Selasa, 23 Februari 2010

Potensi ikan air tawar mantap industri

CHINCHIN- Komoditi akuakultur terutama ternakan iakan air tawar  dilihat berpontensi dijadikan menu ikan bakar yang lazat serta berhasiat.
 Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa Dana Pertanian Datuk Mohamad Hidhir bin Abu Hasan berkata, Usaha ini memantapkan  industeri ikan Bakar negeri Melaka yang mempunyai keistimewaan tersendiri  ikan air masin dan  ikan air tawar.

Menurutnya secara tidak lansung , Ia dapat mengekalkan  daya saing tarikan Negeri Melaka sebagai destinasi perlancungan terunggulserta meningkatkan  sumber pendapatan  utama negeri ini

"Peningkatan bilangan pengusaha dan pengeluran ikan di sebabkan insentif dan bantuan kerajaan melalui insentif  dan bantuan melalui Jabatan Perikanan.

"Antara bantuan diberi kepada penternak ialah membaik pulih kolam dan bantuan inputbenih ikan  serta makanan ikan.Oleh itu penternak mesti memastikan mereka mengunakan bantuan yang diberikan sebaiknya dan mengusahakan ikan air tawar agar pengeluaran ikan berkekalan.Katanya sempena dengan promosi Ikan Air Tawar di Tebat Chinchin.

Datuk Mohamad Hidhir juga Ahli Undangan Negeri Merlimau berkata walaupun 90 peratus pengusaha akuakultur ini mengusahakan ternakan ikan air tawar, namun tahap menerimaan penguna ikan air tawar masih rendah.

Justeru itu  jelasnya, Jabatan perikanan Negeri sentiasa mengadakan  kempen  dan Promosi makan ikan air tawar bagi mengalakan orang ramai dan pengusaha restoran  menghidangkan  masakan ikan air tawar."Usaha mempromosi ikan air tawar diadakan untuk mendidik orang ramai mengenai khasiat ikan air tawar dan ianya sangat bermanfaat  bagi kesihatan dan dapat menurunkan risiko serangan penyakit jantung kerana ia mengandungi zat nutrisi yang penting.

"Dengan adanya dasar bekalan ikan air tawar ke organisasi kerajaan,Pengusaha ikan air tawar perlu mengambil peluang keemasan ini untuk menghasilkan ikan air tawaryang berkualiti dengan menghasilkan ikan air tawar dengan menerapkan amalan baik seperti mesra alam.berkualiti  tinggi dan konsisten serta berdaya saing.

INFO ANGKA: 28,817 tan metrik ikan air tawar berjaya dikeluarkan
                           Bernilai RM91.4 Juta
                           Melibatkan 351 peserta.

Tiada ulasan: