Jumaat, 5 Februari 2010

5000 tetamu menyambut kedatangan YAB Perdana Menteri di Masjid Asy-Syuja'ah Merlimau Utara.

MERLIMAU- 5000 tetamu menyambut kehadiran YAB Perdana Menteri di Masjid Asy-Syuja'ah sempena lawatan merasmikan tersebut.Ketibaan YAB DSN pada pukul 1.15 petang disambut meriah oleh masyarakat Merlimau dan kawasan yang berhampiran.

Sebaik tiba diperkarangan Masjid hadirin tidak ketinggalan berpusu-pusu untuk bersalam dengan YAB DSN. Selepas menunaikan solat Zuhur YAB DSN terus kepentas utama menyampaikan ucapan perasmian.Dalam ucapan yang disampaikan YAB DSN mengucapkan jutaan terima kasih diatas jemputan datang ke Melaka seterusnya ke Merlimau.Beliau amat senang melihat suasana aman dan damai dimana semua kaum hadir dalam majlis ini.Tegas YAB DSN suasan begini harus dikekalkan agar proses membangunkan negara dapat dijalankan dengan baik.

Dalam ucapan YAB DSN, menyatakan dalam ucapan semangat 1 Malaysia sebenar telah lama diamalkan di Melaka....kenyataan itu mendapat tepukan hadirin.......


3 ulasan:

Alfonso2009 berkata...

Salam, Tahniah diucapkan kepada YB Datuk DUN Merlimau kerana dapat menyediakan sebuah masjid yang begitu indah untuk keperluan umat Islam di Merlimau. Belanja yang besar telah dikeluarkan untuk membina masjid tersebut. Maka adalah menjadi harapan agar ianya dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti demi menarik lebih ramai golongan muda mendekati masjid untuk memeriahkan lagi fungsi masjid.

Alfonso2009 berkata...

Salam dan salam 1Malaysia.
Tahniah kepada YB dan penduduk DUN Merlimau. Moga dengan adanya masjid ini akan dapat menyemarakkan lagi syiar Islam .

Yang Berhormat berkata...

terima kasih, pasti itu semua bukan sesuatu yang mudah tanpa usha dan kesungguhan semua pihak sudah pasti masjid yang menjadi kebanggan tidak dapat menjadi kenyataan.