Masyarakat di negeri ini diseru sentiasa mengukuhkan perpaduan dengan mengekalkan keharmonian yang sedia ada demi memastikan negeri ini terus makmur dalam pelbagai bidang. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan berkata, masyarakat juga perlu memupuk semangat tolong menolong sesama mereka kerana ia merupakan asas kepada kekuatan perpaduan yang disemai.
Menurutnya lagi, masyarakat diingatkan supaya sentiasa peka dengan keadaan dan isu semasa yang berlaku sekeliling mereka bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diinginkan. Ini termasuk bagi memastikan anak-anak tidak mudah terjebak dengan salah laku sosial yang kian menular sejak akhir-akhir ini," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Mohamad Hidhir turut memuji langkah dan usaha yang diambil oleh Jabatan Penyiaran dengan menganjurkan program Pentarama di kawasan luar bandar. Menurutnya lagi, program yang dianjurkan amat baik dan bertepatan pada masanya kerana disamping memberikan hiburan, ia juga turut memberikan maklumat dan mesej yang berguna kepada rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan