Khamis, 10 April 2008

Projek Ternakan Babi RM100juta.

YB Datuk Mohd Hidhir bin Abu Hassan, Adun Merlimau merangkap Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa dan Pertanian membantah penuh kerajaan Selangor yang ingin mewujudkan ladang ternakan babi bernilai RM100juta. Menurut beliau lagi, projek ini akan hanya menyusahkan rakyat. Pelbagai masalah seperti pencemaran bau dan udara akan timbul. Selain itu, pelbagai penyakit yang boleh dibawa oleh babi akan membahayakan kesihatan rakyat. "Sekiranya kerajaan Selangor benar-benar ingin membangunkan projek ini, kita berharap agar kerajaan Selangor dengan berbesar hatinya akan menerima ternakan babi dari Melaka ini untuk dipindahkan kesana" katanya. Rakyat negeri Selangor akan terus menjadi mangsa kerakusan kerajaan pakatan rakyat untuk mengaut keuntungan hasil dari projek ternakan babi ini tanpa memikirkan kehendak rakyat.

3 ulasan:

AWANBIRU berkata...

Assalammualaikum YB

Nak tanya apa komen YB tentang pendedahan yang dibuat oleh Malaysiakini dan The Star seperti dibawah ini?


Babi: Bumiputera, wakil Umno terlibat
Apr 14, 08 12:35pm
kemaskini 2:19pm Syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno "di belakangnya", kata seorang pemimpin MCA.

Syarikat tersebut, yang terlibat dalam satu usahasama, bercadang menggunakan wang - dilaporkan menelan belanja RM100 juta - daripada sumber-sumber dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Mendedahkan perkara itu kepada satu sidang media hujung minggu lalu, ketua biro pertanian tradisi MCA Datuk Dr Lee Chong Meng berkata syarikat bumiputera itu berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut.

Akhbar The Sun hari ini yang mengutip laporan The Oriental Daily kelmarin menyebut, wakil rakyat BN-Umno bagi kerusi Tajung Sepat, Datuk Karim Mansor, bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara untuk melihat teknologi tersebut.

Karim antara pemimpin Umno yang lantang membantah isu itu di akhbar-akhbar berbahasa Melayu minggu lepas.

selangor pig farmSementara ketua kampung di Ladang Tumbuk - tempat projek itu diadakan - turut menyertai bantahan projek tersebut di depan bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam.

Rabu lalu, 200 penduduk kampung di sekitar Sepang mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai membantah projek berkenaan.

Dr Lee berkata beliau mengetahui segala-galanya tentang projek tersebut "seperti tapak tangannya sendiri" kerana terlibat sendiri dengan semua mesyuarat berhubung perkara tersebut.

Menteri besar Selangor waktu itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sendiri telah meluluskan projek pemindahan 132 ladang babi ke projek tersebut, kata Dr Lee, melalui dua ahli exco kerajaan negeri Datuk Ch'ng Toh Eng dan Datuk Tang See Hang.

Dr Lee menambah, sebelum pembubaran parlimen, kerajaan Selangor bawah pentadbiran BN meluluskan projek tersebut dan Karim sendiri menyokong projek tersebut.

Ketua biro MCA itu kesal kerana Karim, yang juga bekas setiausaha politik Dr Mohamad Khir, dan ketua kampung itu sanggup membantah projek tersebut semata-mata kerana kepentingan politik.

Karim, dihubungi Malaysiakini hari ini, menafikan beliau membantah projek tersebut.

Sementara itu sumber-sumber PKR memberitahu, risalah-risalah penerangan tentang isu tersebut - termasuk maklumat yang didedahkan oleh MCA ini - akan diedarkan kepada penduduk Selangor.

PAS sebelum ini dilaporkan akan menemui rakyat Selangor untuk menjelaskan isu tersebut yang mendapat liputan meluas - yang membawa kesan negatif kepada pentadbiran Pakatan Rakyat - di akhbar-akhbar berbahasa Melayu selama beberapa hari minggu lepas.

rakyat berkata...

Assalammualaikum YB
saya berasa anda hanya menjaga kepentingan parti kamu saja, kenapa saya berbahas sedemikian, sebagai seorang pemimpin yang berilmu mesti mempunyai pemikiran seperti kata-kata yang berikut:

1. Kerajaan selangor berbuat demikian kerana dapat menggurangkan jumlah ladang-ladang ternakan yang sah atau tidak yang diusahakan selama ini di seluruh negeri-negeri dalam Malaysia. Secara tidak langsung negeri-negeri lain bebas dari urusan tadbir selia khinzir.
2. Dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Seperti kita semua sedia maklum bahawa pencemaran dari najis khinzir ini adalah amat berat dan kritikal ketika ini. Oleh itu dengan cara moden dan berpusat dapat mengurangkan pencemaran di negeri lain samada pencemaran air atau bau.
3. Pelaksanaan projek ini juga dapat mengurangkan wabak penyakit berkaitan dari hal khinzir seperti JE (Virus Nipah) kerana ianya hanya akan melibatkan satu sahaja kawasan kerana mengambi kira sistem berpusat yang dilaksanakan. Secara tidak langsung kawalan penyakit dari binatang ternakan berkenaan tidak merebak ke negeri-negeri lain. Hanya tertumpu pada satu kawasan sahaja.
4. Hasil penternakan ini hanyalah untuk keperluan penduduk bukan Islam di dalam Malaysia sahaja dan bukan untuk dieksport. Alasannya adalah mudah, kerana ia dapat dikawal jumlah ternakan mengikut permintaan tempatan.
Kat Melaka , apa yg kerajaan melaka telah buat???

Akhirnya, saya berasa kecewa kerana YB tidak berfikiran matang, membantah semata-matanya kerana kerajaan selangor bukan daripada UMNO. Saya berasa saya sudah tersalah mengundi YB.

belo berkata...

salam sejahtera YB,

saya masih tergelak kecil membaca kenyataan YB..sama seperti YB Adun Sg Rambai..tiada bezanya..tapi YB lebih kebudak-budakkan dari YB Sg Rambai..

sila baca komen saya di blog YB Sg Rambai..

janganlah memberi ulasan yang membuta tuli..ops!bukan buta tuli..celik tuli!!

mengapa saya berkata begitu?YB mempunyai penglihatan yang sangat baik..tapi telinga YB terlalu dan sengaja ditulikan oleh dinding ego yang sgt tebal..

admit sahajalah yang perusahaan babi di melaka tidak berjaya dan tidak mesra alam...kerajaan melaka sudah beri 'hadiah' terlebih dahulu pada rakyatnya...pengusaha babi tidak diberi tunjuk ajar dengan kaedah yang betul..tiada penambahbaikkan selain dari menutup 2 dari kandang babi dan mengurangkan jumlah babi yang ada..itu sahaja kejayaan yang ditempa..

apa salahnya berganding bahu bersama kerajaan selangor untuk mengaplikasi kaedah pemodenan penternakkan babi itu untuk menjamin masalah amalam sekitar yang berlaku di melaka..ambil yang positif..bukannya menghentam!!

haha..geli hati saya..senang sungguh cadangan YB apabila meminta kjaan selangor menerima babi-babi dari melaka..bijak sungguh mentaliti kamu..emosi terganggu ke YB?

kalau YB rasa melaka perlu bersih dari babi,arahkan sahaja tutup semua ladang ternak babi di melaka..barulah YB layak untuk menghukum kerajaan negeri selangor berkenaan perusahaan babi..

inilah orang kata,kuman di tengah laut nampak,bangkai gajah di depan mata buat dek shj...

moral:bersihkan diri sendiri dahulu baru boleh kita mandikan orang lain.