Rabu, 13 Januari 2010

PROGRAM SAMBUTAN KENDURI RAKYAT 1 MALAYSIA PERINGKAT DUN MERLIMAU.

Merlimau.Program sambutan kenduri rakyat 1 Malaysia peringkat DUN Merlimau mendapat sambutan dari masyarakat berbilang bangsa, Program yang dirancang khas oleh Y,A.B Datuk Seri Hj Mohd Ali Bin Rustam Ketua Menteri Melaka. Program yang dirangka ini akan dibuat keseluruh DUN dan Merlimau merupakan DUN yang pertama melaksanakannya.Menurut YB Datuk Mohamad Hidhir Ahli Undangan Negeri Kawasan Merlimau menjelaskan di bawah pentadbiran Kerajaan BN banyak kemudahan dan bantuan telah diberi kepada golongan yang kurang kemampuan bagi menghapuskan kadar miskin tegar yang ada di Merlimau.

YB juga menasihatkan agar masyarakat tidak seharusnya memberi maklumat yang salah bertujuan  untuk mengambil kesempatan diatas kebaikan yang diberikan oleh Kerajaan.Memberi maklumat yang salah itu merupakan kesalahan yang tidak bertanggungjawab.Untuk bantuan kebajikan saja menurut YB semua kaum mendapat layanan yang sama sesuai dengan komsep 1 Malaysia yang di kehendaki oleh Perdana Menteri di mana "Rakyat didahulukan Pencapaian di utamakan"

Kerajaan yang di perintah oleh BN hari ini cukup jelas memberi keutamaan kepada rakyat tanpa mengira bangsa atau kaum.600 orang hadir dalam program kenduri rakyat 1 Malaysia program yang di ilhamkan oleh Y.A.B Ketua Melaka ini merupakan pentas terbaik untuk pemimpin bersama rakyaat disamping dapat menjelaskan kepada masyarakat mengenai isu-isu semasa yang berlaku pada hari. Semua YB ADUN hadir dalam program tersebut.

Tiada ulasan: