Isnin, 12 April 2010

Majlis Pelancaran Tuisyen RISDA Kg Chinchin.

CHINCHIN-Anak pekebun kecil getah  Kg Chinchin dan kawasan yang berhampiran menikmati skim tuisyen percuma dari pihak RISDA. Pihak RISDA mengambil ansetif untuk membantu anak pekebun kecil getah meningkatkan pelajaran dengan mengadakan kelas tuisyen ini, Pihak RISDA juga melantik 4 tenaga pengajar dalam berbagai subjek.Pekebun kecil getah menyambut baik usha yang telah dilakukan oleh pihak RISDA dalm mengubah taraf hidup pekebun kecil ini.
   Dalam ucapan perasmian yang disampaikan oleh YB Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan,mengucapkan terima kasih kepada pihak RISDA, kerana perihatin dalam soal pendidikan anak pekebun kecil getah. Yb Datuk juga menasihatkan kepada ibubapa supa menekankan soal pendidikan pada anak-anak kerana ini amat penting menurut beliau lagi untuk mewujudkan sebuah negara maju ianya harus seiring dengan ilmu pengetahuan.
   Dalam meningkatkan soal pendidikan Pihak RISDA telah pun memperuntukan  sebanyak RM10 ribu ringgit setahun,melalui Kerajaan negeri juga peruntuk untuk tuisyen saja bagi setiap sekolah kerajaan negeri telah memperuntukan sebanyak RM 1,500.00 hingga RM3,000.00.Kesungguhan berbagai pihak dalam meningkatkan atau menambak pelajar mendapat keputusan cemerlang begitu jelas.Ujar YB Datuk dalam soal Pendidik Kerajaan tidak pernah membezakan bangsa atau fahaman politik, kesama rataan tetap diberi agar semua pihak dapat menikmatinya

Tiada ulasan: