Selasa, 3 Jun 2008

Hari Bertemu Pelanggan Agensi Pertanian

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) akan mengadakan "Hari Bertemu Pelanggan" pada 10 Jun depan dalam usaha meningkatkan kualiti dan kefahaman kepada masyarakat. Program ini akan dimulakan pada jam 9.00 pagi dan akan diadakan di tempat letak kereta Graha Peladang, Jalan Hang Tuah. Dijangkakan lebih 1000 orang yang terdiri dari orang awam dan para peladang akan menghadiri program itu nanti. Antara tetamu kehormat yang akan hadir pada program itu nanti adalah Ketua Pengarah LPP, Datuk Abdul Rahim Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan.
Antara objektif program ini adalah untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat serta ahli-ahli peladang mengenai peranan, tugas dan tanggungjawab LPP, PPN dan PPK. Program ini akan menjadi saluran dua hala yang dapat merapatkan lagi hubungan antara LPP, PPN dan PPK kepada masyarakat. Program ini juga dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk mengemukakan pertanyaan, aduan, cadangan dan komen-komen mengenai perkhidmatan yang diberikan. Diharapkan orang ramai akan mengambil peluang untuk menghadirkan diri dalam program ini.

Tiada ulasan: