Jumaat, 22 Januari 2010

Mohon Jabatan Pelajaran Negeri Segera Selesaikan Masalah-YB Datuk Hidhir

MERLIMAU - Ahli Undangan Negeri Merlimau,Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan mohon Jabatan Pelajaran Negeri mengeluarkan tawaran tander menguruskan Dewan Makan di Asrama Puteri SEkolah Menengah (SM) Dato' Abdul Rahman Yaakub.
       Beliau berkata,ia bagi membolehkan asrama memuatkan  kira-kira  200 pelajar perempuanitu digunakan selepas projek membangunkannya siap Julai tahun lalu.
"Selepas bangunan 2 block tiga dab empat tingkat ini siap sepenuhnya, Jabatan Kerjaraya(JKR) sudah menyerahkan bagunan asrama inipada bulan yang sama kepada Jabatan Pelajaran Negeri agar ianya boleh diduduki pelajar.
      "Bagaimanapun sehingga kini,Pelajar masih tidak dapat menduduki. Malah Kelengkapan seperti bekalan air,elektrik,katil,tilam dan sebagainya sudah tersedia serta hanya menanti  pelajar' katanya.
Menurutnya, Syarikat kontraktor terlibat turut menyediakan kelengkapan penting untuk dewan makan.

Kita hanya menunggu kelengkapan dapat digunakansupaya pemasalahan dapat dirujuk kepada syarikat kontraktor berkenaan memandangkan tempoh jaminan mereka selama setahunnaan masih ada, Kita bimbang , jika dewan  digunakan selepas setahun,pemasalahan terhadap projek opembvangunan asrama ini tidak dapat diselesaikan. ini kerana syarikat kontraktor tidak akan bertanggungjawab lagi memandangkan tempoh jaminan mereka sudah tamat"


Hadirsama dalam lawatan ini.Ahli Parlimen Datuk Wira Hj Ahmad bin Hj Hamzah,Jutera JKR Daerah Zulkefly bin Yahya dengan pegawai jabatan berkaitan.Selain itu Mohamad Hidhir  yang juga Exco  Kerajaan Negeri Melaka berkata,beliau turut menerima aduan ibubapa yang mahukan anak mereka tinggal di asrama.Asrama ini disediakan bertujuan membantu  penduduk yang menetap jauh seperti Semujuk, Batu Gajah,Umbai dan Sungai Rambai.

Tiada ulasan: