Rabu, 31 Mac 2010

Pasar Tani tetap beroperasi 24 jam.

MASJID TANAH-Kerajaan Negeri menerusi Lembaga Pemasangan Pertanian Perseketuan (Fama) mencadang mewujudkan lokasi pasar tani tetap bagi memberi kemudahan kepada petani untuk memasarkan hasil secara terus.

  Pengerusi Jawatankuasa Negeri, Pembangunan Desa dan Pertanian , Datuk Mohamad Hidhir berkata,pasar tami yang bakal diwujudkan itu akan ditempatkan di lokasi terpilih dan akan beroperasi 24 jam. setakat hari ini bebrapa negeri telah melaksanakan konsep tersebut ternyata terbukti memberi kesan positif dikalangan petani memasarkan produk mereka denganharga berpatutan.

  FAMA sedang merancang mendapatkan kawasan sesuai dan setakat ini.satu kawasan telah dicadangkan disungai Udang.Kita merancang sekurang-kurangnya sebuah pasar tani sebegini sdelain pulahan pasar Tani yang aktif beroperasi di Negeri ini secara berjadual"katanya ketika merasmikan Karnival sambutan ulang tahun ke 25 pasar tani peringkat negeri Melaka di tapak pasar tani mega diseni.

  Mohamad Hidhir berkata, tujuan pelaksanaan karnival berkenaan bgi mengaktiraf dan menghargai usahwan pasar tani selain mengadakan beberapa program kecerian membabitkan Fama ,Usahawan pasar tani itu sendiri, penghujung dan masyarakat.

   "Keberkesanan pasar tani ini mampu memastikan bekalan hasil pertanian mencukupi dan dapat meluaskan pasaran hasil pertanian disamping menperkuatkan kuasa tawar menawar.Ia juga dapat mengurangkan pengantungan pengeluar kepada orang tengah serta pengurangan kos  margin pasaran. Pasar tani dilihat mampu menyerap krisis barangan keperluan harian serta mengatasi masalah buah-buahan bermusim.

  "Ini juga sebagai medan untuk memperkenalkan barangan keluaran tani dan barangan keluaran baru."disamping itu juga ia mengalakan petani menceburkan diri dalam bidang perniagaan,setakat ini terdapat 19 buah pasar tani di bawah Fama seluruh Negeri 5 daripadanya beroperasi setiap hari.

Tiada ulasan: