Isnin, 18 Oktober 2010

Program Larian Hijau Melaka Maju DUN Merlimau.

Merlimau-Larian Hijau Melaka Maju bermula hari ini, Bermulanya di Sek keb Merlimau Satu dan berakhir di Padang Awam Merlimau Point larian sejauh 4 Kilometer.seramai 500 peserta terlibat dalam larian ini.Jam 7.00pg perserta mula berkumpul di dataran Sek Keb Merlimau Satu acara senaman arobik membuka acara.

 YB ADUN Kawasan Datuk Mohamad Hidhir yang tiba jam 7.20pg turut sama menyertai acara senaman arobik. Selepas ucapan Perasmian peserta dilepaskan tepat jam 8.15pg. Tahniah diucapakan YB datuk kerana dapat menghabiskan larian sejauh 4 Kilometer.





















Majlis sumbangan kepada warga emas,OKU dan miskin sempena Depavali

Taman Ayer Merbau-seramai 30 orang dari warga Emas,OKU dan miskin masyarakat India dari cawangan Paya Gomoh diraikan dalam satu majlis penyampaian sumbangan sempena hari Depavali yang akan tiba tidak lama lagi.

Majlis yang penuh gemilang merupakan kali yang ke 15,yang diadakan setiap tahun bila menjelangnya perayaan   Depavali. Pengerusi MIC paya Gomoh En Sangkarananyanan sentiasa memberi perhatian kepada mereka yang kurang kemampuan dan memberi sumbangan agar mereka dapat menikmati suasa perayaan Depavali.

Dalam Ucapan Perasmian yang disampaikan oleh YB Datuk Mohmad Hidhir ADUN Merlimau, memuji sikap pengerusi MIC Paya Gomoh yang sentiasa aktif dan sering mengadakan aktiviti untuk masyarakat India Paya Gomoh seperti yang dilakukan pada malam ini.Pada Malam ini beliau bukan saja dapat mengumpulkan ramai masyarakat India malah beliau berjaya mengadakan program masyarakat bersama pemimpin.


menurut YB,Pepaduan yang ada pada hari ini perlu dikekalkan agar program seumpama ini dapat diteruskan dimasa akan datang.Masyarakat India pada hari harus tahu Kerajaan yang memerintah pada hari tidak pernah meminggirkan masyarakat India dalam soal membantu meningkatkan taraf hidup dan hal-hal kebajikan yang lain ini terbukti berapa ramai bantuan kebajikan khasnya di Taman Ayer Merbau ini dapat diselesaikan.

Menyentuh soal bajet yang baru diumumkan Oleh PM semalam, ianya amat jelas dengan apa yang dilaungkan oleh kerajaan selama ini rakyat didahulukan.di mana bajet yang dibentangkan memberi keutamaan kepada keselesaan pada rakyat.Justeru itu kerajaan yang memerintah harus dikekalkan.







Hadir sama dalam majlis tersebut YB Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, Datuk Wira Hj Ahmad bin Hamzah Ahli Parlimen Jasin, En Zakaria bin Ab. Hamid dan ketua MIC Bahagian Jasin.

Rabu, 6 Oktober 2010

Jemputan ke jamuan hari raya Merlimau Utara.

Merlimau Utara-Kemeriahan rumah terbuka dan suasana hari raya masih lagi terasa walaupun hari raya akan berakhir tidak beberapa hari lagi.Kesempatan ini diambil Oleh JKKK Merlimau Utara dengan mengadakan sambutan hari raya dan meraikan bakal haji dan hajjah.

Kira-kira 200 tetamu hadir menjayakan terdiri dari berbilang bangsa,pastinya jamuan hari penuh bermakna dengan kehadiran YB Datuk dan tetamu VIP yang lain.Tetamu tidak melepaskan pelunag bertemu dan bersalam

Jamuan yang bermula jam 8.00malam hingga jam 11.00malam menyediakan berbagai juadah.

Jemputan ke jamuan hari raya Merlimau Utara.

Merlimau Utara-Kemeriahan rumah terbuka dan suasana hari raya masih lagi terasa walaupun hari raya akan berakhir tidak beberapa hari lagi.Kesempatan ini diambil Oleh JKKK Merlimau Utara dengan mengadakan sambutan hari raya dan meraikan bakal haji dan hajjah.

Kira-kira 200 tetamu hadir menjayakan terdiri dari berbilang bangsa,pastinya jamuan hari penuh bermakna dengan kehadiran YB Datuk dan tetamu VIP yang lain.Tetamu tidak melepaskan pelunag bertemu dan bersalam

Jamuan yang bermula jam 8.00malam hingga jam 11.00malam menyediakan berbagai juadah.

Jumaat, 17 September 2010

RUMAH TERBUKA JAPERUN MERIAH.

Kemeriahan rumah terbuka JAPERUN Merlimau meriah dengan dihadiri oleh 5000 tetamu, sejak awal pagi lagi Kompleks JAPERUN Merlimau diserbu oleh warga Merlimau dan orang ramai dari seluruh warga Jasin.

    Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran dengan tetamu VVIP dan beberapa kenamaan yang turut hadir  antaranya Tun Khalil bin Yakub TYT dan Datuk Seri Mohd Ali bin Rustam ketua Menteri Melaka, tetamu tidak melepaskan peluang untuk bersalam.


   

Isnin, 30 Ogos 2010

Majlis berbuka dan penyampaian sumbangan fakir dan anak yatim



KOMPLEKS JAPERUN MERLIMAU-Tidak dilupakan saban tahun fakir miskin dan anak-anak yatim dari setiap cawangan dalam DUN MERLIMAU akan diaraikan agar mereka juga merasai suasana aidilfitri  yang bakal tiba tidak lama lagi.bagi tahun ini seramai 80 anak yatim dan fakir diraikan dalam satu majlis berbuka dan sumbangan telah diadakan di KOMPLEKS JAPERUN Merlimau.

      Mereka akan menerima duit raya dan sekampit beras yang disampaikan oleh YB Datuk Mohamad Hidhir dan isteri selain itu ketua-ketua cawangan serta sayap juga menerima duit raya masing-masing dari ADUN Kawasan.Dalam ucapan yang disampaikan oleh YB Datuk meninggatkan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian serius oleh ibubapa antaranya. Ibubapa harus mengawasi tingkah laku anak-anak perempuan memandangkan hari ini kes buang bayi semakin menjadi-jadi. Justeru itu ibubapa harus memantau setiap pergerakan anak-anak dengan siapa dia berkawan.

   Selain itu ibubapa juga dikehendaki memantau anak-anak memandangkan musim perayaan yang bakal tiba, menurut YB tiap-tiap tahun kita dengar ada jari yang putus dan kecederaan yang lain akibat pembakaran mercun, ini sesuatu yang perlu kita elakan agar sambutan hari lembaran tahun ini lebih bermakna.

turut hadir dalam majlis ini Datuk Penghulu Lazan bin Ali, ketua-ketua cawangan, pengerusi JKKK, ketua wanita cawangan, ketua pemuda UMNO cawangan dan ketua-ketua Puteri cawangan.

Rabu, 18 Ogos 2010

KEPERIHATINAN YB DATUK MELAWAT MANGSA RIBUT BAZAR RAMAHDAN.

JASIN- Kejadian ribut yang melanda Bazar Ramahdan mengemparkan rakyat Malaysia, Kejadian mendapat liputan meluas dari media massa dan cetak diseluruh negara.Didalam umat Islam menjalani ibadah puasa seluruh warga Jasin diselubungi rasa pilu kerna kehilangan keluarga dan sahabat yang disayangi.

    YB Datuk sempat melawat tempat kejadian dan menenagkan mereka yang terlibat dalam kejadian ribut.Sebelah malamnya YB Datuk bersama Ketua Menteri Melaka melawat mengsa yang cedera di Hospital Jasin.Menurut perniaga di bazar Ramahdan tersebut kejadian ribut yang melanda pada petang itu sama sekali tidak diduga, yang telah menerbangkan keseluruh khemah yang berada di tapak Bazar Ramahdan dan meragut 3 nayawa.

    Didalam kejadian tersebut 3 terbunuh 1 kriktikal yang masih dirawat di Hospital Putra manakala 17 yang lain dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Jasin.Keperihatinan Kerajaan Negeri Melaka menghulurkan bantuan segara kepada mangsa dan perniagaan amat-amat dialu-alukan sedikit sebanyak dapat merubat pilu dihati.