Rabu, 24 Mac 2010

AIR MERBAU-500 tetamu hadir dalam majlis makan malam sempena ulang tahun tokong cina Jasin Lalang yang dianjurkan oleh jawatankuasa tokong Jasin Lalang.Berbagai-bagai persembahan telah diadakan dan majlis penyampaian sumbangan kepada pelajar cemerlang SRJKC Jasin Lalang.

     Dalam ucapan yang disampaikan oleh Y B Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan Ahli Undangan Negeri Kawasan (ADUN) Merlimau.mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Tokong Jasin Lalang kerana berjaya melaksanakan majlis makan malam ini dan dapat mengumpul rakan-rakan lama dalam satu majlis.

  Menurut YB Datuk, dari segi pembangunan Air Merbau akan menerima limpahan yang besar kesan pembangunan yang akan dilaksanakan dikawasan yang berhampiran jelas YB Datuk beberapa projek pembangunan telah pun mendapat kelulusan dan akan dilaksana tidak lama lagi, Bandar Bistari dan projek leburaya dari Air Keroh melalui kg Air Merbau hingga ke Tangkak.

   Kesannya cukup besar bila semua projek ini siap akan menyumbang dari segi ekonomi kepada penduduk setempat justeru itu penduduk harus pandai mengambil peluang yang ada ini agar kemajuan yang ada dapat dinikmati oleh semua kaum.Menurut YB Datuk, semua kemajuan ini tidak akan dilaksanakan atau dijalankan jika kerajaan yang memerintah hari ini tidak stabil oleh itu menurut YB Datuk amat penting agar kita memberi sokongan yang padu kepada kerajaan BN,kestabilan politik dan pepaduan yang ada pada hari ini lah kerajaan dapat melaksanakan segala projek pembangunan untuk rakyat tanpa masalah.

  Menurut YB Adun kerajaan tidak pernah meminggir masyarakat diluar bandar, berbagai usaha yang telah dibuat oleh kerajaan pada hari ini untuk memastikan masyarakat luar bandar dapat menikmati kemajuan yang sama oleh masyarakat bandar oleh soal pendidikan amat penting untuk melahirkan sebuah negara yang maju rakyatnya harus mengusai ilmu, diakhir penutupan ucapan YB ADUN telah menyampaikan sumbangan RM5 ribu ringgit untuk PIBG sekolah SRJKC Jasin Lalang kepada pengerusi PIBGnya En Chong Hai Kian dan sumbangan RM 1ribu ringgit untuk majlis tersebut.

Tiada ulasan: