Khamis, 8 Mei 2008

Majlis Jamuan Meraikan Kemenangan Barisan Nasional

Pada 7 Mei, telah diadakan majlis jamuan makan malam bagi meraikan kemenangan Barisan Nasional di Dewan Datuk Hj Ahmad Bin Ithnin di Merlimau. Majlis yang bermula dari jam 8.30 malam itu telah dihadiri oleh YB-YB dari kawasan Jasin, kakitangan agensi kerajaan di kawasan Jasin, anggota-anggota parti komponen BN Merlimau dan lebih 300 tetamu yang terdiri daripada penduduk dari kawasan dun Merlimau. Tetamu kehormat pula iaitu Datuk Seri Mohd Ali bin Rustam pula merangkap Ketua Menteri Melaka telah hadir pada jam 9.00 malam.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan ucapan dari YB kawasan Merlimau, Datuk Mohd Hidhir bin Abu Hasan. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang masih memberikan kepercayaan kepada beliau untuk terus membangunkan kawasan Merlimau. Beliau juga berjanji akan cuba melaksanakan semua janjinya di dalam pilihanraya yang lalu. Pembasmian kemiskinan tegar juga akan cuba dilaksanakan di Merlimau. Mengikut statistik sehingga penghujung 2007, sebanyak lebih kurang 82 keluarga sahaja di dalam kawasan Merlimau yang terlibat dalam kemiskinan tegar. Mereka yang lain telah dibantu dengan mendapatkan pekerjaan yang sewajarnya. YB Datuk Mohd Hidhir juga berharap agar semua penduduk di dalam kawasan Merlimau akan terus bersama-samanya bekerja bagi membangunkan kawasan Merlimau dan hidup dengan bersatu padu dan harmoni agar kemajuan dapat dinikmati semua.

Majlis kemudiannya diikuti dengan ucapan dari Datuk Seri Mohd Ali. Kehadiran tetamu yang ramai membanjiri kawasan dewan ini membuktikan bahawa sokongan kuat dari rakyat jelata kepada kerajaan BN terutamanya di Merlimau. Datuk Mohd Ali turut berpesan, dalam tsunami pilihanraya komitmen dari semua komponen sangat penting bagi memastikan imej BN dapat ditingkatkan agar mampu menghadapi cabaran yang mendatang. Dalam keadan ekonomi dunia yang tidak menentu, semua rakyat perlulah berjimat cermat agar pembaziran dapat dielakkan. Beliau turut berharap agar semua rakyat terus bersatu padu agar keharmonian dan kemajuan hidup dapat sama-sama dinikmati.

Tiada ulasan: