Isnin, 18 Oktober 2010

Majlis sumbangan kepada warga emas,OKU dan miskin sempena Depavali

Taman Ayer Merbau-seramai 30 orang dari warga Emas,OKU dan miskin masyarakat India dari cawangan Paya Gomoh diraikan dalam satu majlis penyampaian sumbangan sempena hari Depavali yang akan tiba tidak lama lagi.

Majlis yang penuh gemilang merupakan kali yang ke 15,yang diadakan setiap tahun bila menjelangnya perayaan   Depavali. Pengerusi MIC paya Gomoh En Sangkarananyanan sentiasa memberi perhatian kepada mereka yang kurang kemampuan dan memberi sumbangan agar mereka dapat menikmati suasa perayaan Depavali.

Dalam Ucapan Perasmian yang disampaikan oleh YB Datuk Mohmad Hidhir ADUN Merlimau, memuji sikap pengerusi MIC Paya Gomoh yang sentiasa aktif dan sering mengadakan aktiviti untuk masyarakat India Paya Gomoh seperti yang dilakukan pada malam ini.Pada Malam ini beliau bukan saja dapat mengumpulkan ramai masyarakat India malah beliau berjaya mengadakan program masyarakat bersama pemimpin.


menurut YB,Pepaduan yang ada pada hari ini perlu dikekalkan agar program seumpama ini dapat diteruskan dimasa akan datang.Masyarakat India pada hari harus tahu Kerajaan yang memerintah pada hari tidak pernah meminggirkan masyarakat India dalam soal membantu meningkatkan taraf hidup dan hal-hal kebajikan yang lain ini terbukti berapa ramai bantuan kebajikan khasnya di Taman Ayer Merbau ini dapat diselesaikan.

Menyentuh soal bajet yang baru diumumkan Oleh PM semalam, ianya amat jelas dengan apa yang dilaungkan oleh kerajaan selama ini rakyat didahulukan.di mana bajet yang dibentangkan memberi keutamaan kepada keselesaan pada rakyat.Justeru itu kerajaan yang memerintah harus dikekalkan.







Hadir sama dalam majlis tersebut YB Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, Datuk Wira Hj Ahmad bin Hamzah Ahli Parlimen Jasin, En Zakaria bin Ab. Hamid dan ketua MIC Bahagian Jasin.

Tiada ulasan: