Jumaat, 12 Mac 2010

Kunjung Hormat Pemuda DUN Merlimau Dan Jawatankuasa

KG TERSUSUN- Kunjungan hormat Pergerakan Pemuna UMNO DUN Merlimau dan Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Jasin ke kediaman YB Datuk Mohamad Hidhir malam tadi mengeratkan lagi tali silaturahim antara pemimpin dan akar umbi.

YB Datuk yang kelihatan sihat dari keluar Hospital Putra baru lalu menyambut kunjungan pemuda kerumah beliau.Program dimulakan dengan bacaan doa selamat dan ramah mesra. YB Datuk dan keluarga mengucapkan jutaan terima kasih keatas keperihatinan Pergerakan Pemuda DUN dan barisan kepimpinan Bahagian yang diketui oleh sdr Zaidi bin Atan.

Menurut Sdr Ismail bin hj Ibrahim program yang dilakukan ini di bawah biro Agama Pemuda DUN akan diteruskan lagi bagi kerana program seumpama ini mampu memupuk semangat yang baik antara pemimpin dan akar umbi serta dapat bertukar-tukar fikiran.

hadir sama dalam program tersebut
Sdr Zaidi bin Atan                           Kp PPUBJ
Sdr Ismail bin hj Ibrahim                 Pengerusi Penyelaras Pemuda DUN Merlimau.
Jezlee bin Pit                                  SU PPUBJ
Azmi  bin Mahmud                          Penghulu DUN Rim
Barisan Jawatankusa PPUBJ.

Tiada ulasan: