Jumaat, 15 Januari 2010

KAD JUALAN GETAH.Selamatkan Pekebun Kecil Dari Mangsa Penipuan.

Chinchin, 14 Jan-Program pendaftaran Kad Jualan pekebun Kecil Getah yang dilancarkan di seluruh negara mampu mengurangkan aktiviti haram penjualan getah sekaligus menyelamatkan pekebun kecil getah dari menjadi mangsa penipuan.

Majlis itu telah dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa dan Pertanian merangkap  Ahli Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan.Turut hadir dalam Majlis tersebut Pegawai Derah Jasin, Roslan Eusoff, Pengaram LGM Wilayah Selatan, Johani  MD Zain, Pengarah LGM Negeri Melaka Zainoddin bin Roji.

Dalam Majlis tersebut Megat memberitahu, Pengunaan Kad ini bertujuanmembantu dan memudahkan penyaluran bantuanatau subsidi dari kerajaan dan LGM jika ada.


Katanya, selain itu ianya juga bertujuan membantu mengelak kebocoran penyaluran bantuan serta data pekebun kecil getah dapat dikumpulkan.Menurut YB Datuk Hidhir sebanyak RM29.13 Bilion telah disumbangkan oleh industeri getah kepada pendapatan eksport Negara. Yb Datuk juga mengingatkan agar pekebun mengambil kesempatan diatas kenaikan harga getah sekarang dengan membuat simpanan.

Tiada ulasan: