Isnin, 5 Januari 2009

Pelajar IPT Sambut Baik Program Satu Rumah Satu Kaunselor Berjaya

Program Satu Rumah Satu Kaunselor anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau baru-baru ini berjaya memberi pendedahan dan ilmu pengetahuan kepada para peserta yang kebanyakkannya terdiri daripada pelajar sekolah dan penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Pengerusi Program, Suhaimi Ahmad berkata, walaupun penyertaan tersebut dibuka kepada orang ramai, namun sambutan yang diterima daripada kalangan para pelajar dan penuntut IPT amat memberangsangkan.

“Memandangkan program yang dianjukan ini dibuat semasa musim cuti persekolahan lalu, maka ramai di kalangan pelajar sekolah dan peserta turut serta dalam program ini,” katanya.

Menurut penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM), Suhaila Ngadmid, 20, banyak ilmu pengetahuan baru berjaya diperolehi setelah menghadiri sesi ceramah yang diadakan selama dua hari ini.

“Saya berasa sangat seronok kerana ilmu sebegini jarang diperolehi dan penganjuran program seperti ini seharusnya disertai oleh ramai lagi pelajar sekolah memandangkan ia boleh dimanfaatkan semasa dirumah mahupun di sekolah.

“Selain ia juga bertujuan mengisi masa lapang saya memandangkan saya tidak mempunyai sebarang aktiviti semasa dirumah,” katanya.

Seorang lagi peserta, Nur Nadia Mohd Jalani, 18 merasakan amat bertuah kerana banyak informasi dan pengalaman baru berjaya dikutip sepanjang menghadiri program sebegini.

“Ia merupakan sebuah pengalaman yang amat menarik sepanjang cuti semester ini dan pengalaman ini akan saya ceritakan kepada rakan-rakan apabila semester baru dibuka kelak,” katanya.

Tiada ulasan: