Sabtu, 3 April 2010

Merasmikan Program Krusus Haji Dan Hajjah DUN Merlimau.

MERLIMAU- 3 Mac seramai 250 orang bakal haji dan hajjah menamatkan krusus Haji yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Mohamad Hidhir bin Abu Hasan Ahli Undangan Negeri Kawasan (ADUN) di Masjid Asy-Syujaah Merlimau Utara hari ini.

    Krusus haji ini telah dibimbing oleh Utaz Abu Bakar bin Md Nor dar Jabatan MAIM Negeri Melaka. Dalam ucapan yang disampaikan oleh YB Datuk mengharapkan peserta dapat memfaatkan ilmu yang telah diajar dan dapat menunaikan ibadah haji dengan baik dan sempurna.

  Ujar YB, alhamdulillah kita semua adalah antara yang terpilih untuk menjadi tetamu Allah bila tiba musim haji nanti, justeru itu YB Datuk menasihatkan agar peserta dapat menjaga kesihatan agar tidak menghadapi kesukaran bila masa untuk menunaikan haji. Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kerana Kerajaan Negeri Melaka dapat mengatur lebih awal krusus haji ini. Menurut YB Datuk saban tahun jumlah Jemaah Haji dan Hajjah semakin bertambah ini menunjukan pendapatan individu begitu baik dan mempunyai kemampuan untuk mengerjakan haji.


  Kerajaan Malaysia sentiasa berurusan bersama kerajaan Arab agar kouta bakal haji dan hajjah dapat ditambah, melalui Tabung Haji yang sentiasa membaiki atau menambah pasarana untuk jemaah haji Malaysia. ini membuktikan Kerajaan Malaysia sentiasa perihatin agar jemaah haji Malaysia berada dalam keadaan selesa semasa mengerjakan haji.YB Datuk menasihatkan agar jemaah haji Malaysia dapat menjaga Imej negara semasa berada disana ini amat penting kerana pada hari ini Kerajaan Arab Saudi telah mengiktiraf jemaah Malaysia merupakan antara yang terbaik dari segi displinnya.Oleh itu Jemaah Haji dikehendaki sentiasa menggingkut arahan pertugas semasa berada disana.

Tiada ulasan: