Selasa, 5 Januari 2010

MEMBASMI KEMISKINAN MENJADI AGENDA UTAMA - YB Datuk Mohamad Hidhir


Merlimau, Membasmi kemiskinan menjadi agenda utama YB ADUN Kawasan DUN Merlimau dalam ucapan perasmian rumah PPRT milik En Razali bin Md Yassin.Menurut YB Adun kerajaan negeri begitu komited dalam membasmi kemiskinan sepanjang tahun 2009 sebanyak 40 buah rumah PPRT telah dilaksanakan didalam DUN Merlimau, dimana 33 buah permohonan baik pulih dan 7 buah bina baru telah pun disiapkan yang melibatkan kos sebanyak RM392,000.00 menggingkut 9 JKKK dalam DUN Merlimau.Namun menurut YB ADUN memberitahu permohonan rumah PPRT perlu menggingkut garis panduan yang ditetapkan kerana setiap permohonan akan di siasat dan dipertimbangkan oleh Unit Pembangunan Desa(UPD) hanya mereka yang layak akan dipertimbangkan. JKKK perlu memantau setiap permohonan yang diterima dan memberi penerangan agar masyarakat memahami PPRT diwujudkan hanya mereka yang betul layak saja yang perlu membuat permohonan.



Tiada ulasan: