Isnin, 19 Julai 2010

MAJLIS PENERANGAN KPSP Nelayan.

MERLIMAU,Lebih 100 nelayan yang hadir dalam majlis Penerangan di Balai Nelayan komuniti  Pengurusan Sumber Perikanan(KPSP) Sempeng Pantai.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa Dan Pertanian Negeri, Datuk Mohamad Hidhir  Abu hasan berkata, program itu merupakan aktiviti yang memberikan ruang pada jabatan untuk mendapat maklumbalas  secara terus  dari kumpulan sasar iaitu golongan nelayan.
      Menurutnya, sektor perikanan memainkan peranan penting dalam pembekalan sumber makanan kepada penduduk negara ini dan ikna merupakan sumber protin  dalam diet manusia dan mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan.
      "Sumbangan perikanan tangkapan kepada sektor perikanan negeri telah mencatatkan pendaratan ikan marin sebanyak 1,7000 tab metrik tahun 2009."Bilangan nelayan dinegeri ini pula sebanyak 1,848 orang dan terdapat 30 buah pengkalan nelayan sepanjang pantai.
      "Semua nelayan dinegeri ini hanya terlibat dalam aktiviti penangkapan inkn dipesisir pantai yang beroperasi di ZON A(hingga 5 batu nautika)saja."Golongan nelayan mestilah bermuafakat dalam menjalankan kegiatan menangkap ikan di laut dan pengurusan Komuniti Pengurusan Sumber Perikanan(KPSP).
      Hadirsama dalam majlis itu, Pengarah Perikanan Negeri Melaka,Rosmawati Ghazali.Jelasnya, KPSP merupakan satu program dibawah Jabatan Perikanan negeri Melaka,di mana ianya memberi peluang kepada Komuniti  nelayan untuk menjalankan perniagaan sendiri.
     "Gerai ikan bakar,bengkel penyelegaraan bot dan rak memancing ikan adalah aktiviti yang dijalankan oleh KPSP di negeri ini dan ianya penting untuk nelayan menikmati keuntungan yang diperolehi secara saksama, katanya lagi.
    Mohamad Hidhir berkata, nelayan juga mesti melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranyan berlaku pencerobohan oleh nelayan asing."sikap nelayan  yang menangkap ikan untuk menyara hidupnya perlu diubah kepada kerap turun ke laut menangkap ikan  bagi meningkatkan pendapatan.
    "Laut kita kaya dengan pelbagai ikan dan nelayan mestilah bijak dalam menjalankan aktiviti penangkapan ikan yang mangaut dan akhirnya dapat meningkatkan sosio ekonomi masing-masin.
    "Para nelayan mesti beringat supaya tidak berlakunya esk-plotasi berlebihan pada laut kita dan nelayan jiga mestilah sentiasa mematuhi undang-uandang dan peraturan lautseperti yang terkandung dalamAkta Perikanan 1985" katanya.

Tiada ulasan: