Kerajaan negeri mencadangkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri menubuhkan koperasi Pasar Tani dalam usaha membantu peniaga meningkatkan mutu perniagaan masing-masing. Selain itu, kewujudan koperasi itu akan dapat membantu peniaga membuat pinjaman sekiranya kekurangan modal untuk mengembangkan perniagaan mereka.
Jesteru, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meminta FAMA negeri membuat kajian segera terhadap cadangan berkenaan sebelum keputusan mengenainya dapat dilaksanakan. Katanya penubuhan koperasi ini kelak akan membolehkan peniaga membuat pinjaman tanpa dikenakan syarat yang ketat, asalkan mereka memenuhi segala kriteria yang ditetapkan. "Saya yakin jika ini dapat dilaksanakan, nasib peniaga akan terbela dan mereka mampu meningkatkan ekonomi diri serta keluarga," katanya pada majlis perjumpaan bersama peserta pasar tani dan warga kerja Fama Melaka di Ayer Keroh.
"Bagi meningkatkan lagi hasil jualan peniaga, mereka bakal diberikan kursus secara berperingkat-peringkat sepanjang bulan disamping mengambil pengalaman daripada lawatan ke beberapa pusat perniagaan di beberapa negeri pada Mei depan. Selain itu, kerajaan negeri melalui FAMA juga menyediakan anugerah khas ketegori peserta Pasar Tani Berdaya Maju dan Pasar Tani Cemerlang peringkat negeri yang dijadualkan diadakan Jun depan sebagai galakan untuk mereka terus berjaya,"katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan