Rabu, 28 April 2010

Rebut peluang hadir kelas percuma.

Chinchin-Ibubapa mahupun penjaga digalakan menghantar anak mereka ke kelas tambahan percuma oleh RISDA Melaka khususnya bagi pelajar diliar bandar.
    Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan dan Pertanian, Datuk Mohamad Hidhir bin Abu Hasan berkata,ibubapa perlu bijak merebut peluang memandangkantidak semua tempat menyediakan kelas tambahan secara percuma.
    Menurutnya, Kelas tambahandisediakan RISDA melaka melalui peruntukan sebanyak RM12,000.00 membolehkan pelajar bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia menambah ilmu melalui tenaga penganjar yang berpengalaman.
    "Ibubapa perlu memberi perhatian terhadap pembelajaran anak boleh membolehkan  mereka mencapai kecermelangan,seterusnya membela nasib keluraga dimasa hadapan.
    "Peranan ibu bapa amat besar kerana mereka perlu mengutamakan pendidikan anak-anak, jika kekurangan wang bagi menampung kos kelas tambahan,ibu bapa boleh menghantar anak merekake kelas tambahan disediakan pihak sekolah"katanya semasa majlis pelancaran tuisyen Desa anjuran risda di Balairaya Kg Chinchin.
    Menurut Hidhir yang juga Ahli Undangan  Negeri Merlimau,Ibu bapa tidak seharusnya melibatkan politik dalam pendidikan anak-anak mereka tetapi harus memberi galakan dan  sokongan serta galakan  untuk mereka turut serta dalam kelas tambahan yang disediakan.  bukan saja dibuka kepada
    "Kelas Tambahan ini bukan saja dibuka kepada satu kaum saja, bahkan kaum lain juga  yang berminat turut boleh menyertai kelas tambahan iniyang sudah bermula awal tahun ini"
   

Tiada ulasan: