MERLIMAU- Seramai 65 penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat menerima bantuan masing-masing yang disampaikan oleh YB Datuk Mohamad Hidhir Ahli Undangan negeri(ADUN) Merlimau.
"Dalam ucapan yang disampaikan YB Datuk menginggatkan kita sepatautnya rasa syukur dan bertuah diatas keperihatinan kerajaan membantu warga emas dan mereka yang kurang berkemampuan terutama ibu tunggal untuk meneruskan kehidupan seharian.
Namun masih ramai lagi mereka yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan meletakkan diri mereka tergolong dalam ketegori kemiskinan.Menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat bantuan diberikan pada ketegori warga emas, bantuan pesakit kronik,oku,pesakit terlantar, bantuan kanak-kanak golongan ini diberi keutamaan.Bantuan Kebajikan yang disalurkan ini meliputan semua kaum dari itu Yb ADUN mengingatkan agar individu yang kurang kemampuan dapat tampil berjumpa ketua masing-masing agar perkara ini dapat diketengahkan dan golongan yang disasarkan tidak tercicir untuk mendapat manfaatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan