Khamis, 13 Mei 2010

MERASMIKAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH ANJURAN PEMUDA MIC MERLIMAU.


  MERLIMAU UTARA-Pertandingan 9 sebelah anjuran Pemuda MIC Merlimau mendapat sambutan baik bukan saja dari MIC malah dari Pergerakan Pemuda UMNO Parlimen Jasin.Pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai dan piala pusingan.

   
   Sukan bola sepak sememangnya mendapat sambutan di kalangan pemuda, dan merupakan satu program sukan yang dapat mengumpulkan pemuda dari berbagai kaum,usia dan latarbelakang Politik.Kehadiran YB ADUN Kawasan, memeriahkan lagi program yang dianjurkan.

    "Dalam ucapan yang disampaikan, YB ADUN dan pihak JAPERUN akan memberi komitmen yang baik pada program-program sukan yang dijalakan. Ujar YB ADUN melihat hanya Program sukan yang dianjurkan ini mampu mengumpul pemuda hadir samada terlibat secara lansung atau sebagai penonton.YB ADUN Kawasan mengucapkan Tahniah pada penganjur kerana dapat melaksanakan program ini. Harapan YB agar program sebegini dijadikan acara tahunan.

  YB Datuk mengucapkan tahniah kepada pemenang,menurut YB hadiah bukan faktor utama kenapa kita menyertai sesuatu pertandingan, yang lebih utama ialah kita dapat bersama-sama dan mengeratkan lagi tali silaturahim dan dapat mengukuhkan pepaduan kaum.

Hadirsama dalam Program tersebut

1. En Lazan bin Ali                        Penghulu DUN Merlimau.
2. Ketua-ketua MIC Cawangan DUN Merlimau
3. Ketua-ketua Pemuda MIC Dun Merlimau.







Tiada ulasan: