Jumaat, 23 Julai 2010

JKKK/JKKB Jadi Pemacu Pembangunan Masyarakat.

AYER KEROH-Ketua Menteri Melaka  Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengesa Jawatankuasa dan Kemajuan Kampung(JKKK) supaya memainkan peranan lebih pro-aktif dalam memacu Pembangunan Masyarakat seiring dengan kedudukan Melaka sebagai negeri maju yang diiktiraf oleh OECD.
   Kata Mohd Ali , sebagai penghubung antara Kerajaan dan Rakyat ,maka JKKK/JKKB perlu menjadi jentera pengerak penting kepada pembangunan diperingkat akar umbi ke arah pembentukan masyarakat yang lebih berdaya maju serta berdaya saing.
    Kita sudah berkerja keras sejak sedekad lalu untuk menjadi sebuah negeri maju dan pengisytiharan Melaka Maju pada 20.10.2010 jam 20:10 malam nanti merupakan detik sejarahyang cukup dinanti-nantikan.Sebagai orang Melaka kita sewajarnya berbangga dengan percapaian ini.
   Sebab itulah sebagai pemimpin yang paling hampir dengan masyarakat  diperingkat akar umbi,JKKK/JKKB juga sebenarnya turut memainkan peranan penting sebagai agen perubahan dan kemajuan. Peranan kita kan menjadi lebih mencabar untuk tempoh 10 tahun lagi bagi memastikan  kecermelangan  ynag kita kecapi sekarang diteruskan untuk generasi akan datang.
   Disinilah terletaknya tugas dan tangunggjawab kita sebagai pemimpin di peringkat akar umbi.

Tiada ulasan: