Khamis, 22 Januari 2009

KP (EPU) Lawat Projek Ternakan Ikan Siakap

Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob hari ini mengadakan rangka lawatan ke projek ternakan ikan Siakap diusahakan Kerajaan Negeri.

Projek ternakan ikan Siakap di Zon Industri Akuakultur (ZIA) Sempang Merlimau, di sini menelan kos RM2.14 juta.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Rosmawati Ghazalie berkata, lawatan itu adalah untuk melihat pengembangan ZIA di kawasan berkenaan.

Menurutnya, kos kolam yang ditanggung Jabatan Perikanan Negeri itu, di mana tahun 2006, sejumlah RM5 juta diperuntukkan untuk sistem pengambilan air, elektrik, mekanikal dan ukur halus.

Menurutnya, selain itu, kos berkenaan juga digunakan untuk pembangunan projek membina dua buah kolam ternakan.

"Pada tahun 2007 pula sejumlah RM1.14 juta diperuntukkan untuk pembinaan lima buah kolam ternakan, sebuah kolam takungan dan kolam rawatan," katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI) ketika ditemui di Sebatu Merlimau, dekat sini hari ini.

Rosmawati berkata, manakala tahun 2008 pula sejumlah RM5 juta lagi diperuntukkan untuk tambahan projek crusher run atas intermediate ban (ban antara kolam).

Katanya, kedua, tambahan tambakan pada jalan ladang dari 3m kepada 5m dan penambahan tanah merah dasar kolam takungan, selain pembekalan benih ikan marin bagi pusingan pertama.

Jelas Rosmawati, projek yang dimulakan sejak empat bulan lalu bakal mendatangkan hasil pertamanya yang mencecah nilai RM75,000.

Menurutnya, kolam ikan seluas 0.3 hektar itu telah mengeluarkan hasil sebanyak satu tan ikan Siakap yang dibeli syarikat pemborong dari Johor.

Tiada ulasan: