Rabu, 21 Julai 2010

PENYERAHAN CEK BENCANA ALAM (BANJIR) DUN MERLIMAU.

MERLIMAU BARAT-Julai seramai 20 mangsa yang terlibat dalam kejadian banjir baru-baru ini menerima cek bantuan bencana alam masing-masing yang disampaikan oleh YB Datuk Mohamad Hidhir bin Abu Hasan Ahli Exco Kerajaan Negeri Melaka di Balairaya Merlimau Barat.
    Dalam ucapan yang disampaikan YB Datuk menyatakan Kerajan Negeri Melaka terutama sekali kepada pucuk pimpinan Kerajaan Negeri Melaka yang begitu prihatin dan peka terhadap segala pemasalahan rakyat dinegeri ini,khususnya dalam mengatasi masalah banjir dinegeri ini.Pemberian sumbangan bantuan bencana alam ini setidak-tidaknya dapat membantu mangsa banjir bagi membersihkan kediaman masing-masing.
    Menurut YB Datuk Banjir yang berlaku baru-baru ini dan sebelumnya sesuatu yang tidak dapat dielakan memandangkan kedudukan Bandar Merlimau hampir dengan pantai, Kejadian banjir kilat akan berlaku sekiranya hujan lebat dan apabila keadaan laut berlaku air pasang penuh, dalam waktu yang sama air dari darat tidak dapat mengalir ke laut.
     "Namun  begitu usaha  oleh kerajaan dalam mengatasi tetap dilakukan, agar keadaan banjir ini dapat di selesaikan,Oleh itu Masyarakat hendaklah bersabar.
      Turut hadir dalam Majlis tersebut, En Lazan bin Ali Penghulu DUN Merlimau,En Hashim bin Hj Md Akib SU JAPERUN Merlimau, En Thambhicek bin Amit Peng JKKK Merlimau Barat.
        







Tiada ulasan: