Jumaat, 4 Jun 2010

HARI BERTEMU PELANGGAN DAN PENYERAHAN BENIH IKAN BUMI HIJAU.

ALOR GAJAH-Jabatan Perikanan Negeri Melaka mengadakan Hari Bertemu Pelanggannya di Pejabat Perikanan Daerah Alor Gajah yang dirasmikan oleh YB Datuk Mohamad Hidhir bin Abu Hasan Ahli Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa dan Pertanian.Berbagai acara telah diadakan di Majlis tersebut antaranya pertandingan masakan ikan darat,pertandingan makan keropok lekor,Promosi satey ikan pameran dan dll.

    Antara objektif dan tujuannya ialah memberi penerangan dan penjelasan kepada masyarakat dan peserta mengenai peranan dan tujuan Jabatan Perikanan ini.Disampingmemberi  input-input yang berguna kepada peserta yang menjalankan ternakan ikan agar dapat meningkatkan lagi pengeluran ikan.Menurut Pn Rosmawati Ghazali pengarah Perikan Negeri Melaka berbagai insentif yang telah diberikan oleh Kerajaan dalam usha meningkatkan hasil pengeluran ikan yang menjadi sumber protin yang utama.

   Dalam ucapan yang disampaikan oleh YB Datuk Mohamad Hidhir,mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jabatan Perikanan dalam usaha meningkatkan hasil pengeluran ikan,peningkatan begitu ketara kepada pengeluran ikan dan penambahan kepada penternak juga bertambah ini disebabkan oleh insentif yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu  penternak dan nelayan.

Antara usaha Jabatan untuk meningkatkan pengeluran ikan termasuklah mengushakan kolam terbiar, dibawah skim bumi hijau unit pengembangan jabatan perikanan telah membelanjakan sebanyak 1.9 juta.Dibawah skim bumi hijau untuk mengurangkan belanja dapur peserta akan dipilih oleh JKKK dimana setiap peserta akan dibekalkan 400 anak ikan keli dan 2 bag makanan ikan.Benih-benih ikan ini hanya diberi kepada meraka yang mempunyai kolam saja.

    Seramai 50 peserta setiap DUN akan menerima benih ikan ini peringkat demi peringkat.Ujar YB Datuk agar peserta yang menerima benih ikan ini dapat manfaatkan sebaik mungkin agar objektif skim bumi hijau ini mengurangkan belaja dapur berjaya.Hadir sama dalam Majlis tersebut En Suhaily     Tim.Ketua Pengarah Perikanan ,Pn Rosmawati Ghazali Pengarah Perikanan Negeri Melaka,







Tiada ulasan: