Khamis, 11 Februari 2010

Pemberian "Ang Paw" sempena Tahun Baru Cina..

MERLIMAU TENGAH-60 warga emas dan mereka yang kurang kemampuan dari masyarakat Tionghua DUN Merlimau menerima Ang Paw dari YB ADUN Kawasan.Mereka diraikan dalam satu majlis ringkas yang diadakan malam tadi di Balairaya Merlimau Tengah.Program yang diadakan setiap tahun ini sememangnya dinanti oleh golongan yang kurang kemampuan dalam menyambut Tahun Baru Cina yang akan tiba pada 14 Feb 2010 minggu hadapan, pemberian ang paw RM100 ringgit seorang dan sebakul limau yang disampaikan sendiri oleh YB ADUN kawasan sungguh besar ertinya pada golongan ini.Pemberian ini sedikit sebanyak akan memberi keringan pada mereka untuk menyambut Tahun Baru Cina.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh YB ADUN,"suasana yang harmonis ini perlu dihayati dan dikekalkan kerana ianya memberi banyak keuntungan kepada semua kaum di Malaysia.Jika keharmonian yang ada pada hari ini tidak dijaga atau dikekalkan mustahil majlis pada malam ini dapat diadakan"Tahun  ini merupakan Tahun Harimau dalam kelender masyarakat cina Harimau merupakan satu ikon semangat yang baik ujar YB ADUN Kawasan jadi semangat yang kuat ini disemat kedalam hati agar turus kekalkan keamanan dan hidup bersatu padu, agar setiap perayaan ini dapat dinikmati oleh semua kaum,tegas YB lagi amalan kunjungi mengunjungi menjadi amalan agar semangat persahabatan antara kaum dapat disemarakan.

Majlis ini YB ADUN Kawasan menyampaikan Ang Paw pada ketua parti kompenen MCA dan Gerakan.

Tiada ulasan: