Selasa, 29 April 2008

Ladang biak baka kambing boer berpotensi maju


Ladang ternakan biak baka kambing Pertubuhan Peladang Negeri Melaka Selandar yang mula beroperasi pada September 2007 kini telah menghasilkan baka kambing berkualiti. Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa dan Pertanian, Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan berkata sebanyak 320 ekor kambing jenis Boer yang terdapat dikawasan berkenaan. Menurutnya, kerajaan negeri sedang berusaha menjadikan Pertubuhan Peladang Negeri sebagai pembekal utama baka kambing boer kepada usahawan ternak kambing di seluruh negeri. Harga seekor kambing boer bernilai antara RM600 hingga RM800 seekor berbanding di luar negara bernilai RM 1500. Kerajaan negeri berharap dengan terlaksananya projek ini akan dapat mengeluarkan baka kambing yang berkualiti untuk usahawan peladang selain menjana pendapatan yang baik sekaligus melahirkan usahawan yang berkualiti dalam bidang ternakan pada masa akan datang.

Tiada ulasan: