Rabu, 4 Ogos 2010

Merasmikan rumah PPRT saudara Baru.


Merlimau Timur-Hajat saudara baru untuk memiliki rumah sendiri akhirnya tercapai,Yusuf Cia bin Abdullah(42) mengucapkan syukur kepada YB Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan (ADUN Merlimau) memwakili kerajaan Negeri Melaka memluluskan rumah PPRT ini dan Datuk Abu Pit yang telah mewakafkan tanah milik beliau dan keluarga untuk tapak rumah PPRT.

       Kini beliau dan keluarga boleh tinggal dengan selesa bersama keluarga, kerana sebelum ini beliau menumpang bersama keluarga yang belum memeluk Islam, keadaan ini menyukarkan beliau untuk makan dan mengerjakan ibadat.Beliau amat gembira bila mendapat khabar mengenai permohonan beliau telah diluluskan oleh kerajaan Negeri Melaka.Menurut beliau hanya Allah saja yang tahu dan membalasnya atas kebaikan dan jasa Datuk Abu Pit dan Kerajaan Negeri Melaka.


   Dalam ucapan perasmian yang disampaikan oleh YB Datuk ADUN Kawasan, Kerajaan Negeri Melaka yang dipimpin oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustam sentiasa bersama-sama dalam membantu mereka yang susah dan sebagainya. Melalui Kerajaan Negeri Melaka berbagai Usaha telah dilakukan oleh Jabatan-jabatan yang dilantik.Justeru itu JKKK harus memainkan peranan untuk menyalurkan maklumat dan mengenal pasti golongan-golongan yang disasarkan mendapat pembelaan sewajarnya.

   Usaha yang dilakukan oleh Datuk Abu Pit selaku Pengerusi PERKIM Negeri harus dicontohi. Sumbangan berupa barangan keperluan dari PERKIM Daerah juga disampaikan.


hadir sama dalam majlis ini.

En Lazan bin Lazan                                          Penghulu Dun Merlimau
Datuk Abu Pit                                                  Penegrusi Perkim Negeri Melaka
En Razali bin Md Lizat                                     Pengerusi Perkim DUN Merlimau
JK JKKK Merlimau Timur

  


 

Tiada ulasan: