Isnin, 11 Januari 2010

YB ADUN turun padang meninjau masalah rakyat


Merlimau, Derita seorang ibu tunggal Sharidah bt Rabu,36 yang mempunyai 5 orang anak yang bersekolah mendapat perhatian dari YB ADUN Kawasan,Bila YB sendiri turun meninjau sendiri masalah yang dihadapi oleh beliau.

Sharidah yang hilang tempat bergantung sejak 3 tahun yang lalu, menghadapai kesukaran bila kelima -lima anaknya bersekolah,Pendapatan sebagai tukang jahit tidak mengcukupi untuknya menyara anak dan bayar sewa rumah.Beliau mengucapkan jutaan terima kasih bila permohonanya ke JKM dan MAIM di luluskan.Beliau juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada JKKK Merlimau dan YB ADUN Kawasan kerana meluluskan permohonan rumah PPRT untuk beliau, kini beliau sekeluraga boleh menarik nafas lega diatas bantuan yang diterima.

YB ADUN kawasan berjanji akan mendapatkan kerja sambilan sebagai cleaner di kawasan yang berdekatan dengan beliau, moga pandapatan yang diperolehi sekurangnya dapat meringgankan beban beliau sekeluarga, Kata YB ADUN kawasan ketika melawat dikediaman beliau tempohari.

Tiada ulasan: