Selasa, 29 April 2008

Majlis Kesyukuran Kemenangan BN Di Dun Merlimau

Lebih 200 pemimpin masyarakat dan penduduk dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau menghadiri majlis kesyukuran, bacaan yassin dan tahlil di atas kemenangan Barisan Nasional (BN) peringkat Dun Merlimau. Majlis yang diadakan di Kompleks Japerun Dun Merlimau itu adalah bagi melahirkan rasa kesyukuran atas kemenangan wakil rakyat kawasan berkenaan, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan dalam pilihanraya ke-12. Menurut Datuk Mohamad Hidhir, majlis ini adalah sebagai tanda terima kasih dan rasa syukur beliau dan kerajaan khususnya kepada penduduk di Dun Merlimau kerana terus menyokong kerajaan. "Saya berharap masyarakat di kawasan Dun Merlimau akan terus bersatu padu. Dengan bersatu padu ini juga kita dapat menikmati kehidupan dengan lebih tenang sepanjang masa," katanya. Majlis kesyukuran ini dimulakan dengan solat maghrib berjemaah dan disusuli dengan bacaan surah Yassin , tahlil dan solat Isyak sebelum semua tetamu menikmati jamuan makan malam.

Tiada ulasan: