Isnin, 4 Januari 2010

Program mengusap kepala anak yatim dan sumbangan anak yatim dan fakir




Merlimau, Anak yatim dan fakir miskin kariyah Merlimau Pasir menerima sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan yang disampaikan oleh YB Datuk Mohamad Hidhir bin Abu Hasan Ahli Undangan Negeri Kawasan Merlimau.Program yang dibuat setiap tahun hasil sumbangan orang ramai dan YB sendiri ,menurut YB Datuk usaha membantu golongan yang kurang upaya ini akan terus dijalankan.Dalam Ucapan yang disampaikan Datuk Hidhir mengucapakan tahniah kepada Pengerusi dan Jawatankuasa Masjid Merlimau Pasir diatas keperihatinan dan kesungguhan membantu golongan yang memerlukan.




Menurut YB Datuk Kerajaan Negeri juga sentiasa Komited berbagai program telah dilaksanakan dalam usaha membantu menghapuskan kadar miskin tegar di Negeri Melaka, banyak bantuan-bantuan telah disalurkan agar golongan ini terbela, Justeru itu YB menyeru kepada masyarakat agar dapat melaporkan kepada Pengerusi JKKK jika ada terdapat masyarakat yang memerlukan bantuan.YB Datuk juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang dalam menjayakan program ini moga apa yang dilakukan ini mendapat keberkatan.Dalam program ini YB Datuk juga mengambil kesempatan mengusap kepala anak Yatim dan menyampaikan sumbangan.

Tiada ulasan: