Jumaat, 9 April 2010

Program Tqaruub mendekatkan pemimpin bersama masyarakat.

AIR MERBAU- Program Taqaruub yang dilaksanakan oleh JASA mampu merapatkan pemimpin dengan masyarakat, ini terbukti setiap kali program ini dilasankan ianya akan memberi kesempatan kepada masyarakat akar umbi untuk bertemu dengan pemimpin cara bersantai.
  Pendekatan ini adalah cara terbaik masyarakat diakar umbi dapat mendengar mengenai apa saja isu yang ada mahu pun Politik dan isu semasa yang dimainkan oleh pihak pembangkang  yang sentiasa menyebarkan maklumat yang salah kepada masyarakat lebih-lebih lagi menjelangnya PRU 13 ini.

  "Ujar YB ADUN, amatlah penting kita mengekalkan kestabilan Politik yang ada di bawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional(BN). Dari segi pambangunan kerajaan tidak pernah memingir masyarakat diluar bandar ini terbukti bila bebarapa projek besar akan dilaksanakan di Kg Air Merbau, Projek akan akan dilaksanakn  tidak lama lagi, semua projek ini akan meransang ekonomi masyarakat setempat dan juga kerajaan negeri, ujar YB Adun masyarakat  harus pandai mengambil peluang agar kemajuan yang dinikmati dapat dirasi oleh semua masyarakat. Hadir sama dalam Program tersebut En Zakaria bin Abd Hamid Peg. JKKK Air Merbau dan Jawatankuasa, Sdr Suhaimi bin Ahmad Ketua pergerkan Pemuda UMNO Air Merbau,Pn Noraini bin Ibrahim Ketua Wanita UMNO, En Razali bin Md Lizat Pegawai JASA DUN Merlimau dan Utz Hairol bin Madon selaku penceramah dalam program tersebut.

Tiada ulasan: