Isnin, 9 Ogos 2010

Merasmikan Majlis penyampaian sumbangan anak yatim dan ibu tunggal JKKK Merlinmau Pasir.

Merlimau Pasir- Jawatankuasa Lembaga Masjid telah mengadakan majlis penyampaian sumbangan kepada anak yatim dan ibu tunggal yeng merupakan masjid yang terawal mengadakan majlis ini. Pada tahun ini seramai  198 orang diaraikan dimana 64 adalah anak yatim dan 134 orang lagi terdiri ibu tunggal dan fakir dari kariyah Merlimau pasir.

    Menurut Pengerusinya Tn Hj Zainuddin Abu, mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang-peyumbang yang telah menyumbang dalam menjayakan Majlis tersebut.menurut Zainuddin majlis pada hari ini 4 dalam satu pertama meraikan bakal-bakal haji,penutupan kelas fardu Ain sempena bulan Ramahdan selain meraikan anak yatim dan ibu tunggal.


   Dalam ucapan perasmian yang disampaikan oleh YB Datuk, Jawatankuasa Masjid Merlimau pasir sentiasa mendahulu dalam program-program sebegini berbanding tempat lain dalam DUN Merlimau.YB Datuk juga memanjatkan syukur kerana pada pagi yang berbahagia ini YB datuk dapat bertemu dan mengeratkan lagi silaturahim antara pemimpin dan masyarakat bawahan.Hubungan ini amat penting untuk kebaikan bersama.Menurut YB Datuk masyarakat  Merlimau pasir seharusnya bersyukur kerana mempunyai pemimpin yang perihatin seperti Tn Hj  Zainuddin beliau saban tahun sentiasa berusaha menyediakan peruntukan untuk golongan yang kita raikan pada pagi ini.walaupun sumbnagn ini tidak besar namun ianya sedikait sebanyak dapat membantu mereka yang kurang kemampuan untuk membuat persediaan menjelangnya bulan Ramahdan. 



    

Tiada ulasan: