Isnin, 18 Januari 2010

Derita gadis sakit saraf terbela.

Air Merbau-Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.Demikian lah penderitaan seorang gadis yang menggidap penyakit saraf sejak lebih dua bulan lalu.

Saleha 27,dari kampung Air Merbau,sebelum ini hanya dibantu ibunya jika mahu bergerak kemana-mana memandangkan  dia  tidak mampu bergerak dengan baik seperti dahulu.

Menurutnya,Jika dahulu boleh bergerak sendiri tetapi setelah lebih dua bulan mendapat tahu beliau mengidap penyakit saraf, sejak itu beliau menhadapai kesukaran untuk bergerak beliau kini dibantu oleh ibunya Pn Salbiah bt Jambak 67,seorang ibu tunggal menurut puan Salbiah beliau juga mempunyai penyakit maklumlah faktor usia kini.


Sehubungan itu,atas keperihatinan terhadap penderitaan dialami Saleha,Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir abu Hasan melalui Penghulu Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau. Lazan bin Ali bersama Pegawai Kebajikan Masyarakat(JKM) tampil ke rumahnya menghulurkan sumbangan kerusi roda.

Tiada ulasan: