Selasa, 29 Disember 2009

Platform Pengusaha Kembangkan Perusahaan-Mohamad Hidhir

Ayer Keroh, 14 Disember Karnivel Industeri Asas Tani(IAT) yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmat Veterinar bertempat di Mydin Mall, di sini dilihat sebagai salah satu Platform dalam memberi peluang kepada pengusaha IATberasaskan penternakan untuk mempamer dan memperkenalkan produk yang dihasilkan.

Beliau berkata, selain itu ianya juga mampu menimbulkan minat kepada orang ramaiuntuk untuk terlibat bidang penternakan yang mampu memberi pelangan lumayan jika diusahakan dengan serius"Apabila orang ramai dah tahu dan tertarik dengan sesuatu produk yang dihasilkan mereka akan membeli."

Jelas Mohamad Hidhir, selain itu kerajaan juga memberi galakankepada pengusahayang terlibat dalam bidang ternakan supaya lebih kretif dan proaktifserta memberi idea-idea baru untuk mengetengahkan perusahan yang mereka ceburi.Ujarnya nsetiap perusahaan yang dilakukan mestilah mempunyai identiti sendiri yang boleh diterima dan diminati oleh masyarakat.
Katanya, Selain itu perananagensi yang terbabait juga tidak kurang pentingnya dalam membantu pengusaha meningkatkan pedapatan.

Isnin, 28 Disember 2009

Majlis Sumbangan Pelajar Cermelang UPSR DUN Merlimau


MAJLIS SUMBANGAN KEPADA PELAJAR CERMELANG UPSR DUN MERLIMAU
Merlimau. seramai 55 orang pelajar menerima sumbangan RM100 seorang dari YB Datuk Mohamad Hidhir bin Abu Hasan selaku ADUN Merlimau.29 orang dari Sekolah Kebangsaan Merlimau satu telah mencatitkan pelajar teramai mendapat 5A, satu peningkatan yang memberansangkan. dalam ucapan yang disampaikan ADUN kawasan, sekolah-sekolah lain harus mencontohi usaha-usaha yang di jalankan oleh Sekolah Kebangsaan Merlimau satu dalam meningkatkan dan melahirkan pelajar cemerlang setiap tahun.

Ibubapa juga harus berperanan dalam membantu peningkatkan mutu pelajaran anak-anak sokongan dari keluarga amat perlu agar pelajar ini tidak merasa mereka tersisih.Menurut YB ADUN dibawah Kementerian Pendidikan setiap tahun telah menyalurkan sedikit dana kepada sekolah agar pihak sekolah dapat mengadakan kelas tusyen...

Selasa, 8 Disember 2009

Tahnaih kepada JKKK Ayer Merbau


Tarikh : 1.12.2009
Tempat: Dewan Bistari Ayer Keroh
Program: Menyampaikan Hadiah Kemenangan Pertandigan ADC peringkat negeri Melaka

keterangan gambar:
YB Datuk bersama pengarah KEMAS negeri menyampaikan replika cek kepada EN Zakaria B Ab Hamid Pengerusi JKKK Air Merbau mendapat tempat ke 2.

sumbangan kepada masyarakat kurang kemampuan



Tarikh: 2 .12.2009
Tempat : Kompleks Japerun Dun Merlimau.

DUN Merlimau telah mengadakan program sumbangan kepada rakyat yang kurang berkemampuan. Sumbangan disampaikan oleh YB Datuk mohd Hidhir (ADUN MERLIMAU). YB Datuk menegaskan bahawa kerajaan negeri sentiasa mengambil tahu dan membantu masyarakat yang kurang kemampuan. YB Datuk juga mengingatkan agar wang bantuan ini tidak disalah gunakan. YB Datuk menyarankan agar anak-anak perlu memberi perhatian kepada ibubapa agar golongan ini tidak merasa tersisih. Dalam majlis tersebut mereka menerima sumbangan antara RM190 hingga RM 300 . Turut hadir pd majlis tersebut ialah En Haleedy bin Hamzah pegawai dari JKM Daerah Jasin serta En Lazan bin Ali Penghulu DUN Merlimau.

Khamis, 13 Ogos 2009

Aplikasikan Teknologi Moden

Para peladang disaran menumpukan kegiatan pertanian berskala besar supaya dapat membekalkan keperluan makanan negara yang mencukupi, sekaligus menjana ekonomi golongan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Desa Negeri, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan berkata, perkara itu bukan sesuatu yang mustahil kerana Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyedikan peruntukan besar untuk melaksanakan kerja-kerja perladangan.

"Peladang perlu melipatgandakan usaha dengan mengaplikasikan teknologi pertanian serta rebut peluang yang disedaikan untuk meningkatkan hasil pengeluaran makanan negara dan mengurangkan import makanan,"katanya.

Mohamad Hidhir berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Peladang Peringkat Unit sempena Hari Peladang, Perternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2009 di Dewan Serbaguna, Merlimau Timur, di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri, Datuk Abu Pit merangkap Ketua Unit Peladang Merlimau Timur; Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merlimau, Mohdas Ayob; Pengerusi PPK Merlimau, Mt.Kahar Daut, dan Pengurus MAIM Sekuriti, Nasiran Mohd. Darwis.

Mohamad Hidhir turut mengucapkan tahniah kepada Unit Peladang Merlimau Timur kerana menjadi unit peladang pertama di negeri ini mengadakan Sambutan Hari Peladang 2009.

Sementara itu, Abu berkata, sambutan HPPNK 2009 merupakan usaha untuk menghargai kegigihan mengusahakan tanaman bagi memastikan makanan mencukupi, di samping menjaga ekonomi peladang.

"Kerjaya sebagai peladang adalah fardu kifayah dan sangat mulia di sisi Allah S.W.T dan sesungguhnya ini adalah kerja yang amat tinggi nilainya dilakukan peladang,"katanya.

Sementara itu, PPK memperoleh keuntungan sebanyak RM147,000. PPK turut menyampaikan sumbangan zakat sebanyak RM10,189 kepada Pusat Zakat Merlimau.

PPK Merlimau berusaha mempertingkatkan keuntungan bagi tahun 2009 sebanyak 20 peratus berbanding tahun 2008, di samping memperluaskan kawasan tanaman pisang dan fertigasi.

Pelbagai aktiviti dijalankan sempena Hari Peladang Unit Merlimau Timur, antaranya Pertandingan tanaman sayur-sayuran, buah-buahan, kelapa, kelapa sawit, Pertandingan Melukis Kanak-Kanak, dan Sukaneka.

Khamis, 23 Julai 2009

Untuk Kecemerlangan Masa Depan

Penguasaan Bahasa Inggeris (BI) oleh pelajar sejak dari bangku sekolah lagi amat penting dalam menghadapi era globalisasi serta arus pendidikan dan alam pekerjaan yang semakin mencabar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan berkata, penguasaan BI merupakan salah satu matapelajaran yang wajib lulus dengan kredit bagi membolehkan seseorang pelajar itu melangkah masuk ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Beliau berkata, ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dalam menjadikan anak-anak mereka cemerlang dalam semua matapelajaran termasuk BI.

"Kecemerlangan pelajar untuk menguasai BI harus diberi perhatian oleh ibu bapa dan guru bagi melahirkan generasi muda yang bakal menerajui negara serta mempunyai pengusaan BI yang bertaraf antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian Pusat Smart Reader Kids di Taman Mewah, Merlimau, di sini.

Turut hadir, Pemilik Pusat Smart Reader Kids, Taman Mewah Merlimau, Rashidah Abd Rahim dan rakan kongsinya Azurin Ayu Kamarulzaman.

Ujarnya, adalah amat merugikan negara jika rakyatnya tidak dapat menguasai BI dengan baik kerana BI adalah bahasa pengantar dunia.

Justeru itu, inisiatif yang telah diambil oleh pihak tertentu dengan menubuhkan Pusat Smart Reader Kids bertetapan dengan hasrat Kerajaan untuk melahirkan penduduknya yang dapat menguasai BI sejak dari umur empat tahun lagi.

"Usaha murni ini haruslah dicontohi oleh masyarakat lain dalam melahirkan anak-anak yang mahir berkomunikasi dengan baik dalam BI, di samping sumber pendapatan yang utama,"

Khamis, 16 Julai 2009

Kerajaan Negeri sentiasa komited dan menyokong segala aktiviti yang dapat memberi faedah kepada rakyatnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan berkata, ini dapat dilihat dengan menjadikan sektor pertanian sebagai sektor komersial yang mampu menjadi penjana ekonomi bukan sahaja kepada penduduk di negeri ini, malah kepada negara.

Beliau berkata, sektor pertanian mampu memberi pulangan lumayan dan dapat menarik pelabur untuk datang ke negara khususnya negeri ini amnya.

"Dalam perlaksanaan projek pertanian, banyak masalah akan timbul yang memerlukan usaha bersepadu jabatan dan agensi Kerajaan bagi menyelesaikan isu-isu yang timbul.

"Di bawah konsep MoA Inc, semua jabatan serta agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani digerakkan secara bersepadu dan seterusnya menyelesaikan masalah yang timbul," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Penutup Taklimat Jabatan dan Agensi MoA Inc dan Program Satu Rumah Satu Pokok Kelapa Pandan Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Balai Raya Merlimau Timur, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Pertanian Negeri, Adam Ali; Pegawai Pertanian Daerah Jasin, Mahathir Omar dan Penghulu DUN Merlimau, Lazan Ali.

Katanya, sebanyak 100 batang anak pokok Kelapa Pandan akan diagihkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan penduduk kampung di sekitar DUN Merlimau.

Sehubungan itu, beliau berharap tiga tahun akan datang, pokok-pokok tersebut akan berbuah dan menjadi satu lagi produk pelancongan di negeri ini.

"Tanaman kelapa hidup dengan subur di sepanjang persisiran pantai, kita haruslah bersyukur kerana bumi Melaka yang bertuah ini dikurniakan Allah S.W.T dengan persisiran pantai yang panjang iaitu dari Sungai Rambai ke Kuala Linggi," katanya.

Selain itu, tanaman kelapa juga boleh mendatangkan sumber ekonomi hasil dari kelapa seperti kelapa segar, kelapa muda, lidi kelapa yang boleh dibuat penyapu dan juga nira kelapa untuk dijadikan gula Melaka yang terkenal.