Rabu, 31 Mac 2010

AYER KEROH- 30 Mac Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali bin Rustam melihat model ekonomi baru(MEB)yasng diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sesuatu yang melegakan semua pihak.

Beliau berkata,MEB yang dilaksanakan itu jelas selari misi kerajaan dalam mengutamakan rakyat dan pencapaian serta bersifat 1 Malaysia.

Mungkin masyarakat Bumiputra sebelum ini ada yang berfikir bahawa model ini akan menyesihkan keistimewaan mereka, tetapi ianya jelas tidak menjejaskan kelebihan sesuai dengan selogan kerajaan, katanya selepas merasmikan penutup Krusus Kewangan disalah sebuah hotel di sini.

  Hadir sama,Pegawai Kewangan Negeri,Datuk Naim Abu Bakar dan Pengarah Audit Negeri Merangkap penceramah Krusus ,Abid Abdul Jalil.Krusus sehari anjuran Jabatan Kewangan dan Pembendaraan Negeri itu diadakan untuk Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) dan setiausaha Jawatankuasa Negeri (JAPERUN).

  Mohd Ali berkata, MEBboleh juga dirumuskan sebagai satu usaha mendidik rakyat untuk tidak mengharasubsidi daripada kerajaan. "perkara -perkara kurang mustahak patut dikurangkan bagi membantu kerajaan dalam membelanjakan wang rakyat dengan betul.

  Namun ia perlu ada penjelasan lanjut jika tidak rakyat tidak akan faham dan sukar untuk menerima Model Ekonomi bari ini.

Tiada ulasan: