Rabu, 3 Februari 2010

YB ADUN Kawasan turun padang melawat keluarga Masril.

MERLIMAU-Malang tidak berbau itu lah uangkapan yang dapat diberikan bila kediaman En Masril bin Islami 48 musnah dibahagian dapur akibat kebakaran.Kebakaran yang bermula pukul 12 tengah hari itu disedari oleh jiran terdekat dan terus menghubungi Balai Bomba Merlimau, tindaka pantas jiran dan anggota BOMBA berjaya memadamkan kebakaran dari merebak di bahagian depan rumah.

Menurut En Masril semasa kebakaran dia dan juga keluarga tiada di rumah hanya diberitahu oleh jiran ketika itu beliau berada di Bandar Jasin urusan kerja.Namun beliau mengucapkan syukur kerana tidak melibatkan kecerderaan pada keluarga beliau,

Sementara itu, Ahli Undangan Negeri Merlimau, YB Datuk Mohamad Hidhir bin Abu Hasan turut meluangkan masa melawat rumah mangsa  kebakaran itu disamping menghulurkan sumbangan peribadi kepada keluarga mangsa.

"Diharap sumbangan yang diberikan dapat membantu meringankan beban Masril  sekeluarga sementara  menanti bantuan lain."Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK) Merlimau Utara melalui Pejabat JAPERUN  Merlimau akan menimbangkan bentuk bantuan lain termasuk  kos untuk membaiki  kerosakan yang dialami. Punca kejadian masih lagi disiasat.

Tiada ulasan: