Isnin, 26 April 2010

Larian Baton SUKMA di Merlimau.

MERLIMAU-Larian Baton SUKMA ke -13, tiba di Dewan Undangan Negeri
9DUN)Merlimau, Dekat sini semalam.
   Larian ini dirasmikan Ahli undangan Dewan Kawasan Merlimau Datuk Mohamad Hidhir bin Abu Hasan,
  Larian sejauh 18 Km peringkat ke -14 itu bermula di Padang Merlimau Point dan berakhir di Makam TunTeja.Kira-kira 2000 orang terlibat dari berbagai-bagai bangsa termasuk murid-murid sekolah rendah yang menanti di hadapan sekolah melambai dengan memegang bendera kecil.Larian diserikan lagi dengan kehadiran 2 Maskot SUKMA bersama -sama dalam larian tersebut.
  Jam 11.45 pg larian berakhir di Makam TunTeja,di Check Point terakhir peserta larian menyambut Baton SUKMA. sambutan yang agak berbeza dimana peserta menyambutnya dengan berkain pelekat, gelagat mereka mendapat tepukan gemuruh dari masyarakat yang menanti di chek Point terakhir dengan YB Datuk Mohamad Hidhir berlari sambil memegang Baton hingga ke distinasi terakhir.Dalam ucapan yang disampaikan oleh YB Datuk Mohamad Hidhir, mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang terlibat dalam menjayakan Larian Baton peringkat ke -14 DUN Merlimau.

  Di akhir ,cabutan no bertuah diadakan antara hadiah yang diberikan TV Palsma 29 inci, 2 basikal dan 10 hamper.Hadir di majlis tersebut YB Hasan bin Rahman ADUN Sungai Rambai, YB Datuk Ghazali bin Mohamad ADUN Serkam, Tn Murad bin Husein YDP MPJ dan Tn Roslan bin Eusoff tuan pegawai Daerah dan Pengarah Majlis Sukan Melaka. 





Tiada ulasan: