Isnin, 22 Mac 2010

Khazanah Berharga Di Hutan Rekreasi Bukit Batu Lebah.

JASIN-21 mac, Kawasan hutan simpan kekal hendaklah dipelihara dan dikekalkan sebagai hutan perlindungan bagi menjaga kelestarian kelpelbagaian biologi hutan sekaligus mengagalakkan sektor eko-pelancongan

.      Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Berkata hutan simpanan kekal mempunyai nilai-nilai tidak ternilai antaranya seperti sungai, air terjun, jeram pembentukan batu yang  unik termasuk flora dan fauna.Nilai-nilai seperti itu serta panorama semulajadi yang indah  menjadi daya tarikan utama sebagai destinasi pelancong tempatan dan pelancong asing. Kata Beliau.

   Ketua Menteri Melaka berkata demikian di Majlis perasmian Hutan Rekreasi Bukit Batu Lebah,Sempena hari perhutanan sedunia ke -39 peringkat Negeri Melaka 2010,Teks ucapan beliau dibaca oleh Pengerusi Jawatankuasa Negeri,Pembangunan Desa dan Pertanian, Datuk Mohamad Hidhir bin Abu Hasan.

  Justeru, Kerajaan negeri Melaka menyedari bertapa, pentingnya sumber hutan negeri perlu dijaga bagi mengekakalkan peranannya ke arah kesejahteraan sejagat. Ketua Menteri menjelaskan, Kerajaan amat perihatin serta mengalu-galukan mana-mana agensi berkaitan perhutanan dan NGO perlu mempertingkan kerjasama dalam usaha mempromosikan secara aktif kesedaran pemuliharaan kepada komuniti.

  Selain itu akbar cetak dan elektronik turut memainkan peranan dalam usaha menyedarkan orang ramai mengenai pemuliharaan  hutan simpan dan alam sekitar.Pada masa sama katanya kerajaan negeri mengambil langkahserius terus memelihara pokoko-pokok tua dan di sampingitu pihak berkuasa tempatan juga diminta sentiasa mengawal pencerobohan hutan simpan dantanah kerajaan negeri ini.

  Beliau yakin hutan rekreasi Bukit Lebah berpontensi untuk dimajukan dan dipertingkatkan kemudahan memandangkan kekayaan khazanah semulajadi untuk menarik lebih ramai berkunjung kesini.




Tiada ulasan: