 2008

Masyarakat Disaran Kukuhkan Perpaduan

Masyarakat di negeri ini diseru sentiasa mengukuhkan perpaduan dengan mengekalkan keharmonian yang sedia ada demi memastikan negeri ini terus makmur dalam pelbagai bidang. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan berkata, masyarakat juga perlu memupuk semangat tolong menolong sesama mereka kerana ia merupakan asas kepada kekuatan perpaduan yang disemai.
Menurutnya lagi, masyarakat diingatkan supaya sentiasa peka dengan keadaan dan isu semasa yang berlaku sekeliling mereka bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diinginkan. Ini termasuk bagi memastikan anak-anak tidak mudah terjebak dengan salah laku sosial yang kian menular sejak akhir-akhir ini," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Mohamad Hidhir turut memuji langkah dan usaha yang diambil oleh Jabatan Penyiaran dengan menganjurkan program Pentarama di kawasan luar bandar. Menurutnya lagi, program yang dianjurkan amat baik dan bertepatan pada masanya kerana disamping memberikan hiburan, ia juga turut memberikan maklumat dan mesej yang berguna kepada rakyat.

FAMA Diminta Tubuh Koperasi Pasar Tani.

Kerajaan negeri mencadangkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri menubuhkan koperasi Pasar Tani dalam usaha membantu peniaga meningkatkan mutu perniagaan masing-masing. Selain itu, kewujudan koperasi itu akan dapat membantu peniaga membuat pinjaman sekiranya kekurangan modal untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Jesteru, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meminta FAMA negeri membuat kajian segera terhadap cadangan berkenaan sebelum keputusan mengenainya dapat dilaksanakan. Katanya penubuhan koperasi ini kelak akan membolehkan peniaga membuat pinjaman tanpa dikenakan syarat yang ketat, asalkan mereka memenuhi segala kriteria yang ditetapkan. "Saya yakin jika ini dapat dilaksanakan, nasib peniaga akan terbela dan mereka mampu meningkatkan ekonomi diri serta keluarga," katanya pada majlis perjumpaan bersama peserta pasar tani dan warga kerja Fama Melaka di Ayer Keroh.

"Bagi meningkatkan lagi hasil jualan peniaga, mereka bakal diberikan kursus secara berperingkat-peringkat sepanjang bulan disamping mengambil pengalaman daripada lawatan ke beberapa pusat perniagaan di beberapa negeri pada Mei depan. Selain itu, kerajaan negeri melalui FAMA juga menyediakan anugerah khas ketegori peserta Pasar Tani Berdaya Maju dan Pasar Tani Cemerlang peringkat negeri yang dijadualkan diadakan Jun depan sebagai galakan untuk mereka terus berjaya,"katanya.

Khamis, 10 April 2008

Projek Ternakan Babi RM100juta.

YB Datuk Mohd Hidhir bin Abu Hassan, Adun Merlimau merangkap Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa dan Pertanian membantah penuh kerajaan Selangor yang ingin mewujudkan ladang ternakan babi bernilai RM100juta. Menurut beliau lagi, projek ini akan hanya menyusahkan rakyat. Pelbagai masalah seperti pencemaran bau dan udara akan timbul. Selain itu, pelbagai penyakit yang boleh dibawa oleh babi akan membahayakan kesihatan rakyat. "Sekiranya kerajaan Selangor benar-benar ingin membangunkan projek ini, kita berharap agar kerajaan Selangor dengan berbesar hatinya akan menerima ternakan babi dari Melaka ini untuk dipindahkan kesana" katanya. Rakyat negeri Selangor akan terus menjadi mangsa kerakusan kerajaan pakatan rakyat untuk mengaut keuntungan hasil dari projek ternakan babi ini tanpa memikirkan kehendak rakyat.

Jadual Mingguan YB Mohd Hidhir 7/4 hingga 13/4/2008

7/4/2008
(ISNIN)

8.00 pagi
Perhimpunan bulanan Kerajaan Negeri Anjuran RISDA
* Dataran Seri Negeri

8/4/2004
(SELASA)

9.00pagi
Panel Temuduga Pemohonan Tanah Kerajaan Untuk Tujuan
Bagunan Kerajaan
* Pejabat Daerah Jasin

12.00 t /hari
Merasmikan Majlisbicara Tani Daerah Jasin.
*Dewan Alamanda

3.00ptg
Perjumpaan dengan Staff Agensi Di Bawah KKLW
* tingkat 1, Dewan Sri Lanang Pej RISDA Negeri

9/4/2008
(RABU)

Mesyuarat Post EXCO
*Bilik Mesyuarat Melaka Delight. Jab. Pertanian Melaka

10/4/2008
(KHAMIS)

6.30 ptg
Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil sempena Ulang Tahun Melaka Bandaraya Bersejarah
* Masjid Tengkera

11/4/2008
(JUMAAT)

2.30ptg
Jemputan Ke Majlis Perasmian Pejabat Wilayah Takaful IKHLAS Oleh YB Tn Hj Ghazalee Mohamad
*Hotel Holiday In

3.00 ptg
Lawatan Kerja Ybhg Dato Pengarah LGM di Projek Fertigasi Kg Chinchin

13/4/2008
(AHAD)

3.30ptg
Merasmikan Majlis Pelancaran J/K COMBI.
* Tabika PerpaduanTaman Muhibbah, Merlimau

Rabu, 9 April 2008

Pertanian Sumber Pendapatan

Adun kawasan Merlimau, YB Datuk Mohd Hidhir Bin Abu Hasan menyeru penduduk di Jasin agar menjadikan pertanian sebagai salah satu sumber pendapatan. Menurutnya lagi, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan dari segi subsidi, institusi pinjaman dan latihan khas untuk para petani meningkatkan hasil pengeluaran mereka. Banyak kawasan-kawasan lapang dikawasan ini yang boleh diusahakan sebagai kawasan pertanian kormesial. Dengan bertani, ekonomi penduduk setempat juga dapat ditingkatkan. Selaku Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa Dan Pertanian Melaka, beliau berharap agar penduduk di kawasan Jasin ini akan dapat memanfaatkan segala bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan dan dapat menuju kearah pembentukan Jasin sebagai kawasan pertanian.

Rabu, 2 April 2008

Jadual Mingguan YB Mohd Hidhir 31/3 hingga 6/4/2008

31/3/2008
(ISNIN)


9.00 pagi
Jemputan ke Majlis Peramian Ekspedisi Saintifik Kepelbgian Biologi Hutan Melaka 2008
* Taman Botanikal Ayer Keroh Melaka
12.00 tgh
Mesyuarat JKuasa Perancang Negeri Melaka ke 50 bil 1/08
* bilik MMKN, Pejabat Ketua menteri Melaka
3.00 ptg
Majlis Penyampaian Kelompok tani Kampung kelubi Bersama YB EXCO Pembangunan Desa dan Pertanian
* balairaya Kelubi

2/4/2008
(RABU)


10.00 pagi
Mesyuarat EXCO
* Bilik MMKN

3.00 petang
Mesyuarat Post EXCO
*Bilik Mesyuarat Melaka Delight. Jab. Pertanian Melaka

3/4/2008
(KHAMIS)


9.30 pagi
Jemputan ke Majlis Perasmian Seminar Permantapan Aqidah & Perpaduan Ummah Negeri Melaka
Pakaian : Batik /Kerja
*Auditorium Majlis Al Azim

3.00 petang
Jemputan ke majlis Sepetang Bersama Pemimpin anjuran Pertubuhan Perkumpulan Perempuan 3P (W) Merlimau
* Dewan Datuk Hj Ahmad Ithnin

4/4/2008
(JUMAAT)


Berada di Kompleks Japerun Merlimau.

5/4/2008
(SABTU)


4.30 petang
Merasmikan Penutup Kursus Keluarga bahagia Kemas Peringkat Negeri Melaka 2008
* INB Resort, Simpang Padang Keladi, Lebuh Ayer Keroh Melaka

6/4/2008
(AHAD)

9.00 malam
Jemputan ke Majlis Ceramah Maulidur Rasul
* Surau Telok Solok Merlimau

Senarai JKKK Dun Merlimau

Pengerusi JKKK Chinchin
Tn Hj Ismail b Ibrahim
Tel: 012-9754930 / 06-5246178

Pengerusi JKKK Ayer Merbau
En Omar b. Hassan
Tel: 06-5295301

Pengerusi JKKK Kg Lipat Kajang
Tn Hj Abas b. Khamis
Tel: 06-5294058

Pengerusi JKKK Merlimau Barat
Sdg Tambichik b. Amid
Tel: 06-2631207 / 013-6044795

Pengerusi JKKK Merlimau
Tn Hj Zainodin b. Hj Abu
Tel: 06-2632172

Pengerusi JKKK Merlimau Timur
Tn Hj Samat b. Pit
Tel: 06-2632937 / 017-6681513

Pengerusi JKK(B) Merlimau Tengah
Tn Hj Othman b. Jonit
Tel: 012-3019537

Pengerusi JKKK Chenderah
Tn Hj Mustaza b. Abu Amin
Tel: 012-6628832 / 06-5246291

Pengerusi JKKK Merlimau Utara
En Abdul Nasir b. Bazit
Tel: 019-6624162

Aktiviti Yang Dijalankan Dalam Dun Merlimau













1.Perasmian Hari Japerun Dun Merlimau













2. Sambutan Maulidur Rasul Peringkat DUN Merlimau

















3. Penyampaian Hadiah Sukan KSK DUN, Sumbangan Bantuan sempena Tahun Baru Cina dan Penyampaian Wartikah JKKK DUN Merlimau

Perancangan Pembangunan Dun Merlimau

• Mewujudkan Bandar Baru Merlimau.

• Pembinaan Penjara di Kampung Lipat Kajang

• Pembinaan Rumah Awam Kos Rendah Lipat Kajang.

• Pembinaan Rumah Awam Kos Rendah Merlimau Timur.

• Pembinaan Sekolah Kebangsaan Air Merbau.

• Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Air Tawar.

• Menaik taraf Masjid Kampung Chenderah.

Misi & Visi YB Datuk Mohd Hidhir ...

Visi

Memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk membentuk masyarakat yang maju, dinamik, berilmu dan cemerlang dari segi sosio ekonomi dan politik.
Misi

Memberikan perkhidmatan yang efisyen, cepat, telus dan menyakinkan.
Menghapuskan kadar kemiskinan ketahap sifar.
Mewujudkan pembangunan seiring dengan hasrat kerajaan untuk merialisasikan Melaka maju 2010 dan Wawasan 2020.
Mendekati dan memupuk nilai – nilai murni serta semangat cintakan Negara. Dikalangan masyarakat khususnya generasi muda.
Meningkatkan tahap pendidikan selaras dengan era pembangunan Teknologi Maklumat bagi menghadapi cabaran globalisasi dunia tanpa sempadan.
Meningkatkan taraf hidup dan ekonomi masyarakat dalam bidang pertanian serta menyahut seruan kerajaan untuk mrnjadikan pertanian sebagai satu perniagaan.
Mewujudkan masyarakat pelbagai kaum yang bersatu padu, bertoleransi dan sentiasa bekerjasama dalam melaksanakan sebarang aktiviti kemasyarakatan.