Rabu, 9 April 2008

Pertanian Sumber Pendapatan

Adun kawasan Merlimau, YB Datuk Mohd Hidhir Bin Abu Hasan menyeru penduduk di Jasin agar menjadikan pertanian sebagai salah satu sumber pendapatan. Menurutnya lagi, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan dari segi subsidi, institusi pinjaman dan latihan khas untuk para petani meningkatkan hasil pengeluaran mereka. Banyak kawasan-kawasan lapang dikawasan ini yang boleh diusahakan sebagai kawasan pertanian kormesial. Dengan bertani, ekonomi penduduk setempat juga dapat ditingkatkan. Selaku Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa Dan Pertanian Melaka, beliau berharap agar penduduk di kawasan Jasin ini akan dapat memanfaatkan segala bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan dan dapat menuju kearah pembentukan Jasin sebagai kawasan pertanian.

Tiada ulasan: