Ahad, 10 Januari 2010

PERSARA TENTERA MOHON BANTUAN


Merlimau,Berat mata memandang berat lagi bahu untuk memikulnya apabila melihat penderitaan yang dialami oleh pesaratentera yang menghadapipenyakit kronik sejak 5 tahun yang lalu.


Abu Samah Ahmad,66 berkata,ia menghadapi penyakit itu sejak lima tahunlalu malah keadaan betambah teruk apabila anak jari kirinya terpaksa dipotongbagi mengelakan penyakitnya merebak kekawasan lain.


Tahun 2009 merupakan tahun yang memeritkan kereana pada tahun terbabit,penyakit itu berada d tahap membimbangkan sehingga menyebabkan jari kaki kirinya terpaksa dipotong.


Saya bersama keluarga tidak pernah berputus asa mencari penawar untyuk menyembuhgkan penyakit saya ini sehinggalah anak saya terbaca didalam didalam akhbar bahawa terdapat pusat rawatan IslamAnjung Rahmah terletak Gombak ,Selangor yang boleh mengubati penyakit kencing manis' katanya selepas menerima kunjungan Ahli Undangan negeri Kawasan M erlimau YB Datuk Mohamad Hidhir bin Abu Hasan di rumahnya di Kmapung Merlimau Pasir.


Menurut beliau,merasa amat bersyukur kerana penyakit yang dahulunya teruk kini beransur pulih hasil rawatan yang dijalani.


"Alhamdulillah,semenjak mendapat rawatan disana,penyakit kencing manis yang saya alami, beransur sembuh hari ke hari.Kos rawatan rawatan menyembuhkan penyakit saya ini telah mencecah RM60,000 dan kami terpaksa mencuci dan membeli kelengkapancuci lukanya sendiri kerana tidak mampu membayar kos rawatan tertunggak dipusat rawatan itu.


Abu Samah berkata, Dia hanya mengharapkan duit pencen askarnya sebanyak RM900 sebulan untuk membeli barangan keperluan harian serta alatan mencuci lukanya oitu.


"Mujrrlah ada anak-anak yang membantu dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang saya alami" katanya.Sementara itu, Mohamad Hidhir berkata, pihaknya akan mendapatkan bantuan bulanan daripada JKM untuk disalurkan kepada Abu Samah bagi meringankan beban yang ditanggung.


"Kita berharap agar Abu Samah dapat menjaga permakanan sehariandi samping mengamalkan pengambilan pemakanan seimbang".

Tiada ulasan: