Isnin, 7 Jun 2010

MELAKA MAJU 2010-KDNK(SEKTOR PERTANIAN)

TAHUKAH anda bahawa KDNK dalam sektor pertanian negeri Melaka telah melebihi sasaran purata organisation for Economi Co-operation and Development(OECD) bagi 10 tahun berturut-turut, iaitu dari tahun 2000 hingga 2009?

    Sumbangan purata yang disasarkan ialah 2.4% dan sector pertanian negeri Melaka  pada tahun 2009 telah menyumbang sebanyak  RM 475juta, iaitu 2.9% daripada jumlah KDNK negeri Melaka.Sebagaimana yang kita sedia maklum, sektor pertanian merupakan tunjang ekonomi negara yang penting kerana penumpuan tersebut berupaya mengelak kebegantungan negara terhadap bekalan bahan makan dari luar negara disamping menjadi peyumbang utama kepada pendapatan negara.

    Disamping itu sektor pertanian merupakan sumber pendapatan kepada kebanyakan rakyat dan juga golongan miskin yang memang bergantung kepadanya.Secara keseluruhan, sumbangan KDNK oleh sektor pertanian, penternakan  dan perikanan.Bagi negeri Melaka,Komuniti pertanian utama termasuklah getah,kelapa sawit,padi,buah-buahan,sayur-sayuran dan tanaman kontan.

   Komuditi penternakan merangkumi daging lembu/bebiri, daging ayam, itik pedaging dan kampung, daging puyuh pedaging,telor ayam, telor itik, telor puyuh dan susu segar.Bagi komuditi pertanian ia merangkumi ketogori utama iaitu ikan laut dan ikan akuakultur.

   Pengeluran ikan akuakultur pula dibahagi kepada dua sub-kategori iaitu akuakultur air payau dan akuakultur air tawar.Pada tahun 2009,nilai pengeluaran negeri Melaka dalam bidang pertanian adalah sebanyak RM1.18 bilion,manakala RM1.44 bilion, manakala 1.14 bilion dalam bibang penternakan dan RM110 juta dalam bidang perikanan.

   Dari jumlah nilai pengeluaran tersebut,nilai ditambah(pertambahan nilai saesuatu barang akibat dari memproses barang tersebut untuk dijadikan barang akhir)atau dikenali sebagai KDNK dalam sektor pertanian adalah sebanyak RM475 juta.

   Berbanding dengan pencapaian 30 buah negara OECD pada tahun 2007, negeri Melaka menduduki tempat ke 9,iaitu selepas turkey, Malayasi, Poland,Hungury,Greece,Solvak Republik, Finland dan Korea.Sektor Pertanian memang memainkan peranan yang penting bagi sebuah negara maju supaya keperluan rakyat untuk bekalan makanan sentiasa mencukupi tanpa bergantung kepada negara lain pada bila-bila masa.

   Lebih lebih lagi negara kita Malaysia mempunyai tanah-tanah yang subur,bebes daripada bencana alam atau keadaan huru-hara yang boleh memusnahkan sebarang kegiatan ekonomi,sekiranya kelebihan ini tidak dimanfaatkan ini bermakna kita telah mensia-siakan anugerah Tuhan keatas kita.

   Walaupun kita berada dalam era ekonomi yang lebih fokus  kepada sektor perindusterian, sektor berteknologi tinggi dan berpengetahuan kita boleh menafikan kepentingan sektor pertanian kepada kemajuan sesebuah negara  bermual dari rakyatnya yang sihat, cergas dan bertenaga.

   Oleh itu,negeri Melaka sentiasa berusaha untuk membangunkan sektor pertanian dibawah setiap Rancangan Lima Tahun walaupun lebih terkenal dengan sektor pelancungan.




Tiada ulasan: